End Stage Renal Failure
Pesakit ketiga yang ingin di kongsi kan adalah pesakit "End Stage Renal Failure" (ESRF), kerosakan buah pinggang peringkat akhir.
Seorang pakcik, umur lingkungan 60-70 tahun. Beliau telah berada di hospital tersebut hampir satu bulan untuk tujuan rawatan serta proses Haemodylisis.
Telah banyak bahagian urat yang telah di gunakan untuk tujuan Haemodialysis (cuci darah bagi pesakit ESRF) pada badan pakcik tersebut. Keadaannya sungguh lemah terbaring di atas katil, mungkin kesan kadar toxic dalam badan telah terlalu tinggi akibat kerosakan buah pinggang.

Salur darah yang di gunakan untuk Haemodialysis bukanlah boleh di buat pada bahagian saluran darah biasa, tetapi perlu di buat pada bahagian yang di namakan "Fistula". Pada bahagian badan beliau, telah banyak bahagian fistula yang sudah di gunakan. Kesannya, pakcik tersebut harus memasang alat di bahagian leher beliau untuk tujuan Haemodylisis.
Di hospital ini tiada kepakaran untuk melakukan di bahagian leher dan perlukan kepakaran di hospital HUKM.
"Ward Round" bersama Dr Nani...
Pakar Perubatan Dalaman , Dr Nani, rujuk pakcik ini kepada Pakar Endokronologi di HUKM, dan memberi beberapa keterangan kepada beliau sambil di temani oleh isteri beliau di kerusi rehat.

"Pakcik, saya akan referkan pakcik pada Pakar di HUKM ye, kerana mereka mampu buat saluran di leher pakcik, tetapi memerlukan bayaran sikit ye pakcik"
"Berapa kosnya doctor"
"Rm700 pakcik"
Pakcik terdiam seketika tanpa kata dengan tubuh badan yang terlalu lesu.
"Tetapi pakcik, kalau pakcik ingin yang lebih kualiti, ianya lebih baik kerana lebih tahan lama dan tidak mudah tercabut, jadi kita tak perlu mudah untuk cucuk bahagian lain pula"
"Berapa pula harganya doctor" Pakcik mula bersuara dengan nada suara yang lesu dan lemah
"Rm1000 ++"
"Mahal doctor, itu memang harga tetap ya doctor?" Mengharapkan kosnya dapat di kurangkan.
Menitis air mata mendengar perbualan mereka berdua di hadapan kami, pelajar. Dalam lubuk hati terlalu sebak mendengar, besar ujian pakcik ini, tujuan untuk teruskan hidup....
**
Di nyatakan bahawa bahagian pemasangan alat di leher bukanlah di bawah tanggungan kerajaan.
Selepas habis kelas pagi, aku turun sarapan di kafe bawah. Aku ternampak makcik, isteri kepada pakcik makan seorang diri. Aku beli kuih, dan duduk di meja makcik sebentar.
Aku di fahamkan, mereka berdua sara hidup dengan duit pencen pakcik.
Aku bertanya,
"Cukup ke makcik duit pencen? Anak makcik di mana sekarang?"
"Cukup begitulah nak, cukup makan berdua. Anak makcik di Singapura, bekerja sebagai Polis di sana"
Setelah beramah mesra seketika, aku minta diri terlebih dahulu, kerana ada beberapa perkara yang perlu di uruskan.

Ibrah Hidup
1) Bukan semua orang hidup senang seperti kita, bukan semua orang dapat kehidupan bahagia seperti manusia lain. Ada manusia yang terlantar di hospital berminggu minggu berbulan bulan semata mata untuk letakkan usaha bagi teruskan hidup. Kita muda, badan gagah, bila di timpa ujian dunia, apabila gagal sesuatu merasakan tiada harapan untuk hidup, nekad untuk bunuh diri dan sebagainya.
Ada orang di luar sana lebih teruk hidupnya daripada kita, kuatkan semangat kita untuk terus jadi manusia berguna.
Di mata kita, Rm700-Rm1000 itu suatu nilai wang yang kecil, tapi ingat, di mata orang miskin, ianya suatu jumlah yang amat besar. Bersyukurlah dengan nikmat Tuhan...
2) Bagi diri kita sendiri : Jagalah tubuh badan, jaga pemakanan, banyakkan minum air kosong. Elakkan dapat penyakit kronik pada usia yang muda seperti penyakit Diabetes (Kencing Manis). Ingatlah, pengambilan pemakanan yang tidak terkawal, boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang. Minta nasihat doctor untuk diet yang ideal.
Selalulah berdoa pada Tuhan, agar saat saat akhir hayat kita di permudahkan oleh Tuhan.
Teringat kata kata seorang pakcik tua di Hospital Putrajaya tempoh hari -
"Biarlah kita hidup di dunia ini memberi manfaat pada orang lain, walaupun dengan sekecil senyuman. Jika kita hidup di dunia ini tiada manfaat pada manusia lain serta jika kita ditakdirkan sakit dan meletakkan beban sakit itu pada orang lain, eloklah jika Allah takdirkan kita pergi, kerana tidak mahu menyusahkan orang lain"
Tiada siapa yang minta hayat hidupnya di hospital, tetapi, alahkah baiknya jika kita di waktu sihat, pelihara diri, jaga pemakanan, rokok dan sebagainya. Di saat tua ini lah, kita harus manfaatkan masa tua kita dengan cara yang paling terbaik, kumpul sebanyak pahala dan qada' sebanyak mungkin solat yang telah kita tinggal ketika sibuk mengejar dunia. Mungkin, dengan pergi ke masjid, sertai aktiviti sukarelawan warga emas gotong royong adalah salah satu aktiviti bermanfaat yang boleh kita lakukan.

