Belajar untuk menyatakan "Maaf, Aku Tidak Tahu"
Sedar atau tidak kadang kala kita berhadapan dengan manusia, yang sukar untuk menyatakan.
"maaf, aku tidak tahu"
"maaf aku tak pasti, cuba rujuk sumber ini"
Manusia lebih cenderung untuk menjawab apa sahaja soalan yang di utaran kepada mereka, tanpa mengendahkan jawapan yang di berikan itu betul atau salah.
kerana apa?
kerana ego.
kerana tidak mahu di lihat nampak kurang pintar
kerana ingin di lihat sebagai manusia yang berpengatahuan tinggi.
Kesan nya besar jika kita sambil lewa memberikan jawapan terhadap soalan yang di utarakan kepada kita.
Contoh mudah:
1. Jika ia melibatakan diskusi pembelajaran, rakan kita akan menerima info yang salah, dan akhir kan mempengaruhi peperiksaan mereka, gagal dalam peperiksaan dll.
2. Jika melibatkan pengendalian pesakit. Jururawat meminta keputusan daripada seorang doktor terhadap pesakit. Doktor mempunyai sifat ego, tidak mahu di lihat sebagai doktor yang kurang bijak mengendalikan kes, akhirnya memberi sesuatu keputusan yang tidak tepat tanpa berbincang dengan doctor yang lebih berpengalaman. Pesakit mungkin akan mati.
KESAN YANG PALING BESAR ADALAH
Apabila ianya melibatkan agama berkaitan dengan hukum syarak' & akidah terutamanya.
Sahabat,
Apabila ditanya sesuatu soalan melibatkan agama, kita perlu lebih berhati hati
"Setiap kata kata itu, kita bertanggungjawab ke atasnya"
Jika manusia beramal agama dengan cara yang salah atas hukum/ idea logik yang kita lontarkan dengan yakin, kita akan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak.
Kadang kala, aku juga menghadapi perkara ini.
1. Jika aku mempunyai ilmu mengenai sesuatu hukum, dan di tanya oleh rakan rakan mengenai perkara tersebut:
Aku lebih suka mulakan dengan perkataan
"kalau ikut pemahaman apa yang aku belajar, hukumnya macam ni ......, tapi cubakau dapatkan kepastian daripada ustaz dulu hukumnya"
2. Jika aku tidak mempunyai ilmu terhadap sesuatu:
Aku lebih menasihati diri untuk menyatakan
"maaf, aku tak tahu"
"maaf bro, aku tak pasti, cuba rujuk ustat"
"Bukan apa, bab bab hukum ini urusan ulama', kita hanya mampu sampaikan berdasarkan pemahaman kita terhadap apa yang kita pelajari dan dapatkan kepastian ustaz. Untuk mengetahui lebih lanjut, perlulah rujuk pada ahlinya, iaitu mereka yang betul betul mendalami bidang hukum agama"
Pengalaman:
Ketika berada di suatu kelas agama, mengenai hukum, guru aku selalu mengingatkan kami "jaga bab hukum, jangan sampai kita mendustakan hukum Allah", jika kita mentafsir ayat Quran dengan cara yang salah, "kita termasuk dalam golongan manusia yang mendustakan ayat ayat Allah"
Jika kita baca ayat quran hukuman terhadap
manusia yang mendustakan ayat Allah, sangatlah berat, dan ngeri.
"Maka siapakah yang lebih jahat dari orang orang yang mendustakan ayat ayat
Allah dan berpaling daripadanya? Akan kami beri ganjaran mereka yang
berpaling dari ayat ayat kami dengan seburuk buruk siksaan"
[Al-An Am 6:157]
Konklusinya:
Belajarlah untuk menggunakan perkataan,
"maaf, aku tak tahu"
"maaf aku tak pasti"
Apabila kita lafazkan kata kata pengakuan dengan "maaf" , automatik, kita bukan lagi orang yang di pandang hina dan hilanglah segala ego dalam diri.
Manusia juga akan terbuka hati untuk dapatkan sumber yang sahih.
Akhir kata,
"Ego , tidak memuliakan manusia"
No comments:
Post a Comment