Kisah Sushi & Halal (Kisah Benar)
Case 1
Kisahnya bermula disini, aku dan member-member aku memang kaki sushi. Sangap ktorg terhadap sushi ni sehinggakan akan habis berpuluh ringgit sekali makan sushi, dalam seminggu maybe dalam satu atau dua kali pergi sushi, kalau ramai member yang tak free, kkdg aku tak dpt makan sushi, sbb takde gang nak teman mkn hm. Tempat panas sushi yang biasa kiteorg akan datang adalah Sushi King Alamanda, aku mmg tak pernah makan sushi tempat lain selain drpd Sushi King.
Suatu hari yang tidak di sangka sangka setelah "beberapa tahun" kami menapak di Sushi King Alamanda, restoren itu ditakdirkan tutup dan di ganti dengan kedai mee ape ntah -..- dan kami meratapi di hadapan kedai tersebut dan berusaha mencari kedai sushi yang lain. Kami pergi ke ioi Putrajaya mencari kedai sushi dan jumpa bbrapa kedai sushi.
Aku jumpa Sakaei Sushi, dieorang cakap sushi sini mahal, tp di sebabkan dah lama tak makan, aku cakap
"takpelah tak, tak kesah, sangap sangat dah ni, jom!".
Then ktorg smpai "depan" kedai, aku usha usha kedai tu dan tengok takde tanda halal. Aku panggil manager die dan tanya
Amirul : Boss, tumpang tanya, sini makanan halal ka?
Manager : Sini makanan halal. (Suara ala ala warga Myanmar)
Amirul : Boleh saya tengok certificate halal kedai ni?
Manager : Kami takde certificate di sini, sbb kami ada jual beer, tapi makanan kami di sini halal.
Amirul : Oh takpelah kalau macam tu, tq boss.
Selepas itu, ada seorang daripada kami bersuara,
"takpelah, kita makan sushi jelah, yang beer & tak halal tu takyah order"
Pengajaran: Jangan ambil kata-kata "halal" daripada non-muslim, sbb mereka tak tahu perkara halal bagi kita yang sebenar-bernarnya itu macam mana (Muslim). Sekadar ilmu cetek mereka, halal itu adalah "tiada babi". Beer itu air, then "you makan sushi je, tak payah minum beer, sbb beer tidak halal".
Halal Islam itu bukan sekadar "babi & arak" sahaja tau, Halal Islam lebih caripada itu, contohnya
1) Cara penyembelihan
Contoh: Sembelihan haiwan, tujuan Islam jaga cara penyembelihan untuk keluarkan darah kotor dalam haiwan sebelum kita jadikan ianya hidangan.
*Ingin tahu lebih dalam, kene mengaji lebih sikit dalam bab penyembelihan binatang dalam islam
Case 2
Sebenarnya sebelum tu dah ada beberapa kedai sushi yang kami pergi untuk cuba try test kedai sushi selain Sushi King contoh macam Sumo Sushi di Cyberjaya. Aku tanya pekerja dia,
"halal ke idak bro", then die jawab halal. Aku mintak certificate halal, die cakap taktau ada ke tak something like that, then aku panggil manager die. Manager die dtg dengan pakai t-shirt ape ntah, berantai, muka percakapan memang aku yakin bukan muslim, aku tanya "kedai ni ada certificate halal?" die cakap ada.
Then aku tengok certificate die, mula mula sedap dah hati dapat certificate, bile sekali baca sedap hati lagi, baca 2 3 kali, baru perasan rupa-rupanya tu certificate halal supplier frozen food dieorg, bukannya certificate kedai dieorang sendiri.
Pengajaran: Mungkin ada sebab mengapa kedai itu sendiri tidak dapat certificate halal, cuba fikir mengapa. Halal Islam ini bukan sahaja tidak ada "babi & beer" tapi ia juga dilihat bagaimana pengendalian makan, adakah ianya ia di kendalikan dengan dengan suci & bersih.
Nak tahu tak, andai kata kuku yang tak besih, pergi ke tandas dan pekerja restauran menguruskan makanan, dan andai kata najis masuk dalam makanan, dan makanan itu sudah menjadi tidak halal. Dan orang bukan muslim tidak tahu tahap kesucian org Muslim, dan andai kata kedai itu pekerja dapurnya non-muslim, then restauran pula tiada certificate halal, mungkin sudah tahu mengapa JAKIM tidak sediakan "title halal" pada kedai tersebut.
Andai kata pekerja non-muslim tersebut masak 'babi goreng' untuk makan persendirian dia sahaja, then die nak masak makanan customer menggunakan kuali yang sama. Dan die cuci dengan sabun bla bla bla, then guna kuali untuk customer muslim. Seperti yang kita tahu, najis babi itu perlu guna 1x air tanah, 6x air mutlak. Haaaaa nampak, kita tak makan babi pun, cari di sebabkan pengendalihan makan oleh pekerja teserbut yang tidak ikut cara Islam, then makan itu menjadi tidak halal.
Conclusion
Makanan yang haram masuk dalam akan effect kita punya sikap & ibadah kita terhadap Allah.
Kita ni 5x kali sehari solat sujud pada Allah (baik), tapi alat ibadah(tubuh badan) yang kita gunakan adalah darah daging hasil makanan yang haram.
Pasti akan antara kita akan terdetik, "aku bukan sengaja pun, sebab aku taktahu kedai tu tak halal"
Sebelum kita back up diri kita dengan "ayat tersebut" kita patut usaha dahulu untuk mengetahui sama ada ianya halal atau tidak. Sebab Allah akan tanya pada kita nanti, apa usaha kita untuk mengelakkan salah laku di dunia. Usahanya adalah dengan "siasat" haha.
No comments:
Post a Comment