Bergaduh di Khalayak Ramai
Bergaduh di Khalayak Ramai
(di alam nyata, atau di alam maya)
Mengapa perlu
bergaduh di hadapan masyarakat umum?
Sebenarnya kita ingin menegur, atau menunjukkan emosi?
Manusia
fitrahnya mempunyai ego dan amarah yang tersendiri. Kita sebagai
khalifah iaitu pemimpin di bumi Allah, mempunyai panduan untuk menyalurkan ego dan
amarah. Antaranya adalah:
1) Akal
2) Nafsu
3) Agama
1) Akal
2) Nafsu
3) Agama
Tuhan
menyediakan kita 3 komponen ini dalam menguruskan segala urusan dunia, tetapi,
apabila ia tidak di gunakan dengan sebaiknya, semua akan berakhir dengan apa yang
di larang oleh Tuhan.
Fokus post
ini bukan sahaja ingin membincangkan mengenai “Bergaduh” tetapi lebih
menfokuskan "Marah" atau “Bergaduh hadapan khalayak ramai”, tidak kira di alam nyata mahupun
di alam maya.
Faktor manusia mampu marah atau bergaduh di khalayak
ramai adalah
1) Ego
2) Ingin menunjukkan kesalahan musuh pada masyarakat umum, di samping mempertahankan diri.
3) Melakukan sesuatu ketika akal masih belum rational. Sebagai contoh, berkata kata ketika sedang marah.
1) Ego
2) Ingin menunjukkan kesalahan musuh pada masyarakat umum, di samping mempertahankan diri.
3) Melakukan sesuatu ketika akal masih belum rational. Sebagai contoh, berkata kata ketika sedang marah.
“Sedar atau tidak, ketika marah di khalayak ramai, hakikatnya
kita sedang meletakkan 100% keburukan yang ada dalam diri untuk di
pamerkan di hadapan orang lain”
1. Sama ada kita
meninggikan (menengking) suara pada manusia yang kita kurang berpuas hati di hadapan masyarakat.
2. Mengeluarkan kata
kata kesat.
3. Menyampaikan perasaan melalui perbuatan fizikal
Kesan.
Saya ulang,
“Sedar atau tidak, ketika marah di khalayak ramai,
hakikatnya kita sedang meletakkan 100% keburukan yang ada
dalam diri kita untuk di pamerkan di hadapan orang lain”
hakikatnya kita sedang meletakkan 100% keburukan yang ada
dalam diri kita untuk di pamerkan di hadapan orang lain”
Saat kita marah atau bergaduh di khalayak ramai, hidup kita tidak sama seperti dulu.
Manusia
semakin berhati hati dalam menuturkan kata kata pada kita. Kita akan mula di
pandang serong oleh masyarakat.
Hal ini, semuanya adalah kerana “Ego”,
Ingin tunjuk tidak puas hati, “Aku lebih betul daripada Dia”
"Ingatlah
wahai rakan rakan sekalian, kita hanya perlukan kurang daripada 5minit untuk
mengekpresskan
semua rasa marah kita terhadap musuh di hadapan masyarakat sama ada di alam
nyata atau di alam maya, tetapi kesan masyakat pada kita akan “berpanjangan”
Antara pandangan manusia terhadap kita:
“Ali tu panas
baran juga kan, cara dia marah aritu, buat aku takut lah”
“Eh, lain
kali kau jangan bergurau macam kat dia, sekali dia meletup, habis lah kau”
“Kau perasan tak, Ali ni jenis kuat gaduh
dengan orangkan, ada je tak kena dengan orang lain”
“Mereka telah pun melebelkan
personality diri kita dalam fikiran berdasarkan pemerhatian mereka terhadap diri kita"
1. Di label dengan
personality yang buruk oleh masyarakat.
2. Maruah diri sendiri
tercalar.
3. Menimbulkan suasana
tidak harmoni antara masyarakat, terutama jika kita dalam situasi bekerja suatu
organisasi, campus dan etc.
4. Masyakat sukar
untuk mendekati kita.
Mengapa perlu elak bergaduh di khalayak ramai?
Banyak alasan
mengapa kita semua perlu berhenti dan tidak perlu bergaduh di khalayak ramai.
