Monday, 7 May 2018

#PRU14 Neutralkan Minda Anda!

#PRU14 Neutralkan Minda Anda! 

9 Mei ini adalah hari penting bagi seluruh rakyat Malaysia. Tarikh ini bakal mencipta suatu lagi sejarah besar dalam dunia politik negara yang bukan sahaja menggambarkan negara kita dalam jangka masa 5 tahun akan datang... malah 10 tahun, 20 tahun dan mungkin juga 50 tahun akan datang. Oleh itu, pilihan bijak perlu di lakukan.

Saya bukanlah ahli politik mahupun pejuang rakyat. Saya hanya pemuda muslim (tidak sekular) yang baru sahaja mengenal dunia. Tujuan saya menulis post ni adalah untuk neutral kan semula ‘mind set’ kita semua bagi menghadapi pilihan raya ini dalam masa yang sama membawa semua pembaca untuk menerima keputusan pilihan raya dengan hati yang terbuka.

Ada antara kita menghadapi kerisauan yang melampau, ‘overthinking’.

Penyokong 1

‘Jika parti ini tidak menang, pasti negara akan bankrupt 10 tahun akan datang. Cukai dan harga minyak sudah di naikkan, tetapi hutang negara masih meningkat dari tahun ke tahun, bankrupt lah negara. Confirm curi duit lagi tu. Tanah tergadai pada warga asing. Nti anak aku nak kerja susah, gaji kecil barang mahal, rumah baru’

Penyokong 2

‘Jika parti aku kalah, bagaimana mampu aku perjuangkan Islam jika tiada kuasa? Jika tiada kuasa, bagaimana ingin merubah sistem pemerintahan mengikut syariat Islam? Bertambah-tambah lah Islam sekular di negara ini jika parti ini tidak memerintah. Tiada kuasa, bagaimana aku ingin pimpin mereka ke kediaman indah yang abadi di akhirat kelak?

Penyokong 3

“Jika parti ini kalah, bagaimana dengan negara? Parti lawan tiada pengalaman memimpin. Pasti bangsa lain jadi Perdana Menteri. Mati lah Melayu di bumi sendiri. Tiadalah hak keistimewaan orang Melayu. Parti ini banyak berjasa sejak Merdeka dulu”

Buat pakcik makcik, jangan terlampau risau. Jika tiada lg generasi tua memperjuangkan hak rakyat, percayalah, Allah akan hantar generasi lain untuk menentang kezaliman. Tetapkan hati pada ketentuhan Tuhan. Ini Akidah kita.

Ingatlah, setiap antara kita sudah cuba yang terbaik untuk menganalisa dan berkorban untuk parti yang kita sendiri ‘rasa betul’. 

Jika BN, BN lah.
Jika PAS, PAS lah
Jika PH, PH lah.

Saya percaya, ada di kalangan rakan-rakan sanggup bersusah payah berkempen di media sosial bagi meraih undi. 

Ada pakcik makcik yang sanggup menyumbang wang bagi kejayaan parti. Ada dalam kalangan kita sanggup bergaduh dan memutuskan ikatan persaudaraan hanya kerana berlainan sokongan parti politik. Memutuskan ikatan persaudaraan ini juga suatu pelaburan/investment dalam berpolitik. Tetapi maaf saya kata, ini adalah ‘investment’ yang sangat merugikan, malah deficits, Allah murka. 

Kadang-kala kita lihat pemimpin atasan parti di parliament bergaduh antara pemimpin kerajaan dan pembangkang, tetapi di luar dewan mereka mampu minum kopi gelak tawa. Kita orang bawahan/pengikut agak berlebihan, akhirnya hilang saudara berpuluh tahun.

Oleh demikian, saya menyeru pada penyokong parti, berbaik lah semula jika ada terkasar bahasa sepanjang berkempen di media social. Selalu pahatkan dalam fikiran dan hati kita bahawa, perjuangan ‘parti politik’ ini bukan matlamat akhir hidup kita. Matlamat akhir kita adalah di alam kubur, hari akhirat. Jika kita mampu menjalinkan semula ikatan persaudaraan yg sudah terlerai dek kerana politik, fitnah terhadap pemimpin yang belum sempat di lunaskan, bagaimanakah nasib kita di alam akhirat nanti?

Jika terjumpa musuh politik waktu terawih nanti, bertegurlah, bersalaman. Ramadhan lagi seminggu ni. Jika ada rumah terbuka aidul fitri, biar kita mulakan jemputan terhadap mereka. Kita jadi ejen penyambung sillaturrahim.

Dengan itu saya mahu menyeru kita semua pengundi menerima keputusan dengan hati terbuka. Jangan terlalu tertekan dengan keputusan 9Mei ini..

Ingat semula akidah kita bahawa, ‘Allah sebaik-baik perancang’

Jika di katakan ada penipuan dlm proses pengundian, jangan terlampau risau... jika kita sudah usaha sehabis baik untuk banteras penipuan dan Allah sudah tentukan kita menang, maka tiada kuasa lain yang mampu menghalangnya.

Jika sudah usaha sehabis baik dan berlaku sebaliknya, itu juga hak-Nya.

Secara kesimpulannya, neutral kan fikiran anda. Gunakan satu peluru kuasa mengundi itu dengan sebaik mungkin bagi memilih pemimpin. Politik dunia bukan matlamat akhir hidup kita, dan jadilah ejen menyambung sillaturrahim.

Amirul Asyraf