Maaf.
Ini kata kata pertama yang perlu aku ucapan sebelum aku mulakan pengisian penulisan ini. Hal ini kerana, aku bukan lah orang yang sesuai untuk menyampaikan perkara sebegini, tetapi, insyaAllah aku cuba berkongsi sedikit pengalaman sebagai pendosa dan berkongsi ilmu yang tidak seberapa yang aku perolehi daripada Ahli Agama mengenai...
Makeover 'IIman - Realiti Kehidupan: Usaha terus Istiqomah dalam Kebaikan.
Iman adalah suatu anugerah Tuhan yang tidak terhingga kepada kita, dengan kehadiran iman lah menentukan kita ini dalam keadaan muslim ataupun kufar (kafir). Walau bagaimanapun, iman ini ada juga turun naiknya. Fitrah sebagai seorang manusia yang lemah, iman pasti ada turun naiknya.
Tapi, jika iman turun, siapakah yang patut di persalahkan, Tuhan, atau diri kita sendiri?
Bukan kita untuk menghukum Tuhan, hal ini kerana "merundumnya iman" itu adalah ujian Tuhan pada kita. Ujian itu adalah, ujian "asas" hidup manusia. Kalau kita tidak percaya dengan kata kata Allah bahawa, orang beriman pasti akan diuji, alangkah ruginya hidup kita di dunia. Kerana apa?
Kerana jika beriman dengan kata kata Allah bahawa kita "pasti" akan di uji, fikiran kita automatik akan menjurus kepada perkara positif, contohnya
"Ujian itu pasti, Allah dah nyatakan awal awal dalam Quran, jadi aku hanya manusia, aku tidak perlu fikir kesusahan untuk hadapi ujian, kesedihan ketika di uji, tekanan perasaan dan sebagai, sebaliknya tugas aku adalah untuk fikir bagaimana untuk atasi ujian ini dengan cara terbaik"
Jadi, salah siapa sebenar merundumnya iman secara "berterusan", salah kita atau Tuhan? Hakikatnya adalah salah kita, kerana peringatan telah di beritahu terlebih dahulu dan perkara yang "pasti", mesti akan berlaku.
Konsepnya sama.
Kita jatuh dan luka teruk di bahagian kaki akibat terpijak serpihan kaca di lantai rumah, darah tidak henti. Pada waktu itu, rasanya adakah kita akan sibuk duduk 30minit pada tempat kejadian hanya untuk
Mengadu pedihnya luka?
Meratapi betapa teruknya luka?
Menyatakan salah siapa kehadiran serpihan kaca?
atau
Kita terus alihkan serpihan kaca tersebut, dan terus cari cara untuk berhentikan darah dan ubati luka kita?
InsyaAllah, jika kita manusia yang masih berfikiran waras, pastinya kita akan mengambil langkah kedua, tanpa melengah masa dengan mengambil masa 30minit untuk fikirkan keburukan luka tersebut.
Cuba implementasikan konsep ini apabila kita di uji dengan pelbagai cubaan hidup, pasti kita merasakan rugi masa sahaja luangkan masa yang lama untuk bersedih apabila di uji, adalah lebih baik kita terus ambil tindakan, bagaimana untuk hadapinya.
Berbalik pada iman, jika Allah uji iman kita, adalah tanggungjawab kita untuk pastinyanya pulih semula. Bukanya melarat sehingga seharian seminggu dan sebulan iman kita jatuh.
Tapi peringatan juga, jangan salah konsep, di sebabkan kita tidak jaga pandangan, nampak perempuan sexy sikit kita nyatakan "Takpe, Allah sedang uji", padahal kita sendiri yang tak jaga pandangan.
Dengan amalan apa menyebabkan iman kita mampu lemah dengan usaha kita sendiri? Kita sendiri yang berusaha untuk lemah kan iman kita.
Iman kita mampu lemah dengan maksiat. Maksiat ni skopnya besar, jangan pandang maksiat ini sekadar dosa antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram sahaja. Dengan membuang sampah merata juga di kira maksiat.
Maksiat yang paling asas yang sukar kita untuk jaga, pada aku ada tiga perkara, iaitu Mata, Hati, dan Fikiran.
Konsepnya mudah, cuba ingat balik dengan Mata apa yang kita buat.
Jika lelaki, pasti tengok perempuan, sama ada cantik sexy dan sebagainya.
