Dengan nama Tuhan yan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum.
Haaa.. di sebabkan dah lama aku tak buat entry baru, kali ni baik lah jika aku mulakan suatu tajuk yang sangat menjadi kegilaan ramai iaitu jodoh dan kematian.
Mari mulakan.
Apabila bercakap mengenai jodoh & ajal rahsia Allah, ramai antara kita salah anggapan bahawa tiada harapan untuk berusaha, berserah nuta-buta itu adalah lebih baik. Ya, tidak ada bantahan bahawa jodoh ajal maut itu rahsia Tuhan, tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak berusaha. Tidak kurang juga manusia yang berpendirian bahawa:
"Takpelah, jodoh dan ajal maut kan rahsia Allah, dah di tetapkan pun kita kawin dengan siapa, mati kita bila dan pukul berapa, so chill jelah"
Subhanallah, kawan jangan macam tu. Sedar tak, ramai antara kita ini selalu terima ilmu bulat-bulat tanpa berfikir, tanpa memahami. Apa ustaz cakap semua terima, kalau rasa tidak kena, "takpelah, islam kan dah cakap macam tu, ikut jelah".
No, jangan macam tu, di akhirat kelak kita akan di pertanggungjawabkan
setiap ilmu yang kita terima dan kita amal.
Nanti di akhirat apabila di soal tentang ilmu salah yang kita amal, apa yang mungkin mampu kita jawab?
'Ustaz tu cakap macam tu... dia cakap mcm tu'.
Kita akan di persalahkan mengapa tidak bertanggungjawab dengan ilmu. Mengapa tidak kaji ilmu yang di terima? Setiap kali timbul persoalan dalam fikiran, mengapa tidak tanya pada yang lebih arif? Contoh Ustaz atau Ulama.
Kawan, jodoh ini benar adalah rahsia Allah. Malah ulama' menyatakan jodoh ni adalah rezeki yang telah Allah tetapkan bagi setiap makhluk. Tapi ingat!!
Allah suruh kita buat apa? Doa (before start usaha), Usaha Doa Tawakal.
Tapi kita buat apa?
Kita lebih suka masuk campur tugas dan urusan Allah dengan berkata apa?
"Jodoh kan rahsia Allah, waktu yang sesuai ia akan tiba, tak perlulah nak mencari-cari, rileks je".
Mengapa aku cakap kita masuk campur urusan Allah?
Kerana seolah olah kau bersama Allah menetapkan takdir diri sendiri. Seakan kau lebih mengetahui bahawa dengan tidak usaha pun, rezeki itu akan datang. Kawan, tolong... tolong jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba yang dengan "berusaha baru dapat hasil". Allah dah arahkan kita untuk berusaha, doa, tawakal,peroleh hasil dalam Quran dalam ayat-ayat lain. Tapi apa yang kita buat? Kita hanya pegang pada satu ayat quran sahaja bahawa "rezeki itu telah di tetapkan oleh Allah".
Ingat kawan, kita takut kesan daripada ni, secara tidak langsung kita telah menimbulkan fitnah kepada Allah, fitnah terhadap agama,
"tak perlu usaha pun takpe, kalau Allah dah tulis itu rezeki/jodoh kita, kita akan dapat juga"
Sebab itu, aku sangat saran pada para sahabat untuk sentiasa tadabbur quran. Antara kita ramai yang rajin baca quran, tapi tidak rajin untuk memahaminya. Kita tidak akan dapat message yang Allah nak sampaikan jika kita sendiri tidak faham apa isi kandungannya.
Kadang-kadang orang yang agak tinggi ilmunya akan persoalkan,
"Alahh Nabi tu Allah senang-senang bagi mukjizat (kuasa) kat Baginda slumber je, kalau Allah kata kun fayakun, benda tu akan jadi juga"
Senang-senang kau cakap? Nabi dapat mukjizat setelah berusaha.
Tolonglah jangan banding kita dengan Nabi Allah sebagai alasan malas berusaha. Nabi Allah adalah manusia yang paling berat ujian hidup nya di dunia. Dan INGAT, Allah beri mukjizat setelah mereka letakkan usaha yang sehabis baik dan bermati-matian. Selesai usaha yang tidak berhasil pada ummat yang kufur, baru Allah berikan mukjizat pada Nabi agar mereka beriman. Haaaa.... sebab itu kita kene tadabbur quran, faham the whole sirah, semua tu ada dalam Quran.
" Kalau boleh mulai hari ini, kita cuba elakkan bercakap sesuatu perkara yang kita tidak tahu atau kurang ilmu. Banyakkan bertanya, membaca dan mendengar daripada berbahas"
Akhir kata setelah doa(sebelum mula usaha), usaha, doa... apa yang kita perlu buat adalah? Tawakal, dan redha setiap rezeki yang Allah beri pada kita.
Sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik
Setahu aku Allah tak pernah cakap (berfirman) "berusahalah sehingga capai rezeki". Allah hanya suruh kita USAHA. Allah dah cakap rezeki dan hidayah itu milik Dia, dan dia yang akan beri. So sudah jelas lagi bersuluh, tugas kita adalah USAHA! TIDAK PERCAYA? RUJUKLAH QURAN.
Bab Ajal Maut itu rahsia Allah konsep nya sama, tetapi perlukan penjelasan yang lebih santai. Jika di beri kekuatan, insyaAllah dengan cara apa pun, aku cuba buat entry khas untuk bab. Jika di beri peluang aku cuba kongsi penjelasan mengapa kita perlu fahami quran, cara ringan untuk tadabbur Quran, dan kesan fahami Quran dalam entry yang akan datang.
Sebarang comment boleh buat di post ini atau di sayat.me/amirulasyrafe
Sekian untuk penulisan kali ini. Terima kasih sudi membaca.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment