Friday, 1 January 2016

Realiti Kehidupan: Usaha terus Istiqomah dalam Kebaikan Part 2


ISTIQOMAH


Hakikatnya, itu lah kehidupan, tidak terlepas daripada merasakan diri ini lemah, futur, dan berhenti melakukan perkara kebaikan.

Kerana apa? Kerana 20 tahun 25tahun 30tahun hidup kita berlumuran dengan perkara yang kita tidak biasa.


Istiqomah ini adalah satu perkataan yang menggambarkan kita melakukan "sesuatu secara berterusan atau konsisten"


Inginkan diri kita terus melakukan kebaikan dengan berterusan bukan lah suatu perkara yang mudah dan ianya perlukan latihan. Perkara yang paling penting adalah kesungguhan ingin istiqomah.


Kenapa perlu istiqomah sebenarnya?
Kerana dengan istiqomah lah membawa sesuatu amalan baik yang kita ingin itu, menjadi suatu keperluan asas dalam diri kita.

Jika sepinggan nasi mampu menjadi keperluan asas kita setiap hari, jika disuap dengan makanan lain, hidup kita masih rasa tidak kena, rasa ada yang belum lengkap dalam hidup seharian, tanpa kenyang dengan sepinggan nasi.

Dan itu lah konsep yang kita ingin jadikan setiap amalan baik dalam diri kita. Jika dengan bersedekah RM1 setiap hari menjadi pilihan amalan baik kita untuk di amalkan, kita ingin bawa amalan RM1 sehinggakan,

"Jika aku tidak bersedekah RM1 sehari, aku rasa ada benda lagi belum lengkap dalam diri aku hari ini"

Kita inginkan perasaan sebegitu, ya semestinya sebegitu. Apabila mampu timbulkan perasaan sebegitu dengan istiqomah, insyaAllah kita mampu bertahan bertahun tahun dengan amalan tersebut, percayalah. Perlu di susuli dengan doa kepada Allah, agar kita mampu jadikan perkara tersebut sebagai perkarasa asas dalam kehidupan seharian kita.


Methodology

Inginkan istiqomah, ada caranya.

Jika tidak kena cara dengan tahap iman kita sebagai insan yang lemah, mungkin kita tidak mampu istiqomah.


Pernah lalui tak pengalaman apabila dengar suatu ceramah agama yang hebat, kita terus rasa semangat untuk jadi baik, ingin terus amalkan bacaan 20 muka surat Al-Quran setiap hari.


Pernah dapat kawan yang sangat kita hormati dan segani baik akhlaknya dan kita terus jadi seperti mereka?

Rakan solehah pakai tudung labuh, terus ingin berubah juga ke tudung labuh?

Apabila tengok video lelaki baik atau lelaki hebat di utube atau di instragram, kita terus ingin berubah seperti mereka? selalu zikir, jadi seorang pendiam kerana ingin berubah seperti mereka, dan sebagainya.


                      "Perasaan ini adalah fitrah, apa yang kita lihat, itu yang kita akan jadi."


Pada pandangan aku, jangan.. jangan..  mcm tu, ingat satu pesanan,


"Mengubah hidup secara drastik, adalah suatu penyiksaan"

Kan lebih elok jika buat sikit sikit, dan amalan baik tersebut sentiasa berterusan, daripada kita mengubah hidup kita ke arah kebaikan secara drastik, tetapi bertahan selama satu minggu sahaja, kerana apa?

Kerana perkara yang kita lakukan selama 20tahun, 25tahun atau 30tahun selama ini adalah perkara berbeza. Tidak sama dengan apa amalan baik yang ingin kita lakukan sekarang.

Kita mahu mengubahnya secara drastik dalam masa 1minggu. Jadi pendiam serta merta kerana ingin berubah, pakai serban secara drastik dll. Perkara ini kurang di galakkan, kerana ianya diubah secara "tiba tiba". 


                                    "Ingatlah bahawa bersederhana, itu adalah lebih baik"

Sila beri masa yang optimum pada diri untuk berubah. Mungkin 25tahun kita hidup dalam keadaan tidak ada amalan suka bersedekah. Perlahan lahan kita ubah, dan bawakan "sifat suka bersedekah" sebagai amalan asas dalam diri kita.

Mungkin buat permulaan, bila boleh mula dengan sedekah apabila pengemis datang pada kita sahaja.
Apabila sudah boleh terima dengan amalan tersebut, upgrade, dengan izin, amalan kita dengan bersedekah secara mingguan pula. Bagi lelaki, setiap kali solat jumaat boleh sedekah pisang atau duit di masjid, bagi perempuan, mungkin boleh belanja rakan kita kuih atau sepinggan nasi dalam satu minggu.

Kalau istiqomah yang rasanya sudah hebat, mungkin boleh sedekah RM0.50 atau RM1 sahaja, setiap hari pada sesiapa sahaja. Ayat ini yang cuba aku tekankan bukan lah kecilnya nilai RM0.50 atau RM1 itu, tetapi nilai istiqomah kita bersedekah setiap hari. Cuba amalkan perlahan lahan, insyaAllah kalau setahun kita cuba amalkan perkara yang kecil ni, ianya mampu jadi amalan asas dalam diri kita





Pengalaman kisah benar seorang hamba berkaitan istiqomah,

"Bro, macam mana kau istiqomah gi masjid atau buat apa apa amalan baik, tolong bagi aku tips sikit"

"Aku beli amalan baik yang ingin aku lakukan esok hari dengan RM1"


Aku pun cuba brain apa yang dia cakap ni, rupa rupanya, setiap kali beliau solat di masjid, beliau akan sedekah RM1 dengan disusuli suatu niat, iaitu.


 "yaAllah, insyaAllah dengan amalan sedekah aku ini, kau beri lah aku dapat istiqomah dalam solat di masjid selamanya"

Beliau berpesan,

Beberapa saat sebelum kita masukkan RM1 dalam tabung masjid, kita niatkan secara specific apa yang kita inginkan, contoh, ingin istiqomah untuk ke masjid, solat subuh di masjid, tahajjud setiap hari, quran sekurang kurangnya sehelai satu hari di susuli dengan terjemahan.

Ikut pengalaman hamba ini, beliau juga mengamalkan sedekah RM1 untuk buang sikap buruk dalam diri beliau, contohnya kalau kita ni jenis XXX, YYY, ZZZ.

Kita niatkan pada Allah

"YaAllah, dengan aku sedekah RM1 ini, kau buangkan lah sikap buruk aku ini yaAllah, dan kau gantikan lah sikap buruk aku ini dengan AAA, BBB, CCC, aku ingin jadi hamba mu yang bertaqwa yang yaAllah"


Jadi, kita perlu cari ruangan untuk kita bersedekah sekurang kurangkan RM1 sehari, untuk kita beli amalan baik dan buang amalan buruk.


Dan di tekankan bahawa, cara ini sangat berkesan, aku pun sudah cuba.

Konsepnya,

"Buat baik dahulu sebelum ingin dapatkan kebaikan disusuli dengan doa"

Beliau sedekah dahulu, untuk dapat kebaikan, di susuli dengan niat dan doa untuk capai kebaikan.

                                             

No comments:

Post a Comment