Train to Busan
Train to Busan.
Suatu cerita yang amat menarik. Pada sesiapa yang sudah tonton
cerita ini, saya mengharapkan anda semua bukan sekadar berakhir dengan air mata, malah mampu melihat nilai murni yang cuba di terapkan di dalam
cerita ini.
Seperti mana yang kita lihat, sifat mementingkan diri
dan kasih sayang yang cuba di terapkan dalam kalangan penonton.
Pengajaran
Mementingkan diri sendiri.
Pengajaran yang mungkin dapat cakupi adalah, sifat
mementingkan diri sendiri akhirnya menghasilkan kegagalan dalam segenap aspek.
Seperti mana yang kita dapat lihat di dalam cerita ini,
seorang yang berpangkat besar menggunakan kuasanya mengorbankan nyawa orang
lain demi kepentingan diri sendiri. Beliau menganggap dengan mengorban orang
bawahan, mampu membawa dirinya mencapai cita-cita, iaitu berjaya menyelamatkan
diri daripada ancaman musuh.
Hakikatnya, beliau senang menghancurkan manusia-manusia yang
sedang menyokong diri nya untuk mencapai kejayaan. Secara tidak langsung,
beliau juga sedang mencipta musuh-musuh baru yang bakal menghancurkan misinya.
Pengakhirannya, beliau kecundang kegagalan sama seperti mana beliau lakukan pada orang
bawahannya iaitu musuh-musuh baru yang beliau cipta sendiri.
Rumusan :
Jangan menjatuhkan orang lain bagi menyelamatkan diri kita
dalam sesuatu keadaan, atau bagi mencapai matlamat kita.
Hakikatnya, kita sedang mencipta lebih ramai musuh untuk
menghalang kejayaan kita.
Perkara ini pastinya akan berlaku dalam hubungan
berkawan, berorganisasi, berkeluarga. Jadi, aplikasikan lah pengajaran yang cuba di sampaikan di dalam cerita ini.
InsyaAllah kita akan berjaya, dan
Allah berkati jalan usaha kejayaan kita.
" Jika kita permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita"
No comments:
Post a Comment