Aku sudah berada di bulan ramadhan, dan masih merasakan hanya seorang lelaki yang dikatakan "Islam", tetapi sekadar menahan lapar. Jujur tidak aku bohong mengeluarkan kata-kata ini. Sebab apa? Sebab sikap ku, kata-kata ku, gelak tawa, guraun ku, ibadah ku, amalan ku sedikit tidak menunjukkan aku sedang berada di bulan ramadhan. Aku sedar, tetapi hidup dalam keadaan "sedar tanpa tindakan".
Dan jika aku melakukan ibadah, hanya melakukannya kerana ia adalah "budaya" orang islam ketika bulan ramadhan, contohnya solat terawih dan, semestinyalah, amalan ini aku lakukan bukannya datang daripada keazaman untuk aku perbaiki diri, meningkatkan amalan, memohon keampunan daripada Allah. Apa taknya permulaan niat pun sudah salah, sekadar "budaya ummat islam" di bulan ramadhan.
Sudah hampir seminggu berlalu, aku masih merasakan aku sedang bernafas pada bulan bulan biasa, tanpa rasa kehangatan atau semangatnya hidup di bulan ramadhan.
Di rumah.
"Angah. bile nak buat operation kaki." Cik Ain.
"Grr.. angah rasa nak buat bbile free bu, rasa macam malas pulak, Kalau operate, tak boleh banyak aktiviti bulan ramadhan dan raya grrr." (alasan padu)
"Buatlah sekarang, sementara angah tengah cuti ni" ibu dengan nada penuh sayu & nasihat, menyuruh aku untuk menjalani operation.
Kami berdua pergi ke hospital, jumpa specialist, set date. Kami tidak berbual panjang kepada specialist kerana sebelum ini sudah ada record MRI pada bulan April lepas bahawa aku mengalami Anterior Cruciate Ligament injury.
Pada hari kejadian, muka aku cemas,takut masuk operation theatre(OT), sambil mendapat bisikan ibu.
"Alhamdulillah, lepas ni kaki anak ibu dah elok semula, syukur". Ibu bisik dengan penuh senyuman.
Waktu saat tu, aku sedih, rasa ingin titiskan air mata, seorang ibu sanggup buat apa sahaja untuk lihat anak dia normal semula. Waktu sebelum operation lagi ibu kata,
"Angah buat lah sekarang sementara ibu & ayh masih kerja, lagipun kaki tu nak pakai lama, angah nak kerja nanti & ........"
Aku masuk dalam OT, buat epidural anesthesia oleh Dr Tan, senang cerita time tu kebas separuh badan, daripada pinggang, hingga ke hujung kaki.
Aku dalam keadaan sedar operation tu, Doctor Azfar masuk camera(layman language) dalam lutut, then drill tulang aku, buat lubang pada tulang, buat tunnel kt tulang, tarik hamstring untuk ganti ACL yang injured. Dalam OT byk soalan yang aku tanya doc,
"Tu ape doc ini ape doc"
"Kenapa itu, kenapa ini"
Rasanya, tidak perlulah menceritakan lebih ketika dalam OT, tapi, apa yang penting aku dah dapat borak live dengan orang yang sedang operate lutut aku, hahaha.
Operation tamat.
Keluar drpd OT, nurse masukkan aku dalam bilik hospital, then letakkan aku dengan lemah lembut ke atas katil. Ibu senyum sebagai tanda gembira, ibu tanya
"Angah okay tak?"
"Okay bu, best bu tadi, tengok doc operate kaki, angah tanya macam-macam, doc tu kat dalam OT boleh lagi buat lawak ngan nurse nurse die, borak borak, meriah dalam OT tadi haha" Aku jawab dengan happy haha
Aku sedih dengan pengorbanan ibu. Bukan nak kata apa, bukan susah pun kalau hidup kat hospital macam ni, kalau sakit atau ada apa apa jadi, tekan bell untuk panggil nurse, tak sampai 5mint dah datang lah nurse tu masuk bilik bantu aku. Aku nasihat ibu supaya balik rehat bu
"Takpe bu, angah taknak susahkan ibu"
"Apa kata macam tu, angah tu anak ibu, jangan keluarkan kata kata macam tu lagi"
Ibu tido dengan aku malam ni, ibu bawak selimut tebal, bantal, tido di lantai teman kan aku. Sebak hati tengok ibu sendiri tidur di lantai, anak tidur di katil empuk tilamnya.
