Wednesday, 19 July 2017

Aku rindu pada arwah...





Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum, semoga semua dalam rahmat Allah swt.

Baik, hari ni aku plan utk respon satu soalan daripada sayat.me. Pagi tadi saja check inbox sayat.me, soalan yang agak menarik untuk di jadikan topic kali ni.





Aku tak mampu nasihat, tapi insyaAllah aku cuba kongsi kan apa yang mungkin aku lakukan jika hadapai perkara yang sama.


Sedih.

Siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang meninggal dunia, nak nak mereka itu adalah ibu bapa kita. Perasaaan sedih itu adalah fitrah bagi setiap manusia, tiada siapa yang mampu halang. Tapi, jangan lupa ianya perlu kan had dalam keadaan yang optimum. 


Jangan kita lupa bahawa mati itu adalah lumrah manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan itu adalah hukum dunia yang Allah telah tetapkan.

"Menghidupkan hak Allah, Mematikan juga hak Allah"
Jika kita faham kata-kata ni, sudah pasti diri kita sudah 
maklum bahawa mati itu datang daripada-NYA.


Siapalah kita ingin menidakkan ketentuan-NYA, sedangkan sejak azali lagi tubuh badan si mati adalah milik-Nya. 

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (QS. Ali Imran: 185).

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” ( QS. Ar Rahman: 26-27)


Jadi, perkara pertama kita perlu tetapkan dalam fikiran adalah MATI itu PASTI, yang membezakan kan kita adalah cepat atau lambat, dan cara kita di matikan. Sematkan dalam diri bahawa mati itu datang daripada Allah, dan kita tiada kuasa untuk menidakkan ketentuan Tuhan. Dengan cara ini, mengajar kita mengawal mental dan emosi menggunakan ilmu agama dan logik akal. Percayalah, kalau kita dapat kawal emosi kita dengan 2 elemen ini, insyaAllah hati akan tenang.



Perasaan rindu terhadap arwah?


Seperti yang kita tahu, rindu ini perkara biasa. Terhadap orang yang masih hidup juga kita ada perasaan rindu. Jika manusia yang masih hidup mudah untuk kita hadapi. Kita mungkin boleh jumpa, peluk, bercakap dengan si dia, jika berjauhan skype pun dapat hilang kan rindu. 

Tapi, untuk hilang kan rindu untuk mereka yang sudah tiada, caranya berbeza. Jika kita gunakan cara yang sama, belum tentu terubat rindu tersebut.


Sebenarnya banyak cara untuk kita hadapi rindu terhadap arwah.

Tapi sebelum tu, aku nak tanya, sewaktu kita teringat pada arwah, apa perkara pertama yang berlaku pada diri kita?

Mungkin kita bermula dengan 

"Rasa sebak. Perasaan sayang membuak-buak, dan akhirnya menitiskan air mata"
(package terbaik)

Ini semua package terbaik untuk kita segera mendoakan pada arwah.


"Dalam keadaan si anak berdoa mohon keampunan menangis atas pemergian arwah, tak kan lah Allah yang bersifat Tuhan yang Maha Pengasih Maha Penyayang mampu tolak doa si anak" - Ustaz Don





Ingatlah semula jasa arwah. Arwah sedia telah agama pada kita di saat dia masih hidup, dan dia lah asbab kita kenal Allah dan Rasul. Jadi, jangan sia-siakan jasanya. Apabila tiba rasa rindu teramat sangat sehingga menitiskan air mata, ambillah peluang untuk doa pada arwah. Sekurang-kurangnya paling malas pun, lintaskan dalam hati atau tutur dalam doa... minta diampunkan dosa dan ringankan azab kuburnya. 

Jika kita seorang yang tidak biasa menangis, paksalah diri untuk belajar menangis. 
Alangkah beruntungnya seseorang itu tahu besarnya nilai titisan air mata dalam Islam ketika berdoa.
Aku rasa jika kita semua tahu, tiada seorang pun akan lepaskan peluang untuk menitiskan air mata ketika berdoa. Belajarkan menangis... aku sampai kan kerana aku tahu betapa powerful nya doa sambil menangis. Ini mungkin cara pertama kita boleh lakukan.


Seterusnya cara kita ubati lah rindu pada arwah, dengan banyak manfaatkan perkara atau harta yang arwah pernah tinggalkan pada kita. Kalau dulu dia pernah ajar kita mengaji, jadi banyakkan mengaji walaupun satu ayat satu hari. Mungkin dulu sebelum meninggal, beliau pernah hadiahkan kita tasbih, kopiah, telekung, tudung kasut kereta dll, guna semua itu ke arah kebaikan. Dengan cara ini, aku yakin terubatnya rindu, kerana kita percaya, arwah dalam keadaan baik di dalam kubur hasil daripada amal kita menggunakan amalan dan barang-barang peninggalannya di dunia.



"AMALKAN SYARIAT AGAMA YANG ARWAH TERLEPAS 
PANDANG TERHADAP KITA"

Sebagai seorang ibu bapa, pastinya ada kekurangan ketika mendidik kita. PASTI. Tiada ibu bapa yang sempurna. Ada antara mereka yang terlepas pandang terhadap beberapa didikan agama. Ada juga yang sedar tanggungjawab mereka untuk menegur kesalahan kita, tapi atas dasar ingin menjaga hati si anak, takut anak melawan, teguran itu di ketepikan. Contohnya, si anak sering meninggalkan atau sengaja melambat menunaikan solat, keluar rumah tidak menutup aurat, mencuri dll. Jadi sebagai anak yang sudah mula sedar dan sayang akan ibu bapanya, si anak akan 
perbaiki kesilapan ibu bapa dalam mendidik mereka. Kenapa aku minta kita perbaiki atau tampung kekurangan didikan ini? Kerana....

 Arwah akan di tanya di alam kubur,

Adakah tanggungjawab mereka mendidik anak-anak telah dilaksanakan dengan baik? 

Jika tidak, bayangkanlah nasib arwah di alam kubur, kasihanilah mereka, menderita mereka di sana... 


Jadi, sebagai anak yang soleh dan solehah amalkan lah syariat Allah dengan sebaik mungkin. Kerana, ingatlah setiap detik masa dan perkara, mereka akan di soal di akhirat kelak. Jadikan diri kita menjadi asbab ibu bapa kita di tempatkan di taman syurga di kubur sana.


Bila mana manusia telah meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:
(1) Sedekah jariah;
(2) Ilmu yang bermanfaat;
(3) Anak soleh/solehah 
(Hadis Riwayat  Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)





Sebagai penutup, sebenarnya banyak lagi cara untuk melepaskan rindu kita pada arwah, contoh wakaf al-quran, sambung sillaturrahim dengan kenalan arwah dll. Tapi apa yang aku cuba sampai di sini adalah konsep "adakah arwah selamat di alam kubur dengan cara hidup kita sekarang?". Jika kita sering menjawab persoalan ini dengan melakukan amal kebaikan dengan niat untuk kebaikan arwah, insyaAllah semua rindu kita terubat dengan hati yang tenang, percayalah. 






Sampai sini sahaja penulisan kali ini. Sesungguhnya penulisan ini penuh dengan kelemahan. Jika berkelapangan, aku berharap video yang di sediakan dapat menjadi kesimpulan untuk entry kali ini. Aminn..


Sebarang comment boleh buat di entry ini atau di sayat.me/amirulasyrafe

Terima kasih sudi membaca.


Assalamualaikum.


Thursday, 13 July 2017

Jodoh Kematian itu rahsia Allah.





Dengan nama Tuhan yan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Haaa.. di sebabkan dah lama aku tak buat entry baru, kali ni baik lah jika aku mulakan suatu tajuk yang sangat menjadi kegilaan ramai iaitu jodoh dan kematian.


Mari mulakan.

Apabila bercakap mengenai jodoh & ajal rahsia Allah, ramai antara kita salah anggapan bahawa tiada harapan untuk berusaha, berserah nuta-buta itu adalah lebih baik. Ya, tidak ada bantahan bahawa jodoh ajal maut itu rahsia Tuhan, tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak berusaha. Tidak kurang juga manusia yang berpendirian bahawa:

"Takpelah, jodoh dan ajal maut kan rahsia Allah, dah di tetapkan pun kita kawin dengan siapa, mati kita bila dan pukul berapa, so chill jelah"

Subhanallah, kawan jangan macam tu. Sedar tak, ramai antara kita ini selalu terima ilmu bulat-bulat tanpa berfikir, tanpa memahami. Apa ustaz cakap semua terima, kalau rasa tidak kena, "takpelah, islam kan dah cakap macam tu, ikut jelah".

 No, jangan macam tu, di akhirat kelak kita akan di pertanggungjawabkan 
setiap ilmu yang kita terima dan kita amal. 

Nanti di akhirat apabila di soal tentang ilmu salah yang kita amal, apa yang mungkin mampu kita jawab? 

'Ustaz tu cakap macam tu... dia cakap mcm tu'. 

Kita akan di persalahkan mengapa tidak bertanggungjawab dengan ilmu. Mengapa tidak kaji ilmu yang di terima? Setiap kali timbul persoalan dalam fikiran, mengapa tidak tanya pada yang lebih arif? Contoh Ustaz atau Ulama.

Kawan, jodoh ini benar adalah rahsia Allah. Malah ulama' menyatakan jodoh ni adalah rezeki yang telah Allah tetapkan bagi setiap makhluk. Tapi ingat!!


Allah suruh kita buat apa? Doa (before start usaha), Usaha Doa Tawakal. 

Tapi kita buat apa?

 Kita lebih suka masuk campur tugas dan urusan Allah dengan berkata apa?
"Jodoh kan rahsia Allah, waktu yang sesuai ia akan tiba, tak perlulah nak mencari-cari, rileks je". 

Mengapa aku cakap kita masuk campur urusan Allah? 

