Salam Hidayah buat semua....
Street Project : Peace Revolution
"Ibu Ayah, angah ada satu plan, nak bagi talk kat public, maybe ajak kawan kawan, nak sampaikan nasihat yang apabila dieorang dengar, balik, fikir dan berubah"
(Walaupun hidayah itu milik Allah, tetapi kita cuba menjadi asbab untuk mereka mendapat
hidayah, pahala besar menjadi asbab orang lain berubah ke arah kebaikan)
"Angah plan nak buat module yang mantap, kait kan sains dan agama,
maybe akan rujuk Prof prof campus ktorang dan rujuk ustaz untuk dapatkan
ilmu"
"Untuk tarik perhatian dieorang, plan nak buat medical check up
sekali, sambil kita check tahap kesihatan mereka, ktorg boleh sampaikan kata
kata kebaikan, surely, they will trust us"
*Luahan hati seorang anak kepada orang tuanya di dapur rumah,
about 5months
ago*
Selepas kata kata itu keluar daripada mulut, ianya adalah suatu cita cita kosong. Sikit pun tidak
tergerak... kerana sudah sibuk dengan Clinical Year.
Mula posting pula dengan Community Medicine (Commed), memang pecah
kepala. Bukan stress belajar, tapi stress dengan... ****. takda masa untuk fikir buat perkara lain.
About 2weeks aku di Sepang, seorang wakil Pertubuhan KiC whatsapp,..
Minta untuk join mereka, merangap pembantu biro ******.
Selepas meeting, salah satu program biro kami perlu jalankan program
"Street Dakwah"
Dalam waktu tu, aku dah berkoba koba, dan katakan "yaAllah, ini lah
cita cita aku 5bulan lepas, terima kasih yaAllah, kau beri aku peluang untuk
jalankan cita cita aku"
Aku grab peluang ni, bersama ketua biro, untuk jalan aktiviti
Street Dakwah.
Alhamdulillah dengan kesempatan ini, akhirnya dapat jalankan suatu
program yang di namakan "Street Project bertemakan Peace Revolution"
"Jika aku tolak rezeki ini, belum tentu akan ada lagi peluang
kedua untuk aku jalankan program seperti ni"
Persiapan program dan keperitan pertama kali buat program seperti ini hanya
Tuhan sahaja yang tahu, zero experience, kami redah.
Pengalaman yang manis adalah, apabila dinasihat nasihati oleh Buskers OKU
berhadapan SOGO.
"Dik, kau nak buat event pagi boleh adik, tapi kalau tengahari
sampai petang, port kami memang di sini, kene minta izin buskers buskers kat
sini dulu"
Dalam hati aku, wow, boleh tahan juga Buskers OKU ni..
Minta nasihat orang berpengalaman, kerjasama dengan persatuan NGO
dakwah iaitu Hidayah Centre, Prof dan lain lain.
Akhirnya syukur alhamdulillah program ini berjalan dengan lancar.
Macam macam pengalaman yang aku dapat sepanjang join program ini.
Poster
Niat
Usah kita jalankan kerja ini dengan niat "ingin buat program
menarik", "aku suka berprogram"
(sebaiknya kita cuba hadirkan
niat yang lebih cantik dan ada niat untuk tujuan mencari keredhaan Pencita)
Contohnya "ingin sampaikan kata kata kebaikan pada manusia,
untuk mereka dapat amal kebaikan" atau niat lain yang di rasakan
sesuai.
Kerana apa kita perlu persoalkan tentang niat ini? Kerana kita tidak
mahu melalukan kerja sia sia di bumi Tuhan.
Jika niat tujuan di dunia, kita hanya dapat seronok berprogram, seronok timba
pengalaman baru, seronok mampu tingkatkan bakat komunikasi, di khuatiri kita
kurang dapat kebaikan (keredhaan) di sisi Tuhan.
**Niat
di atas ini bukan lah suatu kesalahan, tapi alangkah beruntungnya kita, jika
dapat selitkan niat semata mata untuk dapat keredhaan Allah.
Contoh
niat kerana Allah dan untuk bekalan akhirat ;
"Aku nak belajar atau kerja rajin rajin, nanti dah berjaya, aku nak
bantu orang lain yang susah dengan pendapatan aku sendiri, nak buka rumah orang
tua, bantu orang miskin, insyaAllah Allah akan beri balasan yang baik didunia
dan di akhirat"
"InsyaAllah aku biasa buat kerja kerja macam ni, kalau aku dapat
ajar orang lain kan bagus, supaya dieorg dapat kebaikan, then bila dia amalkan,
aku dapat pahala" (niat untuk Akhirat, untuk dapat keredhaan Pencipta)"
Apa apa pun, niat perlu di jaga, sekali niat dah lari kita takut, amalan
kita sia sia.
