Sunday, 15 November 2015

Pesakit, mengajar aku Hidup di Dunia Part 2



End Stage Renal Failure

Pesakit ketiga yang ingin di kongsi kan adalah pesakit "End Stage Renal Failure" (ESRF), kerosakan buah pinggang peringkat akhir.


Seorang pakcik, umur lingkungan 60-70 tahun. Beliau telah berada di hospital tersebut hampir satu bulan untuk tujuan rawatan serta proses Haemodylisis.


Telah banyak bahagian urat yang telah di gunakan untuk tujuan Haemodialysis (cuci darah bagi pesakit ESRF) pada badan pakcik tersebut. Keadaannya sungguh lemah terbaring di atas katil, mungkin kesan kadar toxic dalam badan telah terlalu tinggi akibat kerosakan buah pinggang.



Salur darah yang di gunakan untuk Haemodialysis bukanlah boleh di buat pada bahagian saluran darah biasa, tetapi perlu di buat pada bahagian yang di namakan "Fistula". Pada bahagian badan beliau, telah banyak bahagian fistula yang sudah di gunakan. Kesannya, pakcik tersebut harus memasang alat di bahagian leher beliau untuk tujuan Haemodylisis.








Di hospital ini tiada kepakaran untuk melakukan di bahagian leher dan perlukan kepakaran di hospital HUKM.


"Ward Round" bersama Dr Nani...

Pakar Perubatan Dalaman , Dr Nani, rujuk pakcik ini kepada Pakar Endokronologi di HUKM, dan memberi beberapa keterangan kepada beliau sambil di temani oleh isteri beliau di kerusi rehat.

"Pakcik, saya akan referkan pakcik pada Pakar di HUKM ye, kerana mereka mampu buat saluran di leher pakcik, tetapi memerlukan bayaran sikit ye pakcik"

"Berapa kosnya doctor"

"Rm700 pakcik"

Pakcik terdiam seketika tanpa kata dengan tubuh badan yang terlalu lesu.

"Tetapi pakcik, kalau pakcik ingin yang lebih kualiti, ianya lebih baik kerana lebih tahan lama dan tidak mudah tercabut, jadi kita tak perlu mudah untuk cucuk bahagian lain pula"

"Berapa pula harganya doctor" Pakcik mula bersuara dengan nada suara yang lesu dan lemah

"Rm1000 ++"


"Mahal doctor, itu memang harga tetap ya doctor?" Mengharapkan kosnya dapat di kurangkan.


Menitis air mata mendengar perbualan mereka berdua di hadapan kami, pelajar. Dalam lubuk hati terlalu sebak mendengar, besar ujian pakcik ini, tujuan untuk teruskan hidup....

**
Di nyatakan bahawa bahagian pemasangan alat di leher bukanlah di bawah tanggungan kerajaan.

Selepas habis kelas pagi, aku turun sarapan di kafe bawah. Aku ternampak makcik, isteri kepada pakcik makan seorang diri. Aku beli kuih, dan duduk di meja makcik sebentar.

Aku di fahamkan, mereka berdua sara hidup dengan duit pencen pakcik.

Aku bertanya,

"Cukup ke makcik duit pencen? Anak makcik di mana sekarang?"

"Cukup begitulah nak, cukup makan berdua. Anak makcik di Singapura, bekerja sebagai Polis di sana"

Setelah beramah mesra seketika, aku minta diri terlebih dahulu, kerana ada beberapa perkara yang perlu di uruskan.


Ibrah Hidup

1) Bukan semua orang hidup senang seperti kita, bukan semua orang dapat kehidupan bahagia seperti manusia lain. Ada manusia yang terlantar di hospital berminggu minggu berbulan bulan semata mata untuk letakkan usaha bagi teruskan hidup. Kita muda, badan gagah, bila di timpa ujian dunia, apabila gagal sesuatu merasakan tiada harapan untuk hidup, nekad untuk bunuh diri dan sebagainya.

Ada orang di luar sana lebih teruk hidupnya daripada kita, kuatkan semangat kita untuk terus jadi manusia berguna.

Di mata kita, Rm700-Rm1000 itu suatu nilai wang yang kecil, tapi ingat, di mata orang miskin, ianya suatu jumlah yang amat besar. Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan...


2) Bagi diri kita sendiri : Jagalah tubuh badan, jaga pemakanan, banyakkan minum air kosong. Elakkan dapat penyakit kronik pada usia yang muda seperti penyakit Diabetes (Kencing Manis). Ingatlah, pengambilan pemakanan yang tidak terkawal, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Minta nasihat doctor untuk diet yang ideal.

