Friday, 16 November 2018

Kau dan Aku, perlu teruskan hidup dengan penuh kualiti.

Aku purposely record video ini untuk motivasi kita bersama.

1. Jika anda rasa berjaya di dunia itu di capai dengan wang ringgit. Beliau Ed Mylett, hartawan Amerika mampu menerangkan pada anda bahawa duit itu bukan segala & kekayaan bukan kemuncak kejayaan.

Info ringkas mengenai beliau:

Nama: Ed Mylett
Kerjaya: Usahawan & Motivator
Nilaian Harta : $400 million USD

Tersenarai dalam 'Top 50 wealthiest under 50'



2. Jika mahu tahu mengapa setiap hari kita perlu letakkan 'new standard' & memperbaiki diri daripada hari ke hari, boleh langkau pada minit ke 26:00


3. Pemikiran orang kita.


‘Aku dah kaya, tak perlu cari duit lagi, umur pun dah 55 tahun’

‘Hidup sehingga 60 tahun cukup lah, aku dah capai semuanya. Rumah besar, kereta mewah, anak-anak berjaya, cucu dll.


Orang kita matlamat hidup sehingga 60 tahun. Pencen umur 55 kerana ingin fokus pada ibadah dan ingin dekat pada Tuhan.

Pada minit 27:30 beliau menerangkan mengapa perlu teruskan hidup dengan sihat penuh kualiti.

4. Doktor beliau bukan sahaja mampu merawat pesakit dengan kebolehan mendiagnos penyakit dan memberi ubat. Tetapi doktor ini juga mampu membunuh pemikiran negatif dalam diri pesakit. Ini 'skill' hebat yang mampu kita contohi.

InsyaAllah, aku masih Islam seperti kamu semua, bukan Islam sekular dengan mengajak pada pembaca dan penonton untuk ada perasaan cinta akan dunia dengan menjadikan intipati beliau sebagai motivasi hidup.

Selain ganjaran pahala menjadi motivasi kita di dunia, video ini sebagai perencah secukup rasa kepada objektif utama kita iaitu ingin kembali pada Tuhan dalam keadaan baik.


Anda mempunyai input negatif dalam diri yang merendahkan semangat untuk teruskan hidup?
Contohnya, sedang menghidapi penyakit jantung, buah pinggang, strok, barah (cancer) dan lain-lain yang menyebabkan anda terus lesu dalam menghadapi hari-hari mendatang?

Mari nyalakan semula hidup anda dengan 'tujuan hidup yang baru pada setiap hari'.

Jika anda rasa video ini membuatkan anda cinta pada dunia, tinggalkan. Jika ianya mampu beri sinar dan semangat baru, gunakan input ini untuk terus hidup dengan penuh kualiti agar lebih lama masa kita hidup di dunia untuk mengumbang pada ummat manusia.










Monday, 7 May 2018

#PRU14 Neutralkan Minda Anda!

#PRU14 Neutralkan Minda Anda! 

9 Mei ini adalah hari penting bagi seluruh rakyat Malaysia. Tarikh ini bakal mencipta suatu lagi sejarah besar dalam dunia politik negara yang bukan sahaja menggambarkan negara kita dalam jangka masa 5 tahun akan datang... malah 10 tahun, 20 tahun dan mungkin juga 50 tahun akan datang. Oleh itu, pilihan bijak perlu di lakukan.

Saya bukanlah ahli politik mahupun pejuang rakyat. Saya hanya pemuda muslim (tidak sekular) yang baru sahaja mengenal dunia. Tujuan saya menulis post ni adalah untuk neutral kan semula ‘mind set’ kita semua bagi menghadapi pilihan raya ini dalam masa yang sama membawa semua pembaca untuk menerima keputusan pilihan raya dengan hati yang terbuka.

Ada antara kita menghadapi kerisauan yang melampau, ‘overthinking’.