Kebaikan niat tulus kerana Tuhan:
1) Kita akan dapat kebahagian yang tidak
terhingga ketika melakukan sesuatu apabila niat tulus kerana Tuhan.
2) Apabila di timpa kesusahan atau kesukaran sewaktu kita
menjalankan sesuatu, Allah akan hadirkan suatu perasaan ketenangan dalam diri
kita.
Kerana apa? kerana permulaan niat kita adalah kerana Allah. Dan
hamba tersebut pasti akan berfikir bahawa, ujian (kesukaran) ini Allah hantar pada kita
untuk tingkatkan
darjat hambanya, percayalah sahabat.
3) Pahala berlipat kali ganda.
"kita tak mampu hitung rezeki Allah beri pada kita di dunia, inikan pahala yang
Allah beri pada kita yang niat buat sesuatu kebaikan semata mata untuk
keredhaan Allah"
Reciting dua to
Allah for barakah and success
Terlalu lambat rasanya untuk menyatakan objectif program kami yang bertemakan Peace Revolution.
Objectif.
1) Meningkatkan tahap kefahaman masyarakat mengenai maksud dan
kepentingan memberi salam.
2) Mendapatkan persepsi non-muslim terhadap ummat Islam secara
keseluruhan.
3) Memberi idea kepada masyarakat muslim dan non muslim tujuan hidup di
dunia.
4) Adakah Islam adalah agama pengganas? (soalan yang di utarakan kepada
non-muslim)
5) Mencari mereka yang sedang mencari kebenaran.
Target kami lebih kepada non-muslim. Syukur tidak terhingga. Ketika program, kami menemui beberapa non-muslim yang tinggi
ilmu mereka terhadap Islam, kadang kala kami pula di ceramahnya.
Dan yang paling hiba adalah, kami temui non-muslim yang sudah lama mencari kebenaran Islam.
Kami bantu mereka untuk dekati Islam, dan menasihati mereka untuk
menghubungi Hidayah
Centre bagi menjalani proses
selanjutnya.
We even met few people from Singapore and shared each other thoughts
Nervously looking for people, left and right
Aku sangat berasa bersyukur dan bangga terhadap sahabat kami yang dapat
mendekati seorang pakcik non-muslim yang susah lama mencari kebenaran Islam, semoga
Allah balas sahabat dengan ganjaran setimpal.
Kepada kita yang tidak mendapat rezeki seperti sahabat tersebut,
ingatlah, kita
juga tidak melakukan perkara sia sia, sesungguhnya, insyaAllah dengan
menyampaikan kata kata kebenaran, Allah balas dengan kebaikan di dunia dan di
akhirat insyaAllah.
YaAllah,
walaupun hidayah itu milik Allah, bayangkan kita menjadi
"asbab" untuk mereka mendapat hidayah, dan terima agama
Allah. Kita mencari dan menyampaikan kata kata kebenaran, jika mereka
terbuka hati, syukur Alhamdulillah.
Mungkin ada yang merasa...
"Aku risaulah, kalau dia dah peluk agama Islam, siapa nak bimbing
dia, nanti aku pula yang berdosa sebab tidak bimbing dia tentang Islam dengan
baik"
Jangan risau, tanggungjawab kita perlu sampaikan mereka kepada Hidayah
Centre, dan pertubuhan ini akan sediakan jadual kelas agama kepada mereka dan
membimbing mereka dengan baik insyaAllah.
Paling rasa terharu apabila dapat panggilan daripada Prof.
"Assalamualaikum Amirul"
"Waalaikumsalam Prof"
"Macam mana program, semua okay? Saya bercadang nak join kamu
semua, insyaAllah. Kemungkinan sampai lambat sedikit, kerana saya baru habis
program Sunathon di ......"
"Oh yeke Prof, sebenarnye, program kami, baru je habis Prof, maaf
Prof. Sekarang ni insyaAllah kami tengah lunch & selepas solat zohor ada
postmortem"
Terharu sangat apabila Prof kami ingin turun padang bersama sama pelajar
untuk jalankan "program jalanan ini"
Sister Arifah giving her thoughts of the program
(postmortem)
Kami akhiri postmortem di Masjid Negara.
Syukur Alhamdulillah, aktiviti berjalan dengan lancar.
Ucapan terima kasih kepada semua ahli Street Project, tanpa kerjasama (usaha) semua dan pertolongan Allah, project ini mana mungkin dapat berjalan dengan baik.
Mereka sangat memberikan komitmen yang tinggi, percayalah.
The Team!
Jadikanlah diri kita ini, asbab seseorang manusia itu menerima hidayah daripada Tuhan, dan sesungguhnya Hidayah itu Milik Allah.
"Sampaikan lah hak mereka bagi mendapatkan kebenaran, sesungguhnya mereka sedang mencari cari kebenaran yang hakiki"