Selalulah berdoa pada Tuhan, agar saat saat akhir hayat kita di permudahkan oleh Tuhan.

Teringat kata kata seorang pakcik tua di Hospital Putrajaya tempoh hari -

"Biarlah kita hidup di dunia ini memberi manfaat pada orang lain, walaupun dengan sekecil senyuman. Jika kita hidup di dunia ini tiada manfaat pada manusia lain serta jika kita ditakdirkan sakit dan meletakkan beban sakit itu pada orang lain, eloklah jika Allah takdirkan kita pergi, kerana tidak mahu menyusahkan orang lain"


Tiada siapa yang minta hayat hidupnya di hospital, tetapi, alahkah baiknya jika kita di waktu sihat, pelihara diri, jaga pemakanan, rokok dan sebagainya. Di saat tua ini lah, kita harus manfaatkan masa tua kita dengan cara yang paling terbaik, kumpul sebanyak pahala dan qada' sebanyak mungkin solat yang telah kita tinggal ketika sibuk mengejar dunia. Mungkin, dengan pergi ke masjid, sertai aktiviti sukarelawan warga emas gotong royong adalah salah satu aktiviti bermanfaat yang boleh kita lakukan.


3) Bagi pihak si anak: Kita sebagai anak, perlu bersedia perkara yang mendatang kemungkinan yang akan jadi pada diri ibu bapa kita. Doa daripada sekarang, kita mempunyai kekuatan untuk "menjaga dan menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi kita sewaktu kecil dahulu"

Nauzubillah, kita menjadi anak derhaka dengan meninggalkan ibu bapa dalam kesusahan. Ingat, kita juga akan temui waktu tua.




Melihat susuk tubuh dan keadaan pakcik tersebut, hati aku berkata :

"Aku nak tolong pakcik, aku nak bagi duit pada dia.

Apa kerajaan dah buat pada rakyat? Kau boleh bina bangunan tinggi sana sini, tapi kau lupa tanggungjawab pada rakyat. Allah akan soal kau di akhirat kelak.

Aku nak call ibu ayah, nak transfer duit pada pakcik ni"


Macam macam perkara yang bermain di fikiran aku, dan beberapa ketika aku berjalan seorang diri dan berfikir sejenak secara rational berseorangan, aku sedar bahawa....



Konklusi

1) Kita semua perlu jadi orang berjaya di dunia. Yang masih belajar, belajarlah sungguh sungguh, dan pada yang tidak sambung belajar pun perlu jadi orang berjaya.

Siapa kata manusia yang tiada pelajaran university, kolej tidak boleh berjaya di dunia. Aku sudah pun jumpa usahawan yang tiada pelajaran berjaya dan kaya raya berbanding orang yang belajar di university dan kolej. Kini beliau menjadi seorang yang pemurah, kerana sedar, di saat dia pandang hina kerana kejahilan dalam pelajaran, kini Allah angkat dia sebagi seorang yang berjaya.

Ingatlah kawan kawan, harta yang kita cari di dunia, ada sedikit hak orang mereka yang faqir, miskin dan dll. Jadilah seorang pemurah, Allah akan balas dengan sesuatu kebaikan yang kita tidak jangka, percayalah. 

2) Jangan terlalu emosi salah kan pihak lain tidak ambil tidakkan wajar, seperti mana kita (aku) menyalahkan kerajaan sebentar tadi.

Kalau daripada dulu kita sibuk salahkan orang lain, rasanya bila masalah dan tujuan kita ingin selesai. Jadi, fikirlah, bergerak sekarang tanpa harap pihak berkuasa mengambil tindakkan. Kejayaan untuk sesuatu sukar untuk di kecapi dengan usaha berseorangan. Rasanya kalau kita sorang sahaja yang bersedekah, mungkin kita mampu bantu seorang dua orang pesakit, bagaimana pula nasib 10,000 lagi pesakit di luar sana.

Jadilah, kita perlu jadi manusia berjaya, ajak manusia lain untuk sama sama bantu, tubuhkan persatuan kebajikan, dan etc.


