Sunday, 13 December 2015

Street Project : Peace Revolution


Salam Hidayah buat semua....



Street Project : Peace Revolution


"Ibu Ayah, angah ada satu plan, nak bagi talk kat public, maybe ajak kawan kawan, nak sampaikan nasihat yang apabila dieorang dengar, balik, fikir dan berubah"

(Walaupun hidayah itu milik Allah, tetapi kita cuba menjadi asbab untuk mereka mendapat hidayah, pahala besar menjadi asbab orang lain berubah ke arah kebaikan)

"Angah plan nak buat module yang mantap, kait kan sains dan agama, maybe akan rujuk Prof prof campus ktorang dan rujuk ustaz untuk dapatkan ilmu"

"Untuk tarik perhatian dieorang, plan nak buat medical check up sekali, sambil kita check tahap kesihatan mereka, ktorg boleh sampaikan kata kata kebaikan, surely, they will trust us"

*Luahan hati seorang anak kepada orang tuanya di dapur rumah, about 5months ago*


Selepas kata kata itu keluar daripada mulut, ianya adalah suatu cita cita kosong. Sikit pun tidak tergerak... kerana sudah sibuk dengan Clinical Year.

Mula posting pula dengan Community Medicine (Commed), memang pecah kepala. Bukan stress belajar, tapi stress dengan... ****. takda masa untuk fikir buat perkara lain.



About 2weeks aku di Sepang, seorang wakil Pertubuhan KiC whatsapp,..


Minta untuk join mereka, merangap pembantu biro ******. 

Selepas meeting, salah satu program biro kami perlu jalankan program "Street Dakwah"

Dalam waktu tu, aku dah berkoba koba, dan katakan "yaAllah, ini lah cita cita aku 5bulan lepas, terima kasih yaAllah, kau beri aku peluang untuk jalankan cita cita aku"

Aku grab peluang ni, bersama ketua biro, untuk jalan aktiviti Street Dakwah.


Alhamdulillah dengan kesempatan ini, akhirnya dapat jalankan suatu program yang di namakan "Street Project bertemakan Peace Revolution"

"Jika aku tolak rezeki ini, belum tentu akan ada lagi peluang kedua untuk aku jalankan program seperti ni"


Persiapan program dan keperitan pertama kali buat program seperti ini hanya Tuhan sahaja yang tahu, zero experience, kami redah.

Pengalaman yang manis adalah, apabila dinasihat nasihati oleh Buskers OKU berhadapan SOGO.

"Dik, kau nak buat event pagi boleh adik, tapi kalau tengahari sampai petang, port kami memang di sini, kene minta izin buskers buskers kat sini dulu"

Dalam hati aku, wow, boleh tahan juga Buskers OKU ni..


Minta nasihat orang berpengalaman, kerjasama dengan persatuan NGO dakwah iaitu Hidayah Centre, Prof dan lain lain.

Akhirnya syukur alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar.


Macam macam pengalaman yang aku dapat sepanjang join program ini.








Poster


Niat

Usah kita jalankan kerja ini dengan niat "ingin buat program menarik", "aku suka berprogram

(sebaiknya kita cuba hadirkan niat yang lebih cantik dan ada niat untuk tujuan mencari keredhaan Pencita) 

Contohnya "ingin sampaikan kata kata kebaikan pada manusia, untuk mereka dapat amal kebaikan" atau niat lain yang di rasakan sesuai.

Kerana apa kita perlu persoalkan tentang niat ini? Kerana kita tidak mahu melalukan kerja sia sia di bumi Tuhan. 

Jika niat tujuan di dunia, kita hanya dapat seronok berprogram, seronok timba pengalaman baru, seronok mampu tingkatkan bakat komunikasi, di khuatiri kita kurang dapat kebaikan (keredhaan) di sisi Tuhan.

**Niat di atas ini bukan lah suatu kesalahan, tapi alangkah beruntungnya kita, jika dapat selitkan niat semata mata untuk dapat keredhaan Allah.



Contoh niat kerana Allah dan untuk bekalan akhirat ;


"Aku nak belajar atau kerja rajin rajin, nanti dah berjaya, aku nak bantu orang lain yang susah dengan pendapatan aku sendiri, nak buka rumah orang tua, bantu orang miskin, insyaAllah Allah akan beri balasan yang baik didunia dan di akhirat"

"InsyaAllah aku biasa buat kerja kerja macam ni, kalau aku dapat ajar orang lain kan bagus, supaya dieorg dapat kebaikan, then bila dia amalkan, aku dapat pahala" (niat untuk Akhirat, untuk dapat keredhaan Pencipta)"


Apa apa pun, niat perlu di jaga, sekali niat dah lari kita takut, amalan kita sia sia.


