Wednesday, 1 July 2015

Ibrah Di Bulan Ramadhan Part 2



Darah daripada lutut di salur ke luar 




Setiap hari, specialist akan datang kat katil aku, untuk tengok progress kaki, banyak lagi berlaku pendarahan ke idak, kaki dah boleh gerak atau belum. Dah masuk 2hari, should be both leg dah boleh gerak,tapi kaki kanan (unoperated leg) pulak tiba tiba tak boleh gerak, kaki kiri elok je.


Specialist Orthopedic (Dr Azfar) pun pelik, sebab dia kata dia operate kaki kiri, macam mana kaki kanan effected.


"Okay takpe, nanti saya panggil Specialist Saraf untuk datang cek kamu"


Selang beberapa jam, Anesthesiologist (Dr Tan) sampai.


Die pun buat cek kaki aku, cek sensation aku guna ice, pergerakan kaki & dll.

Memang waktu die cek tu, aku tak rasa pape pun pada kaki kanan, padahal kaki kiri normal je.


"Waktu operation hari tu saya inject di spinal kt location bla bla bla, tapi chances untuk effect di laluan kaki sebelah kanan amat tipis.. untuk jadi kejadian macam ni amat jarang berlaku"

"Okay takpe, kita tunggu sampai  dose ubat ni fully habis sehingga pukul 3pm ni, nanti saya datang balik untuk cek"


Aku time tu dah fikir macam macam, sebab specialist kata, untuk terkena saraf kaki kanan amat tipis.

Yang menguatkan lagi "negative thinking" ni adalah kerana time dekat OT, aku dengar Dr Tan cakap kt nurse, "takde ruang kt sini, ruang sempit bla bla...". Tu aku fikir, yaAllah, jangan lahh...

Aku time tu sedih sangat, terus whatsapp kat group family, supaya doakan supaya takde pape & ceritakan ape yang specialist bagitahu tadi.

Aku dah fikir macam macam eventho doctor cakap amat tipis chances untuk kene, tapi still ada possibility untuk kena. Aku akan lumpuh, macam mana dengan hidup aku lepas ni, rasa menyesal pun ada jugak lepas buat operation, sebab kalau tak buat operation, aku still boleh jalan macam biasa cuma sikit tak stable lah, akan effect waktu tua aku lah kalau tak buat operation, tak boleh bersukan lasak dan buat kerja berat.


Aku doa, nak nangis pun ada jugak sebab fikir diri sendiri lumpuh, fikir masa depan nanti. Aku doa ssorg atas katil lepas doctor dah pergi dengan penuh kesedihan.

3jam menunggu daripada pukul 12pm-3pm tu sangat sedih, orang kata "penantian satu penyiksaan"

Alhamdulillah selepas 3.30pm kaki aku sikit sikit dah boleh gerak, mula thigh, selang beberapa minit, leg pulak, then baru foot, jari kaki. Aku, yaAllah bersyukur sangat. Then aku terfikir...


Ibrah (Pengajaran)

1) Alhamdulillah, Allah bagi aku perasaan sedih bagi orang yang mendapati diri mereka lumpuh seumur hidup. Bukan senang tau nak hadapi perasaan macam ni, sedih dia, Allah je tahu. (3jam menunggu progress kaki kanan, bermacam macam benda yang bermain di fikiran tentang lumpuh)

2) Allah buat aku rasa syukur mampu ada kaki yang normal selepas aku bersedih. (Syukur sangat, andai kata Allah tetap kan aku betul betul lumpuh, nauzubillah, grrr)

3) "Ibu, angah takutlah jadi specialist bu, nanti kalau betul betul kita yang jadi penyebab patient kita rosak seumur hidup macam mana bu..hmmm" (selepas aku bersedih, selepas kaki aku kembali normal)

Ibu pun menasihati aku.

"Ye angah, sebab itu dalam setiap perkara kita kene hati hati, kene disiplin. jangan buat kerja sambil lewa..... kene kemas, rambut kene jaga & ......" 

(yang highlight biru tu okay lagi, yang hujung hujung tu memang ibu nak tegur aku, sebab aku tak suka sikat rambut, selekeh. Sempat lagi tu ibu selitkan about rambut & penampilan diri hahaha)

"Ibrahnye adalah, setiap perkara mempunyai risiko, dan biarlah risiko itu terjadi selepas kita telah menjalankan tanggungjawab kita dengan sebaik mungkin, tanpa kesilapan disebabkan kelemahan ilmu dan kemahiran kita yang sepatutnya kita sudah mahir dalam bidang kita sendiri"


_____________________________________________________



Hari hari aku di hospital, aku luangkan masa dengan bahan bacaan. Antara bukunya Sebelum Aku Ber***** dan buku Aku Bukan Superman, Aku Pemuda Luar Biasa. 