Kerana seolah olah kau bersama Allah menetapkan takdir diri sendiri. Seakan kau lebih mengetahui bahawa dengan tidak usaha pun, rezeki itu akan datang. Kawan, tolong... tolong jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba yang dengan "berusaha baru dapat hasil". Allah dah arahkan kita untuk berusaha, doa, tawakal,peroleh hasil dalam Quran dalam ayat-ayat lain. Tapi apa yang kita buat? Kita hanya pegang pada satu ayat quran sahaja bahawa "rezeki itu telah di tetapkan oleh Allah".

Ingat kawan, kita takut kesan daripada ni, secara tidak langsung kita telah menimbulkan fitnah kepada Allah, fitnah terhadap agama, 
"tak perlu usaha pun takpe,  kalau Allah dah tulis itu rezeki/jodoh kita, kita akan dapat juga"

Sebab itu, aku sangat saran pada para sahabat untuk sentiasa tadabbur quran. Antara kita ramai yang rajin baca quran, tapi tidak rajin untuk memahaminya. Kita tidak akan dapat message yang Allah nak sampaikan jika kita sendiri tidak faham apa isi kandungannya.


Kadang-kadang orang yang agak tinggi ilmunya akan persoalkan, 

"Alahh Nabi tu Allah senang-senang bagi mukjizat (kuasa) kat Baginda slumber je, kalau Allah kata kun fayakun, benda tu akan jadi juga"

 Senang-senang kau cakap? Nabi dapat mukjizat setelah berusaha.

Tolonglah jangan banding kita dengan Nabi Allah sebagai alasan malas berusaha. Nabi Allah adalah manusia yang paling berat ujian hidup nya di dunia. Dan INGAT, Allah beri mukjizat setelah mereka letakkan usaha yang sehabis baik dan bermati-matian. Selesai usaha yang tidak berhasil pada ummat yang kufur, baru Allah berikan mukjizat pada Nabi agar mereka beriman. Haaaa.... sebab itu kita kene tadabbur quran, faham the whole sirah, semua tu ada dalam Quran.

 " Kalau boleh mulai hari ini, kita cuba elakkan bercakap sesuatu perkara yang kita tidak tahu atau kurang ilmu. Banyakkan bertanya, membaca dan mendengar daripada berbahas"


Akhir kata setelah doa(sebelum mula usaha), usaha, doa... apa yang kita perlu buat adalah? Tawakal, dan redha setiap rezeki yang Allah beri pada kita.
 Sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik


Setahu aku Allah tak pernah cakap (berfirman) "berusahalah sehingga capai rezeki". Allah hanya suruh kita USAHA. Allah dah cakap rezeki dan hidayah itu milik Dia, dan dia yang akan beri. So sudah jelas lagi bersuluh, tugas kita adalah USAHA! TIDAK PERCAYA? RUJUKLAH QURAN.



Bab Ajal Maut itu rahsia Allah konsep nya sama, tetapi perlukan penjelasan yang lebih santai. Jika di beri kekuatan, insyaAllah dengan cara apa pun, aku cuba buat entry khas untuk bab. Jika di beri peluang aku cuba kongsi penjelasan mengapa kita perlu fahami quran, cara ringan untuk tadabbur Quran, dan kesan fahami Quran dalam entry yang akan datang. 

Sebarang comment boleh buat di post ini atau di sayat.me/amirulasyrafe

Sekian untuk penulisan kali ini. Terima kasih sudi membaca.

Assalamualaikum.


Wednesday, 12 July 2017

Kehidupan Semula



Assalamualaikum wbt kepada semua.

Rasanya lama sudah aku tak publish post di blog. Maaf atas kelemahan diri yang sudah lama menyepi dan sikit pun tidak memberi manfaat pada orang ummah. Terkadang duduk seorang diri, memikirkan nasib mengapa aku mampu berhenti menulis. Mungkinkah di sebabkan faktor dosa-dosa aku? Mungkin juga penjagaan hati tidak bagus, riak, takabbur dll. Aku sendiri tidak tahu. 

Tidak perlulah untuk aku huraikan secara terperinci. Apa yang diharapkan adalah, pada sesiapa yang membaca entry ini, mampu mendoakan aku mampu istiqomah memberi manfaat. Aku tak minta duit untuk korang baca setiap entry aku, aku hanya dahaga kan doa, jujur.

Buat masa ni, itu sahaja yang mampu aku katakan. Doakan aku mampu hasilkan sekurang-kurangnya 1 entry setiap minggu dengan penuh kualiti ya. 

Sebelum aku habis menulis untuk entry ni, aku mohon jasa baik pembaca untuk beri comment mengenai isi dan cara penulisan. 

Bukan apa, aku ni insyaAllah memang pure orang Melayu, tapi Bahasa Melayu aku ni daripada sekolah memang lemah. Jadi aku buka pada semua untuk sebarang comment.

Boleh comment di bawah atau di sayat.me/amirulasyrafe.

Thank you for reading this entry.