Penyokong 1

‘Jika parti ini tidak menang, pasti negara akan bankrupt 10 tahun akan datang. Cukai dan harga minyak sudah di naikkan, tetapi hutang negara masih meningkat dari tahun ke tahun, bankrupt lah negara. Confirm curi duit lagi tu. Tanah tergadai pada warga asing. Nti anak aku nak kerja susah, gaji kecil barang mahal, rumah baru’

Penyokong 2

‘Jika parti aku kalah, bagaimana mampu aku perjuangkan Islam jika tiada kuasa? Jika tiada kuasa, bagaimana ingin merubah sistem pemerintahan mengikut syariat Islam? Bertambah-tambah lah Islam sekular di negara ini jika parti ini tidak memerintah. Tiada kuasa, bagaimana aku ingin pimpin mereka ke kediaman indah yang abadi di akhirat kelak?

Penyokong 3

“Jika parti ini kalah, bagaimana dengan negara? Parti lawan tiada pengalaman memimpin. Pasti bangsa lain jadi Perdana Menteri. Mati lah Melayu di bumi sendiri. Tiadalah hak keistimewaan orang Melayu. Parti ini banyak berjasa sejak Merdeka dulu”

Buat pakcik makcik, jangan terlampau risau. Jika tiada lg generasi tua memperjuangkan hak rakyat, percayalah, Allah akan hantar generasi lain untuk menentang kezaliman. Tetapkan hati pada ketentuhan Tuhan. Ini Akidah kita.

Ingatlah, setiap antara kita sudah cuba yang terbaik untuk menganalisa dan berkorban untuk parti yang kita sendiri ‘rasa betul’. 

Jika BN, BN lah.
Jika PAS, PAS lah
Jika PH, PH lah.

Saya percaya, ada di kalangan rakan-rakan sanggup bersusah payah berkempen di media sosial bagi meraih undi. 

Ada pakcik makcik yang sanggup menyumbang wang bagi kejayaan parti. Ada dalam kalangan kita sanggup bergaduh dan memutuskan ikatan persaudaraan hanya kerana berlainan sokongan parti politik. Memutuskan ikatan persaudaraan ini juga suatu pelaburan/investment dalam berpolitik. Tetapi maaf saya kata, ini adalah ‘investment’ yang sangat merugikan, malah deficits, Allah murka. 

Kadang-kala kita lihat pemimpin atasan parti di parliament bergaduh antara pemimpin kerajaan dan pembangkang, tetapi di luar dewan mereka mampu minum kopi gelak tawa. Kita orang bawahan/pengikut agak berlebihan, akhirnya hilang saudara berpuluh tahun.

Oleh demikian, saya menyeru pada penyokong parti, berbaik lah semula jika ada terkasar bahasa sepanjang berkempen di media social. Selalu pahatkan dalam fikiran dan hati kita bahawa, perjuangan ‘parti politik’ ini bukan matlamat akhir hidup kita. Matlamat akhir kita adalah di alam kubur, hari akhirat. Jika kita mampu menjalinkan semula ikatan persaudaraan yg sudah terlerai dek kerana politik, fitnah terhadap pemimpin yang belum sempat di lunaskan, bagaimanakah nasib kita di alam akhirat nanti?

Jika terjumpa musuh politik waktu terawih nanti, bertegurlah, bersalaman. Ramadhan lagi seminggu ni. Jika ada rumah terbuka aidul fitri, biar kita mulakan jemputan terhadap mereka. Kita jadi ejen penyambung sillaturrahim.

Dengan itu saya mahu menyeru kita semua pengundi menerima keputusan dengan hati terbuka. Jangan terlalu tertekan dengan keputusan 9Mei ini..

Ingat semula akidah kita bahawa, ‘Allah sebaik-baik perancang’

Jika di katakan ada penipuan dlm proses pengundian, jangan terlampau risau... jika kita sudah usaha sehabis baik untuk banteras penipuan dan Allah sudah tentukan kita menang, maka tiada kuasa lain yang mampu menghalangnya.

Jika sudah usaha sehabis baik dan berlaku sebaliknya, itu juga hak-Nya.

Secara kesimpulannya, neutral kan fikiran anda. Gunakan satu peluru kuasa mengundi itu dengan sebaik mungkin bagi memilih pemimpin. Politik dunia bukan matlamat akhir hidup kita, dan jadilah ejen menyambung sillaturrahim.