3) Ini adalah pilihan masing masing. Andai kata di takdirkan kita datang melawat hospital, berjalan dan pandang pesakit dengan senyuman. Kawan kawan, percayalah dengan senyuman mampu mengembirakan dan menenangkan manusia yang sedang sakit walaupun sesaat. Murahkan kita senyuman di hadapan mereka :)







Amirul Asyraf


"Doakan aku menjadi seorang yang berjaya, 
mampu memanfaatkan diri untuk kebaikan orang lain"







Pesakit, mengajar aku Hidup di Dunia Part 1


Hospital Angkatan Tentera, Kem Terendak.




 Penulisan Hidup Di Hospital Angkatan Tentera, Terendak.


Alhamdulillah, hidup di sini sangat bahagia, seronok, terasa seperti bercuti. Bukan apa, makan sedap, dengan minum petangnya tepi pantai, bersama air kelapa, rojak buah, kuih muih, ayam madu. Bila tiba waktu makan malam, aku dan Azam beberapa kali akan pergi dapatkan ikan siakap bakar, kadang kadang sanggup pergi jauh makan makanan special di Astana Puteh.

Kegemaran kami di sini, hampir setiap malam akan makan di kedai Pengkalan Balak, Chicken Chop Rm5, Nasi Lemak Ayam Goreng Tepung Rm3, ya Allah hidup di Terendak ni seronok sangat. Tambah lagi dengan Nasi Lemak Kerang, memang mantap hidup di Terendak.



Pemandangan di sana amat cantik, pantai sana sini, aku dan rakan rakan mandi di pantai belakang Challet kami. Seronok seronok juga, selepas datang seorang pakcik rambut krinting, kulit gelap datang jerit daripada atas, beri amaran pada kami,

"Kenapa mandi lagi, dah gelap hampir maghrib ni, dah ada 10 orang mati di sini"

Kami menggelupur naik ke atas selepas dengar amaran pakcik tersebut, memang bahaya pun laut tu sebenarnya, dalam. Selepas itu pakcik tersebut ceritakan kisah kisah buruk yang pernah jadi di pantai belakang Challet kami. Trauma.




Pantai Klebang tidak di lupa.

Secara konklusinya hidup di Terendak, amat menyeronokkan



Tetapi, hakikatnya...


Hidup ini, tidak lah selalunya indah kawan kawan.
Ada masa kita di atas, ada masa di bawah, ada masa kita kuat, ada masa kita lemah. Ada kala kita berkuasa, dan masa kita di kuasai. 

Dan yang sering kita lupakan adalah, rezeki kesihatan yang Allah beri pada kita, ada tika kita sihat untuk kejar "kerja dunia", ada masa kita rebah jatuh tanpa dapat lagi berbuat apa apa.


Dan hamba Allah sekalian, ingat 5 Perkara, Sebelum 5 Perkara:

1) Kaya Sebelum Miskin
2) Sihat Sebelum Sakit
3) Muda Sebelum Tua
4) Lapang Sebelum Sempit
5) Hidup Sebelum Mati


Ini lah hakikat dunia yang kita semua sering alpa.


Di Hospital Kem Terendak ini, aku dapat seribu satu pengajaran yang mampu aku cedok dan jadikan ikhtibar hidup, dan kebanyakan datangnya daripada pemerhatian aku terhadap pesakit di sana.


Eloklah jika kita mulakan kisah hidup bersama pesakit....


Bell's Palsy
Pesakit pertama yang ingin aku kongsi kan adalah pesakit "Bell's Palsy" secondary to "Ear Infection // Hypertension"



Bell's Palsy ni adalah suatu penyakit yang menyebabkan sebahagian (separuh) daripada muka seseorang manusia itu lumpuh. Pesakit ini seorang pelajar di Kolej Islam di Melaka, berumur 21tahun.


Hampir setiap pagi, kami akan ada "ward round" bersama Pakar Perubatan. Pakar akan mengajar kami berdasarkan pesakit yang ada di hospital. Kali ini, case kami menarik, iaitu Bell's Palsy.

Kami pelajar, kerumuni di katil beliau, kerana penyakit seperti ini jarang jumpa, buat clerking dan beberapa pemeriksaan fizikal. Aku kerap kali datang ke katil beliau, untuk study penyakit walaupun selepas waktu habis kelas bersama Pakar Perubatan.

Pada saat akhir sebelum dia di benarkan pulang, selepas mendapatkan rawatan berminggu mingu, aku datang ke katil dia sekali lagi, study dan berborak, merungut study susah dan sebagainya. Minta bantuan beliau doa kejayaan dalam hidup.

Dalam perbualan kami, antara kata kata dia terakhir pada aku, yang terkesan dalam hati adalah:

"Kau jangan takut, apa pun ujian yang datang pada hidup kau, selagi kau ada Allah, semua akan okay".

 Kata kata ini di keluarkan oleh seorang lelaki yang lumpuh sebahagian mukanya, dengan hilang deria rasa, menghadapi kesukaran untuk bercakap secara normal, beliau tetap kuat dan memberi kan hujah semangat, redha dan bersyukur dengan ujian Tuhan.

Rasanya, kalau kita bertubuh badan sihat dan kuat, dan tiba tiba di uji seperti itu, lumpuh, mampukah kita keluarkan kata kata positive seperti beliau. Subhanallah. 


Ibrah Hidup

1) Cukuplah Allah buat kita, Dia sahaja ada di saat kita susah dan senang. Ujian tersebut datang daripadanya, dan dia juga yang akan memulihkannya. Pinta dan Redha lah dengan Allah.

 Ingat, Allah bersifat Maha Pengasih, Maha Penyayang. Allah sayang kita lebih daripada seorang ibu menyayangi anaknya. Baiknya Allah. Subhanallah.

"Kau jangan takut, apa pun ujian yang datang pada hidup kau, selagi kau ada Allah, semua akan okay" - Manusia yang Bersyukur & Redha dengan ujian Allah.

2) Medical: Pengajaran medicalnya adalah, ambil berat jika berlaku jangkitan kuman di telinga, perlu pastikan jangkitan tersebut betul betul sudah hilang selepas mendapat rawatan doctor.

InsyaAllah, kita dapat jauh daripada penyakit yang tidak diingini.




Scrotal Swelling

Pesakit kedua yang ingin di kongsi kan adalah "Scrotal Swelling" (Zakar Bengkak)

Lelaki berumur 35tahun, menghadapi Zakar Bengkak. Menghidapi kencing manis, dan tidak di kawal kandungan gula dengan baik (uncontrolled DM). Bacaan berkala beliau sering mencatat kadar gula yang tinggi, 10-14mmol/L.

Kita perlu tahu bahawa penyakit Diabetes atau di kenali sebagai penyakit Tinggi Kandungan Gula dalam darah ini, akan mengganggu proses immunisasi badan untuk menghalang penyakit atau kuman daripada menjangkiti tubuh manusia .Term komplikasi yang di guna untuk kadar gula yang tidak terkawal (Diabetes) sama seperti pesakit term yang di gunakan oleh pesakit HIV, iaitu "immunocompromised", having an impaired immune system. Penyakit ini juga menyukarkan badan kita untuk memulihkan setiap luka yang ada pada badan kita. 

Lelaki tersebut terpaksa menjalani operasi membuang zakar.

Kami tidak dapat kesan di mana sebabnya jangkitan tersebut. Bila di tanya sexual promiscuity, tahap kebersihan membasuh kemaluan, dan dll semua nya okay. 


Ibrah Hidup

1) Amalkan lah pemakanan sihat di usia muda, untuk mengelakkan penyakit ini di usia tua.

Walau bagaimana pun, jika kita menghadapi penyakit ini, dan masih awasi kandungan gula dalam darah kita dengan dalam kadar normal, kita dapat kurangkan risiko untuk hadapi masalah immunisasi badan dan masalah pemulihan luka. 

Kita boleh dapatkan bacaan normal dengan kawal pemakanan, senaman, dan ikut nasihat doctor untuk pengambilan ubat.

**
Ulangan kata: "Apabila ditanya, kami tidak dapat kesan di mana sebabnya jangkitan tersebut. Bila di tanya sexual premiscuity, tahap kebersihan membasuh kemaluan, dan dll semua nya kadar yang baik" 

Abang itu sendiri pun tidak tahu bila dia di jangkiti kuman tersebut, mungkin juga di saat kadar gula beliau sangat tinggi mencecah 28mmol/L

Umur berapa yang kita mampu ada risiko penyakit ini jika daripada sekarang kita tidak ada kawalan pengambilan gula dalam pemakanan? Mungkin umur 30tahun, 40tahun.

Di saat gula kita tinggi dalam darah, adakah kita boleh jamin kita tidak akan dapat apa apa jangkitan kuman?

Fikirkanlah...

Kawan kawan, ketiadaan zakar pada umur 35 terlalu muda, sama sama kita kawal pengambilan gula dalam pemakanan.

Itu ujian dunia terhadap dia, kita masih sihat, ambillah pengajaran daripada kisah hidup beliau.