Sudut Pandang
Andai kata nanti, apabila hidup kita dah senang nanti, "nak ke kita benarkan benda ini terjadi".
Benarkan ibu bapa hidup susah, kita senang lenang dengan harta kita tanpa fikir ibu bapa kita ni sakit ke, makan sedap ke tak hari ni.
Keesokan hari bangun tidur,
"Angah, sehari lebih angah tak mandi, biar ibu mandi kan ye.."
Aku nak menolak pelawaan ibu, sebab tak nak menyusahkan beliau, tapi apa kan daya, aku terpaksa akur.
"Boleh juga bu"
Ibu mintak basin air daripada nurse dan towel hospital yang di sediakan. Aku masih tidak boleh berjalan,dan ibu mandikan aku di atas katil hospital. Ibu bukakan baju, ibu sapu badan aku perlahan lahan dengan kain lembab. Lap muka, badan, letak sedikit sabun
Sebenarnya, sewaktu ibu sapu dan lap badan aku dengan kain lembab tu, aku rasa sebak yang teramat, jujur rasa nak nangis, sebab apa? Aku soal diri aku semula
Boleh ke aku buat benda yang sama waktu ibu & ayah dah tua nanti?
Andai kata mereka tua & tak dapat uruskan diri mereka sendiri, sanggup ke aku mandi kan mereka, bersihkan najis mereka?
Tiba tiba!
Aku meraung....
"Ibu, apa ni bu, grrr"
Muka aku seakan akan cuba mengelak daripada ibu sapu pada muka.
Rupa rupanya ibu sapu aku dengan cream muka perempuan. Supaya wangi & muka tak kering katanya...Grrr..
Aku terpaksa akur, sebab yang jaga aku adalah seorang ibu (perempuan), dia akan guna apa sahaja barang perempuan yang di rasakan baik untuk uruskan diri anak dia ketika di hospital. Kalau ayah yang jaga pulak, apa pula dia akan gunakan? hahaha
Ibrah (Pengajaran)
Ingat, pengorbanan ibu dan ayah itu tiada tandingan, dia sentiasa ingin lihat anak mereka hidup senang. Aku ingatkan diri aku dan semua, andai kata kita punyai kesenangan sikit, berilah atau kongsilah sedikit dengan mereka, contoh apa? Berita gembira yang berlaku pada diri kita, kita ceritakan pada mereka, ada duit lebih beli hadiah, dan yang paling penting, hormat sepenuh pada mereka selagi tidak melanggar syarak.
Andai kata berlalu perbalahan sedikit yang mungkin tidak menyenangkan hati kita, beralahlah dengan mereka, dan cari jalan penyelesain yang terbaik, contohnya nasihat mereka dengan baik. Jangan melawan...
"Ingat, untuk mendapat redha Allah, kita tidak harus melawan ibu bapa"
Bila tiada redha Allah terhadap kita, hidup kita tidak akan tenang dan sentiasa huru hara.
Jangan sampai kita tak bau syurga kawan-kawan.
Sekali Allah kata kita di hukum "tidak bau syurga" kerana derhaka pada ibu bapa, apa guna kita dok tunggang terbalik solat.
Pernah pergi shopping complex tak? Kadang kadang kita lalu berhampiran dengan kedai roti, kita bau roti, sedap. "Bau Roti".
Cuba bayangkan Allah kata "kita tidak bau syurga?".
Hormat Ibu Ayah insyaAllah
*Peringatan untuk diri sendiri dan saudara di luar sana ^-^
Orang kuat je mampu tulis panjang2 mcm ni. Get well soon 😃 Sado tuk diri, ibu, ayah and family ok 👍👍👍
ReplyDelete