Amirul Asyraf

Wednesday, 19 July 2017

Aku rindu pada arwah...





Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum, semoga semua dalam rahmat Allah swt.

Baik, hari ni aku plan utk respon satu soalan daripada sayat.me. Pagi tadi saja check inbox sayat.me, soalan yang agak menarik untuk di jadikan topic kali ni.





Aku tak mampu nasihat, tapi insyaAllah aku cuba kongsi kan apa yang mungkin aku lakukan jika hadapai perkara yang sama.


Sedih.

Siapa yang tak sedih jika orang yang kita sayang meninggal dunia, nak nak mereka itu adalah ibu bapa kita. Perasaaan sedih itu adalah fitrah bagi setiap manusia, tiada siapa yang mampu halang. Tapi, jangan lupa ianya perlu kan had dalam keadaan yang optimum. 


Jangan kita lupa bahawa mati itu adalah lumrah manusia. Setiap yang hidup pasti akan mati, dan itu adalah hukum dunia yang Allah telah tetapkan.

"Menghidupkan hak Allah, Mematikan juga hak Allah"
Jika kita faham kata-kata ni, sudah pasti diri kita sudah 
maklum bahawa mati itu datang daripada-NYA.


Siapalah kita ingin menidakkan ketentuan-NYA, sedangkan sejak azali lagi tubuh badan si mati adalah milik-Nya. 

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” (QS. Ali Imran: 185).

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Dzat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” ( QS. Ar Rahman: 26-27)


Jadi, perkara pertama kita perlu tetapkan dalam fikiran adalah MATI itu PASTI, yang membezakan kan kita adalah cepat atau lambat, dan cara kita di matikan. Sematkan dalam diri bahawa mati itu datang daripada Allah, dan kita tiada kuasa untuk menidakkan ketentuan Tuhan. Dengan cara ini, mengajar kita mengawal mental dan emosi menggunakan ilmu agama dan logik akal. Percayalah, kalau kita dapat kawal emosi kita dengan 2 elemen ini, insyaAllah hati akan tenang.



Perasaan rindu terhadap arwah?


Seperti yang kita tahu, rindu ini perkara biasa. Terhadap orang yang masih hidup juga kita ada perasaan rindu. Jika manusia yang masih hidup mudah untuk kita hadapi. Kita mungkin boleh jumpa, peluk, bercakap dengan si dia, jika berjauhan skype pun dapat hilang kan rindu. 

Tapi, untuk hilang kan rindu untuk mereka yang sudah tiada, caranya berbeza. Jika kita gunakan cara yang sama, belum tentu terubat rindu tersebut.


Sebenarnya banyak cara untuk kita hadapi rindu terhadap arwah.

Tapi sebelum tu, aku nak tanya, sewaktu kita teringat pada arwah, apa perkara pertama yang berlaku pada diri kita?

Mungkin kita bermula dengan 

"Rasa sebak. Perasaan sayang membuak-buak, dan akhirnya menitiskan air mata"
(package terbaik)

Ini semua package terbaik untuk kita segera mendoakan pada arwah.


"Dalam keadaan si anak berdoa mohon keampunan menangis atas pemergian arwah, tak kan lah Allah yang bersifat Tuhan yang Maha Pengasih Maha Penyayang mampu tolak doa si anak" - Ustaz Don





Ingatlah semula jasa arwah. Arwah sedia telah agama pada kita di saat dia masih hidup, dan dia lah asbab kita kenal Allah dan Rasul. Jadi, jangan sia-siakan jasanya. Apabila tiba rasa rindu teramat sangat sehingga menitiskan air mata, ambillah peluang untuk doa pada arwah. Sekurang-kurangnya paling malas pun, lintaskan dalam hati atau tutur dalam doa... minta diampunkan dosa dan ringankan azab kuburnya. 

Jika kita seorang yang tidak biasa menangis, paksalah diri untuk belajar menangis. 
Alangkah beruntungnya seseorang itu tahu besarnya nilai titisan air mata dalam Islam ketika berdoa.
Aku rasa jika kita semua tahu, tiada seorang pun akan lepaskan peluang untuk menitiskan air mata ketika berdoa. Belajarkan menangis... aku sampai kan kerana aku tahu betapa powerful nya doa sambil menangis. Ini mungkin cara pertama kita boleh lakukan.


