Assalamualaikum, semoga semua dalam rahmat Allah swt.
Baik, hari ni aku plan utk respon satu soalan daripada sayat.me. Pagi tadi saja check inbox sayat.me, soalan yang agak menarik untuk di jadikan topic kali ni.
Aku tak
mampu nasihat, tapi insyaAllah aku cuba kongsi kan apa yang mungkin aku lakukan
jika hadapai perkara yang sama.
Sedih.
Siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang meninggal dunia, nak nak mereka itu adalah ibu bapa kita. Perasaaan sedih itu adalah fitrah bagi setiap manusia, tiada siapa yang mampu halang. Tapi, jangan lupa ianya perlu kan had dalam keadaan yang optimum.
Jangan kita lupa bahawa mati itu adalah lumrah manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan itu adalah hukum dunia yang Allah telah tetapkan.
"Menghidupkan
hak Allah, Mematikan juga hak Allah"
Jika kita
faham kata-kata ni, sudah pasti diri kita sudah
maklum
bahawa mati itu datang daripada-NYA.
Siapalah kita ingin menidakkan ketentuan-NYA,
sedangkan sejak azali lagi tubuh badan si mati adalah milik-Nya.
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (QS.
Ali Imran: 185).
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” ( QS. Ar Rahman: 26-27)
Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” ( QS. Ar Rahman: 26-27)
Jadi, perkara pertama kita perlu tetapkan dalam
fikiran adalah MATI itu PASTI, yang
membezakan kan kita adalah cepat atau lambat, dan cara kita di matikan.
Sematkan dalam diri bahawa mati itu datang daripada Allah, dan kita tiada kuasa
untuk menidakkan ketentuan Tuhan. Dengan cara
ini, mengajar kita mengawal mental dan emosi menggunakan ilmu agama
dan logik akal. Percayalah, kalau kita dapat kawal emosi kita
dengan 2 elemen ini, insyaAllah hati akan tenang.
Perasaan rindu terhadap arwah?
Seperti yang kita tahu, rindu ini perkara biasa.
Terhadap orang yang masih hidup juga kita ada perasaan rindu. Jika manusia yang
masih hidup mudah untuk kita hadapi. Kita mungkin boleh jumpa, peluk, bercakap
dengan si dia, jika berjauhan skype pun dapat hilang kan rindu.
Tapi, untuk hilang kan rindu untuk mereka yang
sudah tiada, caranya berbeza. Jika kita gunakan cara yang sama, belum tentu
terubat rindu tersebut.
Sebenarnya banyak cara untuk kita hadapi rindu
terhadap arwah.
Tapi sebelum tu, aku nak tanya, sewaktu kita
teringat pada arwah, apa perkara pertama yang berlaku pada diri kita?
Mungkin kita bermula dengan
"Rasa
sebak. Perasaan sayang membuak-buak, dan akhirnya menitiskan air mata"
(package
terbaik)
Ini semua package terbaik untuk kita segera
mendoakan pada arwah.
"Dalam
keadaan si anak berdoa mohon keampunan menangis atas pemergian arwah, tak kan
lah Allah yang bersifat Tuhan yang Maha Pengasih Maha Penyayang mampu tolak doa
si anak" - Ustaz Don
Ingatlah semula jasa arwah. Arwah sedia telah
agama pada kita di saat dia masih hidup, dan dia lah asbab kita kenal Allah dan
Rasul. Jadi, jangan sia-siakan jasanya. Apabila tiba rasa rindu teramat
sangat sehingga menitiskan air mata, ambillah peluang untuk doa pada arwah.
Sekurang-kurangnya paling malas pun, lintaskan dalam hati atau tutur dalam
doa... minta diampunkan dosa dan
ringankan azab kuburnya.
Jika kita seorang yang tidak biasa menangis,
paksalah diri untuk belajar menangis.
Alangkah beruntungnya seseorang itu tahu besarnya
nilai titisan air mata dalam Islam ketika berdoa.
Aku rasa jika kita semua tahu, tiada seorang pun
akan lepaskan peluang untuk menitiskan air mata ketika berdoa. Belajarkan
menangis... aku sampai kan kerana aku tahu betapa powerful nya doa
sambil menangis. Ini mungkin cara pertama kita boleh lakukan.
Seterusnya cara kita ubati lah rindu pada arwah,
dengan banyak manfaatkan perkara atau harta yang arwah pernah
tinggalkan pada kita. Kalau dulu dia pernah ajar kita mengaji, jadi
banyakkan mengaji walaupun satu ayat satu hari. Mungkin dulu sebelum
meninggal, beliau pernah hadiahkan kita tasbih, kopiah, telekung, tudung kasut
kereta dll, guna semua itu ke arah kebaikan. Dengan cara ini, aku yakin
terubatnya rindu, kerana kita percaya, arwah dalam keadaan baik di dalam kubur
hasil daripada amal kita menggunakan amalan dan barang-barang peninggalannya di
dunia.
"AMALKAN
SYARIAT AGAMA YANG ARWAH TERLEPAS
PANDANG
TERHADAP KITA"
Sebagai seorang ibu bapa, pastinya ada kekurangan ketika mendidik kita. PASTI. Tiada ibu bapa yang sempurna. Ada antara mereka yang terlepas pandang terhadap beberapa didikan agama. Ada juga yang sedar tanggungjawab mereka untuk menegur kesalahan kita, tapi atas dasar ingin menjaga hati si anak, takut anak melawan, teguran itu di ketepikan. Contohnya, si anak sering meninggalkan atau sengaja melambat menunaikan solat, keluar rumah tidak menutup aurat, mencuri dll. Jadi sebagai anak yang sudah mula sedar dan sayang akan ibu bapanya, si anak akan perbaiki kesilapan ibu bapa dalam mendidik mereka. Kenapa aku minta kita perbaiki atau tampung kekurangan didikan ini? Kerana....