3) Bagi pihak si anak: Kita sebagai anak, perlu bersedia perkara yang mendatang kemungkinan yang akan jadi pada diri ibu bapa kita. Doa daripada sekarang, kita mempunyai kekuatan untuk "menjaga dan menyayangi mereka seperti mana mereka menyayangi kita sewaktu kecil dahulu"
Nauzubillah, kita menjadi anak derhaka dengan meninggalkan ibu bapa dalam kesusahan. Ingat, kita juga akan temui waktu tua.
Melihat susuk tubuh dan keadaan pakcik tersebut, hati aku berkata :
"Aku nak tolong pakcik, aku nak bagi duit pada dia.
Apa kerajaan dah buat pada rakyat? Kau boleh bina bangunan tinggi sana sini, tapi kau lupa tanggungjawab pada rakyat. Allah akan soal kau di akhirat kelak.
Aku nak call ibu ayah, nak transfer duit pada pakcik ni"
Macam macam perkara yang bermain di fikiran aku, dan beberapa ketika aku berjalan seorang diri dan berfikir sejenak secara rational berseorangan, aku sedar bahawa....
Konklusi
1) Kita semua perlu jadi orang berjaya di dunia. Yang masih belajar, belajarlah sungguh sungguh, dan pada yang tidak sambung belajar pun perlu jadi orang berjaya.
Siapa kata manusia yang tiada pelajaran university, kolej tidak boleh berjaya di dunia. Aku sudah pun jumpa usahawan yang tiada pelajaran berjaya dan kaya raya berbanding orang yang belajar di university dan kolej. Kini beliau menjadi seorang yang pemurah, kerana sedar, di saat dia pandang hina kerana kejahilan dalam pelajaran, kini Allah angkat dia sebagi seorang yang berjaya.
Ingatlah kawan kawan, harta yang kita cari di dunia, ada sedikit hak orang mereka yang faqir, miskin dan dll. Jadilah seorang pemurah, Allah akan balas dengan sesuatu kebaikan yang kita tidak jangka, percayalah.
2) Jangan terlalu emosi salah kan pihak lain tidak ambil tidakkan wajar, seperti mana kita (aku) menyalahkan kerajaan sebentar tadi.
Kalau daripada dulu kita sibuk salahkan orang lain, rasanya bila masalah dan tujuan kita ingin selesai. Jadi, fikirlah, bergerak sekarang tanpa harap pihak berkuasa mengambil tindakkan. Kejayaan untuk sesuatu sukar untuk di kecapi dengan usaha berseorangan. Rasanya kalau kita sorang sahaja yang bersedekah, mungkin kita mampu bantu seorang dua orang pesakit, bagaimana pula nasib 10,000 lagi pesakit di luar sana.
Jadilah, kita perlu jadi manusia berjaya, ajak manusia lain untuk sama sama bantu, tubuhkan persatuan kebajikan, dan etc.
3) Ini adalah pilihan masing masing. Andai kata di takdirkan kita datang melawat hospital, berjalan dan pandang pesakit dengan senyuman. Kawan kawan, percayalah dengan senyuman mampu mengembirakan dan menenangkan manusia yang sedang sakit walaupun sesaat. Murahkan kita senyuman di hadapan mereka :)

Amirul Asyraf
"Doakan aku menjadi seorang yang berjaya,
mampu memanfaatkan diri untuk kebaikan orang lain"
mantap bro
ReplyDelete