Kebaikan niat tulus kerana Tuhan:

1) Kita akan dapat kebahagian yang tidak terhingga ketika melakukan sesuatu apabila niat tulus kerana Tuhan.

2) Apabila di timpa kesusahan atau kesukaran sewaktu kita menjalankan sesuatu, Allah akan hadirkan suatu perasaan ketenangan dalam diri kita.


Kerana apa? kerana permulaan niat kita adalah kerana Allah. Dan hamba tersebut pasti akan berfikir bahawa, ujian (kesukaran) ini Allah hantar pada kita untuk tingkatkan darjat hambanya, percayalah sahabat.


3) Pahala berlipat kali ganda.

 "kita tak mampu hitung rezeki Allah beri pada kita di dunia, inikan pahala yang Allah beri pada kita yang niat buat sesuatu kebaikan semata mata untuk keredhaan Allah"









Reciting dua to Allah for barakah and success




Terlalu lambat rasanya untuk menyatakan objectif program kami yang bertemakan Peace Revolution.


Objectif.

1) Meningkatkan tahap kefahaman masyarakat mengenai maksud dan kepentingan memberi salam.

2) Mendapatkan persepsi non-muslim terhadap ummat Islam secara keseluruhan.

3) Memberi idea kepada masyarakat muslim dan non muslim tujuan hidup di dunia.

4) Adakah Islam adalah agama pengganas? (soalan yang di utarakan kepada non-muslim)

5) Mencari mereka yang sedang mencari kebenaran.




Target kami lebih kepada non-muslim. Syukur tidak terhingga. Ketika program, kami menemui beberapa non-muslim yang tinggi ilmu mereka terhadap Islam, kadang kala kami pula di ceramahnya.


Dan yang paling hiba adalah, kami temui non-muslim yang sudah lama mencari kebenaran Islam. 

Kami bantu mereka untuk dekati Islam, dan menasihati mereka untuk menghubungi Hidayah Centre bagi menjalani proses selanjutnya.




We even met few people from Singapore and shared each other thoughts




Nervously looking for people, left and right





Aku sangat berasa bersyukur dan bangga terhadap sahabat kami yang dapat mendekati seorang pakcik non-muslim yang susah lama mencari kebenaran Islam, semoga Allah balas sahabat dengan ganjaran setimpal.

Kepada kita yang tidak mendapat rezeki seperti sahabat tersebut, ingatlah, kita juga tidak melakukan perkara sia sia, sesungguhnya, insyaAllah dengan menyampaikan kata kata kebenaran, Allah balas dengan kebaikan di dunia dan di akhirat insyaAllah.


YaAllah, walaupun hidayah itu milik Allah, bayangkan kita menjadi "asbab" untuk mereka mendapat hidayah, dan terima agama Allah. Kita mencari dan menyampaikan kata kata kebenaran, jika mereka terbuka hati, syukur Alhamdulillah.

Mungkin ada yang merasa...

"Aku risaulah, kalau dia dah peluk agama Islam, siapa nak bimbing dia, nanti aku pula yang berdosa sebab tidak bimbing dia tentang Islam dengan baik"

Jangan risau, tanggungjawab kita perlu sampaikan mereka kepada Hidayah Centre, dan pertubuhan ini akan sediakan jadual kelas agama kepada mereka dan membimbing mereka dengan baik insyaAllah.



Paling rasa terharu apabila dapat panggilan daripada Prof.


"Assalamualaikum Amirul"

"Waalaikumsalam Prof"

"Macam mana program, semua okay? Saya bercadang nak join kamu semua, insyaAllah. Kemungkinan sampai lambat sedikit, kerana saya baru habis program Sunathon di ......"

"Oh yeke Prof, sebenarnye, program kami, baru je habis Prof, maaf Prof. Sekarang ni insyaAllah kami tengah lunch & selepas solat zohor ada postmortem"

Terharu sangat apabila Prof kami ingin turun padang bersama sama pelajar untuk jalankan "program jalanan ini"




 Sister Arifah giving her thoughts of the program
(postmortem)



Kami akhiri postmortem di Masjid Negara.


Syukur Alhamdulillah, aktiviti berjalan dengan lancar. 


 Ucapan terima kasih kepada semua ahli Street Project, tanpa kerjasama (usaha) semua dan pertolongan Allah, project ini mana mungkin dapat berjalan dengan baik. 


Mereka sangat memberikan komitmen yang tinggi, percayalah.





Street Project CUCMS 2015  Youtube (Full Screen)
Credit to Faiz Fahmi Ramli



  
 The Team!


Jadikanlah diri kita ini, asbab seseorang manusia itu menerima hidayah daripada Tuhan, dan sesungguhnya Hidayah itu Milik Allah.

"Sampaikan lah hak mereka bagi mendapatkan kebenaran, sesungguhnya mereka sedang mencari cari kebenaran yang hakiki"


No comments:

Post a Comment