Perempuan, kau boleh di beli.
Rasulullah Saw. bersabda : Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah. (HR. Muslim)
Salam.
Coretan ini bukan semata mata untuk kaum wanita, tetapi untuk kaum adam juga, agar " kaum adam" sedar, bahawa kita mampu membeli wanita.
Apa maksud beli yang cuba di sampaikan? Beli yang di maksudkan adalah "dapat" atau "punyai". Seorang lelaki itu mampu membeli seseorang dengan nilai yang ada pada wanita tersebut. Perkara ini, tidak kira lelaki atau perempuan, setiap orang pasti mempunyai nilai diri yang tersendiri.
Ada yang menilai harga seorang manusia itu berdasarkan rupa paras handsome cantik, menilai daripada tahap pendidikan, daripada segi status seseorang dalam golongan masyarakat, pangkat dan dll..
Mungkin juga ada yang meletakkan harga (nilai) terhadap seseorang berdasarkan sifatnya, lemah lembut? sifat comel? gentleman? cool? atau ada juga meletakkan nilai harga diri seseorang yang dia miliki berdasarkan agama.
Semua kriteria ini boleh di beli, tetapi dengan nilai apakah kita membeli mereka?
"Kalau sekadar cantik, kau boleh beli guna duit,
Perempuan baik, kau perlu beli dengan diri kau sendiri"
1) Kalau sekadar cantik, kau boleh beli guna duit
*Maksud duit itu sendiri bukanlah sekadar literally wang ringgit, tetapi kita mampu membeli mereka dengan suatu nilai yang amat murah&mudah. Itulah maksud duit yang cuba di sampaikan....
Bukanlah aku menilai semua perempuan cantik itu jahat tidak baik... tidak sama sekali. Maksud ayat ini adalah perempuan cantik yang terlalu murah.
Aku juga inginkan perempuan yang cantik beserta sikap yang mulia.
Tetapi apa yang aku cuba sampaikan adalah, perempuan cantik ini boleh jadi terlalu murah, boleh jadi terlalu mahal.
Murah kebiasaannya, dia mempunyai masalah dengan harga diri, Mahal pula apabila dia pelihara harga diri nya dan mempunyai agama.
Contoh perempuan cantik dan mudah untuk di beli.
Kita mampu beli perempuan cantik jenis ini dengan kerjaya kita sahaja contoh kerjaya sebagai seorang Engineer, Businessman, Doctor, Architect dan dll. Mereka hanya perlukan kerjaya kita sahaja instead of sikap, agama kita (lelaki)
Kita boleh dapatkan perempuan cantik jika kita mempunyai title dalam masyarakat Dato' Tan Sri, dan dll.
Kita juga boleh mendapatkan perempuan sebegini, jika rupa paras kita yang menarik semata.
Ada juga membeli perempuan dengan sekadar cinta monyet. "Aku sayang kau, aku ingin kau bersamaku". Hakikatnya, lelaki tersebut sekadar mereka suatu cinta monyet untuk memanfaatkan wanita tersebut dalam jalan yang salah.
Contoh di atas ni terlalu common untuk dinyatakan.
Dalam drama tv3 pun banyak contoh seperti di atas...
ada lagi satu contoh - "perempuan cantik & agak mudah untuk di dapatkan"
Kkdg aku rasa rugi melihat perempuan yang rupa cantik, pakaian okay, cakap lemah lembut, tetapi... mudah untuk melayan lelaki.
Mudah untuk whatsapp lelaki sana sini untuk cakap perkara luar daripada keperluan... Senang senang untuk rapat dengan ramai lelaki. Mudah untuk keluarkan kata-kata manja atau alunan suara manja pada lelaki. Perkara ini sukar nak jumpa, tetapi sekali jumpa kes mcm ni, rasa rugi gile kot, sebab kita dah nampak dia sebagai perfect zaujah, cehhh hahaha LoooooooL. Apa apa pun berpeganglah bahawa setiap orang melalukan kesilapan, tidak sempurna, dan "semua orang mampu berubah ke arah kebaikan"
Lelaki, kau dan aku, jangan mudah untuk "melayan" ramai perempuan.
Kalau taknak isteri kita mudah untuk layan ramai lelaki, kita juga tidak harus melalukan perkara yang sama.
2) Perempuan baik, kau perlu beli dengan diri kau sendiri
Perempuan-perempuan yang keji untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji untuk perempuan-perempuan yang keji (pula), sedangkan perempuan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan perempuan yang baik (pula). Mereka itu bersih dari apa yang dituduh orang. Mereka memperoleh ampunan dan rezeki yang mulia (syurga).
[An-Anur:26]
**
Peringatan & Amaran Keras pada diri ini dan semua
Jangan tafsirkan makna ayat ini dengan ilmu yang cetek. Sila rujuk buku tafsir quran dan mengaji dengan ahli agama mengenai ayat ini.
Penulisan di bawah adalah nasihat diri sendiri kepada "diri ini" dan semua.
"kau perlu beli dengan diri kau sendiri"
Jika situasi di atas, seorang lelaki boleh mendapatkan seorang wanita itu dengan pangkat yang mereka ada, kerjaya, wang ringgit, rupa paras, tetapi... situasi kedua ini berbeza...
kita perlu beli "mereka" dengan sikap kita sendiri.
"Dengan sikap kita yang baik untuk mendapatkan yang wanita baik"
"Bukan mudah, Tapi kita mampu"
Perempuan baik & keji. Lelaki baik & keji.
Ada yang mempersoalkan,
Contoh:
"Mengapa aku dapat lelaki panas baran, kaki pukul, sedangkan sikap aku tidak lah seteruk atau sekeji suami ku, ianya tidak sama seperti yang Allah janjikan dalam al-quran!!"
"Mengapa aku dapat perempuan yang tidak hormat pada ku, dia berseronok dengan lelaki lain, sedangkan sikap aku tidak lah seteruk atau sekeji isteriku, ianya tidak sama seperti yang Allah janjikan dalam al-quran!!"
Apa yang aku boleh katakan adalah:
"Kau bukan Tuhan, Allah Maha Adil, Maha Mengetahui setiap yang Dia tentukan"
"Kau bukan Tuhan untuk meletak seseorang yang lain itu keji atau tidak, kau juga bukan Tuhan untuk tidak meletakkan diri kau dalam golongan keji"
"Kita tidak tahu mana amalan kita yang di pandang keji oleh Allah, kita juga tidak tahu mana satu amalan kita yang di pandang dengan pandangan baik oleh Allah"
"Setiap perkara yang berlaku adalah ujian untuk kita, dan ujian itu untuk menguji tahap keimanan kita" [Al-Ankabut: 2&3]
Konklusi
Manusia yang membeli dan di beli perlu peka mengenai urus niaga ini.
Agar kedua dua pihak (pasangan) mampu menyediakan diri untuk membeli suatu yang begitu berharga, dengan "menjadi sesorang yang terbaik untuk manusia yang terbaik".
Agar kita bersyukur dengan jodoh yang Allah tetapkan pada kepada kita selepas kita berusaha untuk menjadi Lelaki atau Perempuan baik.
Doakan Allah meletak keikhlasan sepenuhnya dalam menulis dan menyampaikan perkara ini dan perkara akan datang.
Doakan aku, menjadi seorang yang berakhlak mulia
(Permintaan Ikhlas ni, serious haha)
- Amirul Asyraf :)