Kalau perempuan, kemungkinan dia akan lihat - "sweetnya pasangan teman lelaki dan wanita tu, kan seronok kalau aku dapat jadi macam dieorang pergi makan sama sama, jogging sama sama" (sikit pun tak rasa amalan maksiat itu suatu dosa, malah berusaha untuk dapat seperti itu)
Cuba kita lihat maksiat Hati kita
"Alah, dia tu bukan bagus sangat, benci ah"
"Aku pandai, hm boleh je survive dengan degree ni" (riak, takabbur, ujub)
"Okay, aku nak siapkan kerja ni dengan terbaik, aku harap ramai puji aku" (riak, takabbur, ujub)
"Aku nak solat masjid tiap hari, supaya orang tengok aku sebagai orang yang warak"
Yang paling pedih apabila seseorang mampu puji fizikalnya sendiri.
"Tengok aku, kacak, tapi tak couple pun, sebab aku ada maruah"
*Kata kata ni di ucapkan depan mata aku, fuh, apabila aku dengar, tersentak juga*
Aku tak mampu kata yang kita perlu puji diri kita.
Tapi yang paling penting adalah jika kita ni kacak/cantik, cukup sekadar kita sedar bahawa ni ni kacak/cantik bagi mengelakkan maksiat dengan....
"Aku rasa, aku ni ketegori lelaki/perempuan yang kacak/cantik, jadi aku perlu pelihara diri aku daripada perasaan riak dan aku pelihara daripada manusia yang bukan muhrim. Kerana manusia yang kacak/cantik ni, mudah di dekati, mungkin boleh terjebak dengan yang bukan muhrim melalui whatsapp, pergaulan dan sebagainya"
"Cukup kita hanya sedar, hanya sekadar untuk mengelakkan maksiat"
Itu antara perkara asas yang menyebakan iman kita lemah. Seterusnya dosa besar, elakkan daripada dosa besar. Semak semula apa dosa besar yang perlu kita elakkan, kerana sekali kita buat dosa besar, nak dapat semula iman yang mantap bukan mudah.
Dosa besar ni, sekali kita buat, nak hapuskan dosa bukan sekadar dengan bersedekah atau tebus semula dengan perkara baik, tetapi cara nak hapuskan dosa besar adalah dengan bertaubat dengan sebenar benarnya. Selepas bertaubat, insyaAllah perlahan lahan iman kita akan mula recover, dengan izin.
Taubat bukan sekadar lafaz dengan mulut, tetapi perlu, menyesal secara ikhlas, berazam tidak melalukan, dan berhenti melakukannya. Komponen yang paling penting untuk taubat pada aku adalah, kita perlu menangis pada Allah, tanda kita menyesal dengan dosa kita. Percayalah, kalau kita tidak biasa dengan tangisan, kita perlu paksa untuk menangis, paksa keluarkan air mata walaupun belum sampai tahap ikhlas yang tinggi. Paksa, dan insyaAllah, lama kelamaan kita akan jadi seorang yang lembut hatinya. Percayalah...
Dan permintaan yang selalu aku nyatakan dalam solat adalah
"YaAllah, peliharalah mataku, fikiranku, hatiku daripada perkara-perkara maksiat"
Iman ni peliharalah dengan, amalkan perkara fardhu (solat, puasa dll), nak iman kita lagi power, banyakkan amalan luar daripada fardu, contohnya sedekah, solat sunat dhuha dan dll.
Nak lagi power? Cuba kita korbankan diri kita untuk kebaikan orang lain. Banyak beri manfaat pada orang lain. Jujur ni, cuba dulu baru tahu. Tapi tidak perlu lagi sehingga memudaratkan diri kita, buat sekadar yang kita mampu.
Apa kesan nya jika iman kita mantap?
Hidup kita akan lebih teratur, setiap pandangan kita pada manusia adalah positif, pemikiran kita sentiasa untuk beri kebaikan kepada orang lain, tidak mudah untuk melalukan maksiat.
Kesan & Tanda - tanda iman kita sedang berada dalam keadaan kurang stabil apabila.
Kita mula habiskan masa dengan melayan facebook dengan video menarik, main game yang melampau, melayan drama atau movie secara keterlaluan. Seterusnya manusia yang tidak stabil iman nya akan sentiasa berasa lesu, tidak bersemangat dan banyak habiskan masa dengan tidur. (Aku menulis mengikut pengalaman, jadi cuba elakkan). Kesannya cuba, kau tiada kemanisan iman ketika melakukan ibadah, solat ala kadar, ibadah entah kemana.
Kita mampu jadi manusia terbaik di sisi Allah dengan Taqwa, dengan meninggalkan perkara mungkar, lakukan perkara fardu dan perkara sunat. Huraian Taqwa dan kebaikan Taqwa, ada di nytakan dalam pos terdahulu yang bertajuk ""
"Allah nyatakan dalam Al-Quran, Dia pasti akan menguji kita. Tugas kita sebagai manusia bukan untuk mengubah ayat Allah, sebaliknya kita perlu hadapi ujian Allah dengan cara yang terbaik"
No comments:
Post a Comment