1) Kita
bersaudara, bukan tujuan kita untuk memutuskan hubungan. Allah murka pada mereka yang memutuskan hubungan
persaudaraan. Isu
pertama adalah bergaduh, Isu yang kedua adalah mempamerkan aib diri dan aib
musuh pada masyarakat umum. Harap kita semua faham hukum
mengaibkan diri dan orang lain.
2) Keharmonian & kesejahteraan diri. Bayangkan, andai
kata kita mempunyai musuh dalam hidup walaupun hanya seorang, rasanya hidup kita
mampu tenang atau tidak? Sentiasa di selubungi perasaan marah dan dendam.
Cara penyelesaian apabila marah
1.
Serta merta menyebut
Non Muslim – Tuhan yang Satu, lindungilah aku daripada Syaitan.
Di fahamkan, terdapat non muslim yang
turut membaca entry di ruangan ini.
Pemutus Silaturrahim was posted on intragram - June 14, 2014
2. Berhenti bercakap serta merta, dan beredar jauh daripada kawasan kejadian atau mereka (manusia) yang membuatkan kita marah. Kerana emosi & fikiran dalam keadaan tidak rational.
3. Muslim - Islam mengajar kita untuk mengambil wuduk ketika marah.
Non Muslim - Basuhlah muka di hadapan cermin.
4. Tetapkan dalam diri bahawa:
"Wahai hati, bersabarlah, tidak semua orang sengaja melakukan kesalahan pada kita sehingga membuatkan marah atau tidak berpuas hati"
5. Sedikit tips untuk hidup harmoni, elak permusuhan:
Pertama yang perlu kita lakukan adalah, memaafkan.
Pertama yang perlu kita lakukan adalah, memaafkan.
Ø Islam arahkan kita berbuat sedemikian.
Ø Memaafkan akan membuatkan, hati kita serta merta tenang.
(Cuba method ini, 100% berkesan insyaAllah)
(Cuba method ini, 100% berkesan insyaAllah)
Ø Manusia mudah mendekati kita, dan selesa dengan kita
Akhir kata,
Take home message,
Jadilah seorang pemaaf.
"tidak mengapa, mungkin dia tidak sengaja"
"tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu itu suatu kesalahan, jadi apa yang aku perlu adalah usul periksa & tegur"
Akhir kata,
Take home message,
Jadilah seorang pemaaf.
MAAF
Percayalah, jika kita seorang yang pemaaf, manusia lebih selesa dengan kita. Hidup kita akan di hormati & harmoni dengan ramai manusia sekeliling, kerana dalam diri seorang pemaaf mempunyai perasaan:
"tidak mengapa, mungkin dia tidak sengaja"
"tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu itu suatu kesalahan, jadi apa yang aku perlu adalah usul periksa & tegur"
Pemutus Silaturrahim was posted on intragram - June 14, 2014
@amirulasyrafe
Adakah kita dalam status Pemutus Silaturrahim?
Kondisi Pertama
Jangan kita menjadi seorang yang mudah untuk menghukum manusia sebagai pesalah sebenar hanya kerana mereka punca pergaduhan. Kerana diragui bahawa, kita adalah pemutus hubungan manusia yang utama, apabila mereka berusaha untuk ke arah pendamaian & memohon keampunan, dan kita tidak memaafkan atas alasan ego.
Kondisi Kedua
Sedar atau tidak, di sebabkan kita mempunyai pengaruh, kadang kala kita dengan tidak sengaja menceritakan keburukannya musuh (walaupun keburukan itu benar) pada manusia lain & menyebakan lebih ramai manusia memandang serong & memulaukannya (putus hubungan). Hanya di sebabkan mereka melakukan sesuatu yang luar daripada kehendak kita atau menyebabkan berasa marah.
Adakah kita berada di situasi pertama atau kedua sebagai pemutus silaturrahum. Mungkin juga kita luar daripada golongan seperti ini, Alhamdulillah.
Oleh itu,
"Perasaan marah itu fitrah, tetapi Islam
mengajar cara untuk salur & kawal dengan cara yang terbaik"
"Jadilah seorang Pemaaf"
amirulasyrafe@gmail.com
No comments:
Post a Comment