Arwah akan di tanya di alam kubur,
Adakah
tanggungjawab mereka mendidik anak-anak telah dilaksanakan dengan baik?
Jika tidak, bayangkanlah nasib arwah di alam kubur, kasihanilah mereka, menderita mereka di sana...
Jadi, sebagai anak yang soleh dan solehah amalkan
lah syariat Allah dengan sebaik mungkin. Kerana, ingatlah setiap detik masa dan
perkara, mereka akan di soal di akhirat kelak. Jadikan diri kita menjadi asbab ibu bapa
kita di tempatkan di taman syurga di kubur sana.
Bila
mana manusia telah meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:
(1)
Sedekah jariah;
(2)
Ilmu yang bermanfaat;
(3) Anak soleh/solehah
(Hadis
Riwayat Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)
Sebagai penutup, sebenarnya banyak lagi cara untuk melepaskan
rindu kita pada arwah, contoh wakaf al-quran, sambung sillaturrahim dengan
kenalan arwah dll. Tapi apa yang aku cuba sampai di sini adalah konsep "adakah arwah selamat
di alam kubur dengan cara hidup kita sekarang?". Jika
kita sering menjawab persoalan ini dengan melakukan amal kebaikan dengan
niat untuk kebaikan arwah, insyaAllah semua rindu kita terubat dengan hati yang
tenang, percayalah.
Sampai sini sahaja penulisan kali ini. Sesungguhnya penulisan ini penuh dengan kelemahan. Jika berkelapangan, aku berharap video yang di sediakan dapat menjadi kesimpulan untuk entry kali ini. Aminn..
Sebarang comment boleh buat di entry ini atau di sayat.me/amirulasyrafe
Terima kasih sudi membaca.
Assalamualaikum.
Jzkk asyrafe!
ReplyDelete😢😢
ReplyDeleteDoakan arwah ibu saya tenang disana. Terima kasih atas entry ini.
ReplyDeleteSaya baru kehilangan abah saya pada 30 september lalu.. Saat ini memang rasa kehilangan..hanya doa je yang mampu berikan bila rasa rindu.. Terima kasih untuk entry ini.. Al fatihah untuk abah saya zainal bin derin.
ReplyDeleteTerima kasih utk perkongsian ini..Alfatihah untk arwah abah saya.
ReplyDeleteterima kasih. al-fatihah untuk kedua ibu bapa saya. saya teramat rindukan mereka.
ReplyDeleteTerima kasih. Tolong doakan kepada arwah tokwan saya juga...saya sangat rindukan arwah...al fatihah.
ReplyDeleteDoakam ayah saya baru je pergi bertemu Allah rasa rindu pdnya Allah je tau 😞
ReplyDeleteDoakam ayah saya baru je pergi bertemu Allah rasa rindu pdnya Allah je tau 😞
ReplyDeleteBangun dari tidur dan hati tiba tiba pilu sgt2 teringatkan arwah ayah..terima kasih kerana mengingati sesama islam
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ilmu bermanfaat.ilmu ni sedikit sebanyak membantu saya untuk arwah abah saya yg yang baru meninggal dunia.perit rindu mmg x tertanggung
ReplyDelete20 september lalu Bapa saya telah meninggalkan kami semua buat selamalamanya. Ya allah kau ampunilah segala dosa dosa nya dan tempatkan lah dia dikalangan orang2 yang beriman amiin al fatihah.. Zulkeffley Maidin. Rindu bapa,,
ReplyDeleterindu tiada penghujungnya😔
ReplyDeleteal-fatihah nenek tersayang❤️
semoga tenang di alam sana🍃
insyallah suatu hari nanti kita pasti bertemu kembali
12 okt 2020 perginya adik lelaki sulung yg paling banyak jasanya kepada 2 org ibubapaku dan adik2 kecil ku semoga mohamad ghazali abdul kadir tenang dialam barzah in sha allah aminn
ReplyDeleteCakap pandai la. Kena pada diri sendiri dia juga akan megelabah. Semua org pernah alami semua ni. Dia perlukan masa bukan tak terima fitrah. Tapi semangat tu bukan mudah nak kita dapatkan semula.
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk suami saya, baru meninggal dunia hari raya kedua (14/5/2021), rindu yang tearamat rindu..moga tenang disana dan berada dikalangan orang yang beriman..AMIN
ReplyDelete2 tahun sudah pemergian suami , masih lagi terbayag keleteh dia bile aku down dan rindu aku cari kata2 semangat di carian2 google blog2 selain dgr ayat2 suci alquran dan mengikut baca di youtube ...ya mati itu pasti . aku sedang salurkan pahala utk nya dari anak2 yatim yg dia tggalkan moga ada bekalan utk dia disana ..ammin alfatihah hairi bin saadan@mohd ali. aku rindu
ReplyDeleteAku selalu berharap, waktu pandemik ni janganla umi abah sakit ke apa. Sebab aku jauh, susah nak merentas saja saja. Suratan takdir, abah jatuh sakit kanser hati tahap akhir. Abah bertahan selama 4 bulan sahaja. Allah, rindu sangatttt. Tak sempat aku membalas jasa, tak sempat aku menjaga. Ralat dengan banyak perkara. Abah pergi untuk selamanya. Aku masih rinduu. Sebab masih rasa mimpi yang abah dah takde. Setiap kali bangun, cepat la bangun dari mimpi ni. Tapi abah pergi bukan lagi mimpi. Hanya doa sahaja mampu aku berikan. Al fatihah Maid bin Nordin, 11.06.2021❤️
ReplyDelete