Dua buku ni secara rumusannya aku boleh katakan, memberi aku kesedaran, aku masih hidup dalam keadaan kebudak budakan, masih memikirkan hal memuaskan keinginan hidup di dunia tanpa fikir untuk membantu masyarakat(ummah), hidup dalam keadaan lalai dengan sikap buruk.

Selepas di uji dengan sakit di tambah dengan pengajaran yang aku dapat daripada kedua buku tu, aku sedar, aku sebenarnye dah jauh ketinggalan dengan manusia manusia yang memperjuangkan islam. 











Aku pulang ke rumah selepas discharge dengan semangat ramadhan yang baru. Aku dapat merasakan ramadhan aku pada tahun ini bermula pada hari ke-12, bukan nya seperti manusia lain, mula ramadhan  pada hari pertama lagi.


Kali ini aku berdoa pada Allah dengan keazaman yang kuat agar aku tidak lagi menjadi seorang lelaki muslim yang sekadar menyambut & melakukan ibadah ramadhan hanya sekadar "budaya orang islam", tapi aku ingin hidup dalam bulan ini sebagai seorang muslim yang hebat insyaAllah.



Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya dan pandang sesuatu yang terjadi dengan pandangan positive. Sentapkan diri & tegurlah diri dengan memberbanyakkan dekat dengan bahan bacaan atau mendengar ceramah motivasi/agama. InsyaAllah, dengan cara ini, kita sedar di mana kita sekarang, dan ke mana arah kita perlu pergi untuk menjadi manusia hebat dari hari ke hari.



***Sebenarnye aku tulis ppanjang yang sakit bagai nak rak kt hospital punca daripada main futsal, tiba tiba berlaku injury kt ligament(ACL). Maaf ler, nak bagi tahu punca injury pun kene tulis panjang lebar.


Semoga dapat pengajaran daripada pengalaman aku, sebagai insan yang lemah ini.

Salam.


Hararapan


Dapat sedekahkan Al-Fatihah pada aku, untuk menjadi manusia hebat yang mampu memimpin masyakarat. Amin












Ibrah Di Bulan Ramadhan Part 1




Aku sudah berada di bulan ramadhan, dan masih merasakan hanya seorang lelaki yang dikatakan "Islam", tetapi sekadar menahan lapar. Jujur tidak aku bohong mengeluarkan kata-kata ini. Sebab apa? Sebab sikap ku, kata-kata ku, gelak tawa, guraun ku, ibadah ku, amalan ku sedikit tidak menunjukkan aku sedang berada di bulan ramadhan. Aku sedar, tetapi hidup dalam keadaan "sedar tanpa tindakan". 

Dan jika aku melakukan ibadah, hanya melakukannya kerana ia adalah "budaya" orang islam ketika bulan ramadhan, contohnya solat terawih dan, semestinyalah, amalan ini aku lakukan bukannya datang daripada keazaman untuk aku perbaiki diri, meningkatkan amalan, memohon keampunan daripada Allah. Apa taknya permulaan niat pun sudah salah, sekadar "budaya ummat islam" di bulan ramadhan.

Sudah hampir seminggu berlalu, aku masih merasakan aku sedang bernafas pada bulan bulan biasa, tanpa rasa kehangatan atau semangatnya hidup di bulan ramadhan.


Di rumah.

"Angah. bile nak buat operation kaki." Cik Ain.

"Grr.. angah rasa nak buat bbile free bu, rasa macam malas pulak, Kalau operate, tak boleh banyak aktiviti bulan ramadhan dan raya grrr." (alasan padu)

"Buatlah sekarang, sementara angah tengah cuti ni" ibu dengan nada penuh sayu & nasihat, menyuruh aku untuk menjalani operation.


Kami berdua pergi ke hospital, jumpa specialist, set date. Kami tidak berbual panjang kepada specialist kerana sebelum ini sudah ada record MRI pada bulan April lepas bahawa aku mengalami Anterior Cruciate Ligament injury.






Pada hari kejadian, muka aku cemas,takut masuk operation theatre(OT), sambil mendapat bisikan ibu.

"Alhamdulillah, lepas ni kaki anak ibu dah elok semula, syukur". Ibu bisik dengan penuh senyuman.

Waktu saat tu, aku sedih, rasa ingin titiskan air mata, seorang ibu sanggup buat apa sahaja untuk lihat anak dia normal semula. Waktu sebelum operation lagi ibu kata, 

"Angah buat lah sekarang sementara ibu & ayh masih kerja, lagipun kaki tu nak pakai lama, angah nak kerja nanti & ........"



Aku masuk dalam OT, buat epidural anesthesia oleh Dr Tan, senang cerita time tu kebas separuh badan, daripada pinggang, hingga ke hujung kaki. 

Aku dalam keadaan sedar operation tu, Doctor Azfar masuk camera(layman language) dalam lutut, then drill tulang aku, buat lubang pada tulang, buat tunnel kt tulang, tarik hamstring untuk ganti ACL yang injured. Dalam OT byk soalan yang aku tanya doc,

"Tu ape doc ini ape doc"

"Kenapa itu, kenapa ini"

Rasanya, tidak perlulah menceritakan lebih ketika dalam OT, tapi, apa yang penting aku dah dapat borak live dengan orang yang sedang operate lutut aku, hahaha.

