Tuesday, 17 March 2015

Aku putus asa YaAllah :(




Sebelum kita berputus asa dengan apa yang kita hadapi sekarang, nak bawa "kita"(aku&kamu) tengok perkara "lain"(iman) sebelum kita mengeluh 

"aku tak mampu hadapi"

Rukun iman ada 6, antaranya beriman pada Allah, malaikat, rasul, al-quran, hari kiamat, qada' & qadar. (mesti beriman dengan semua)

Jom focus beriman pada al-quran. Kalau kita beriman dengan ayat al-quran, kita akan percaya & yakin sedalam dalamnya, contoh:


"Allah tidak membebankan seseorang melain sesuai dengan kemampuan. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahanya dan dia mendapat seksa(dari kejahatan) yang dikerjakanya...... " 
[Al-Baqarah: 286]

Rasanya kalau kita percaya&beriman dengan ayat ni, ada lagi tak kata-kata putus asa daripada kita. Ni kata-kata Allah, cukup sekadar kita tak percaya & beriman dengan "salah satu" ayat dalam quran ni pun, dah cukup untuk jatuhkan kita "kufur". Pada aku, aku gunakan ayat tadi sebagai ayat penyejuk hati bila tiba-tiba aku di datangi dengan ujian(masalah), So terus rujuk ayat tadi, sbb ayat(ayat Allah) tu kata "aku mampu".


Tapi, tak kan just nak sejukkan hati je kan, sejukkan hati waktu masalah(ujian) tiba pun tak boleh jugak kalau kita tak cari jalan penyelesaian & letakkan usaha kita untuk selesai masalah kita.

Jadi sebelum kita usaha dengan "tangan" kita untuk selesai kan masalah kita, boleh tak kita usaha dengan cara "ini"(al-quran) terlebih dahulu.








Contoh usaha dengan "tangan",

Situasi A

Beliau ada masalah keluarga, nak keluarga bahagia, so beliau hantar ahli keluarga pergi ceramah "Keluarga Bahagia", pergi bercuti jauh jauh untuk rapat kan hubungan, beli hadiah untuk setiap ahli keluarga(ini usaha dengan tangan) - jom usaha dengan "ini"(al-quran) terlebih dahulu ^-^

Situasi B

Aku lemah dalam pelajaran, result aku teruk. Dia usaha korbankan lebih untuk study, beli kismis/vitamin untuk cerdas minda, korbankan duit bayar guru kelas tambahan (ini usaha dengan tangan) - jom usaha dengan "ini"(al-quran) terlebih dahulu ^-^

Situasi C - Z korg boleh reka sendiri, asalkan faham konsep yang cuba sampaikan melalui situasi A & B.


Apa maksud usaha dengan "ini"(al-quran)

"... Barang siapa bertaqwa pada Allah, nescaya Allah akan membuka jalan keluar baginya
"Dan Dia akan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka..." [At-Talaq 2&3]

Jom usaha cara jalan keluar masalah kita, dengan follow janji Allah dalam quran terlebih dahulu iaitu bertaqwa dan di susuli dengan usaha dengan "tangan" kita.

Aku tak tipu, aku tulis mengikut pengalaman, sebenarnya usaha dengan janji Allah dalam ayat quran (bertaqwa) ini lah memberi idea yang bernas untuk kita plan apa yang terbaik perlu kita usaha dengan "tangan"... kadang-kadang kau belum usaha dengan "tangan" lagi, tapi bile kita usaha dengan ayat Allah terlebih dahulu (bertaqwa), tiba-tiba orang lain datang pada kita untuk bantu sama-sama selesaikan masalah kita, insyaAllah ini adalah atas ehsan dan rahmat Allah.

Dah beriman & percaya dengan ayat quran tadi? Tinggal nak amal kan je? 

"aku nak jadi org bertaqwa ni, tapi tak tahu macam mana & ciri-ciri orang bertaqwa"

Kene rujuk ustaz, baca buku agama, & search web yang dipercayai apa ciri orang bertaqwa.

Apa yang aku pegang adalah, "awalkan solat, banyak bersedekah, hormat betul betul pada ibu bapa & etc"

Taqwa berasal daripada perkataan "berhati-hati", berhati-hati dalam melakukan amalan baik, elak amalan baik diketahui orang lain(elak riak), berhati-hati ketika bercakap agar tak sakiti hati orang lain & etc. (purely niat kerana hanya untuk Allah)


Selepas baca ni, harap dapat sedekahkan Al-Fatihah pada aku untuk terus bertaqwa pada jalan Allah.

Thankyou.