Operation tamat.


Keluar drpd OT, nurse masukkan aku dalam bilik hospital, then letakkan aku dengan lemah lembut ke atas katil. Ibu senyum sebagai tanda gembira, ibu tanya

 "Angah okay tak?"

"Okay bu, best bu tadi, tengok doc operate kaki, angah tanya macam-macam, doc tu kat dalam OT boleh lagi buat lawak ngan nurse nurse die, borak borak, meriah dalam OT tadi haha" Aku jawab dengan happy haha




Aku sedih dengan pengorbanan ibu. Bukan nak kata apa, bukan susah pun kalau hidup kat hospital macam ni, kalau sakit atau ada apa apa jadi, tekan bell untuk panggil nurse, tak sampai 5mint dah datang lah nurse tu masuk bilik bantu aku. Aku nasihat ibu supaya balik rehat bu

"Takpe bu, angah taknak susahkan ibu"

"Apa kata macam tu, angah tu anak ibu, jangan keluarkan kata kata macam tu lagi"


Ibu tido dengan aku malam ni, ibu bawak selimut tebal, bantal, tido di lantai teman kan aku. Sebak hati tengok ibu sendiri tidur di lantai, anak tidur di katil empuk tilamnya.


Sudut Pandang
Andai kata nanti, apabila hidup kita dah senang nanti, "nak ke kita benarkan benda ini terjadi".
Benarkan ibu bapa hidup susah, kita senang lenang dengan harta kita tanpa fikir ibu bapa kita ni sakit ke, makan sedap ke tak hari ni.



Keesokan hari bangun tidur,

"Angah, sehari lebih angah tak mandi, biar ibu mandi kan ye.."

Aku nak menolak pelawaan ibu, sebab tak nak menyusahkan beliau, tapi apa kan daya, aku terpaksa akur.

"Boleh juga bu"

Ibu mintak basin air daripada nurse dan towel hospital yang di sediakan. Aku masih tidak boleh berjalan,dan ibu mandikan aku di atas katil hospital. Ibu bukakan baju, ibu sapu badan aku perlahan lahan dengan kain lembab. Lap muka, badan, letak sedikit sabun


Sebenarnya, sewaktu ibu sapu dan lap badan aku dengan kain lembab tu, aku rasa sebak yang teramat, jujur rasa nak nangis, sebab apa? Aku soal diri aku semula

Boleh ke aku buat benda yang sama waktu ibu & ayah dah tua nanti?

Andai kata mereka tua & tak dapat uruskan diri mereka sendiri, sanggup ke aku mandi kan mereka, bersihkan najis mereka?


Tiba tiba!

Aku meraung....


"Ibu, apa ni bu, grrr"

Muka aku seakan akan cuba mengelak daripada ibu sapu pada muka.

Rupa rupanya ibu sapu aku dengan cream muka perempuan. Supaya wangi & muka tak kering katanya...Grrr..



Aku terpaksa akur, sebab yang jaga aku adalah seorang ibu (perempuan), dia akan guna apa sahaja barang perempuan yang di rasakan baik untuk uruskan diri anak dia ketika di hospital. Kalau ayah yang jaga pulak, apa pula dia akan gunakan? hahaha



Ibrah (Pengajaran)

Ingat, pengorbanan ibu dan ayah itu tiada tandingan, dia sentiasa ingin lihat anak mereka hidup senang. Aku ingatkan diri aku dan semua, andai kata kita punyai kesenangan sikit, berilah atau kongsilah sedikit dengan mereka, contoh apa? Berita gembira yang berlaku pada diri kita, kita ceritakan pada mereka, ada duit lebih beli hadiah, dan yang paling penting, hormat sepenuh pada mereka selagi tidak melanggar syarak.



Andai kata berlalu perbalahan sedikit yang mungkin tidak menyenangkan hati kita, beralahlah dengan mereka, dan cari jalan penyelesain yang terbaik, contohnya nasihat mereka dengan baik. Jangan melawan... 

"Ingat, untuk mendapat redha Allah, kita tidak harus melawan ibu bapa"

Bila tiada redha Allah terhadap kita, hidup kita tidak akan tenang dan sentiasa huru hara.



Jangan sampai kita tak bau syurga kawan-kawan.


Sekali Allah kata kita di hukum "tidak bau syurga" kerana derhaka pada ibu bapa, apa guna kita dok tunggang terbalik solat.

Pernah pergi shopping complex tak? Kadang kadang kita lalu berhampiran dengan kedai roti, kita bau roti, sedap. "Bau Roti".

Cuba bayangkan Allah kata "kita tidak bau syurga?". 

Hormat Ibu Ayah insyaAllah 

*Peringatan untuk diri sendiri dan saudara di luar sana ^-^