Seterusnya cara kita ubati lah rindu pada arwah, dengan banyak manfaatkan perkara atau harta yang arwah pernah tinggalkan pada kita. Kalau dulu dia pernah ajar kita mengaji, jadi banyakkan mengaji walaupun satu ayat satu hari. Mungkin dulu sebelum meninggal, beliau pernah hadiahkan kita tasbih, kopiah, telekung, tudung kasut kereta dll, guna semua itu ke arah kebaikan. Dengan cara ini, aku yakin terubatnya rindu, kerana kita percaya, arwah dalam keadaan baik di dalam kubur hasil daripada amal kita menggunakan amalan dan barang-barang peninggalannya di dunia.



"AMALKAN SYARIAT AGAMA YANG ARWAH TERLEPAS 
PANDANG TERHADAP KITA"

Sebagai seorang ibu bapa, pastinya ada kekurangan ketika mendidik kita. PASTI. Tiada ibu bapa yang sempurna. Ada antara mereka yang terlepas pandang terhadap beberapa didikan agama. Ada juga yang sedar tanggungjawab mereka untuk menegur kesalahan kita, tapi atas dasar ingin menjaga hati si anak, takut anak melawan, teguran itu di ketepikan. Contohnya, si anak sering meninggalkan atau sengaja melambat menunaikan solat, keluar rumah tidak menutup aurat, mencuri dll. Jadi sebagai anak yang sudah mula sedar dan sayang akan ibu bapanya, si anak akan 
perbaiki kesilapan ibu bapa dalam mendidik mereka. Kenapa aku minta kita perbaiki atau tampung kekurangan didikan ini? Kerana....

 Arwah akan di tanya di alam kubur,

Adakah tanggungjawab mereka mendidik anak-anak telah dilaksanakan dengan baik? 

Jika tidak, bayangkanlah nasib arwah di alam kubur, kasihanilah mereka, menderita mereka di sana... 


Jadi, sebagai anak yang soleh dan solehah amalkan lah syariat Allah dengan sebaik mungkin. Kerana, ingatlah setiap detik masa dan perkara, mereka akan di soal di akhirat kelak. Jadikan diri kita menjadi asbab ibu bapa kita di tempatkan di taman syurga di kubur sana.


Bila mana manusia telah meninggal dunia, terputuslah amalnya kecuali tiga perkara:
(1) Sedekah jariah;
(2) Ilmu yang bermanfaat;
(3) Anak soleh/solehah 
(Hadis Riwayat  Al-Bukhari, Muslim dan Abu Dawud)





Sebagai penutup, sebenarnya banyak lagi cara untuk melepaskan rindu kita pada arwah, contoh wakaf al-quran, sambung sillaturrahim dengan kenalan arwah dll. Tapi apa yang aku cuba sampai di sini adalah konsep "adakah arwah selamat di alam kubur dengan cara hidup kita sekarang?". Jika kita sering menjawab persoalan ini dengan melakukan amal kebaikan dengan niat untuk kebaikan arwah, insyaAllah semua rindu kita terubat dengan hati yang tenang, percayalah. 






Sampai sini sahaja penulisan kali ini. Sesungguhnya penulisan ini penuh dengan kelemahan. Jika berkelapangan, aku berharap video yang di sediakan dapat menjadi kesimpulan untuk entry kali ini. Aminn..


Sebarang comment boleh buat di entry ini atau di sayat.me/amirulasyrafe

Terima kasih sudi membaca.


Assalamualaikum.


Thursday, 13 July 2017

Jodoh Kematian itu rahsia Allah.





Dengan nama Tuhan yan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum.

Haaa.. di sebabkan dah lama aku tak buat entry baru, kali ni baik lah jika aku mulakan suatu tajuk yang sangat menjadi kegilaan ramai iaitu jodoh dan kematian.


Mari mulakan.

Apabila bercakap mengenai jodoh & ajal rahsia Allah, ramai antara kita salah anggapan bahawa tiada harapan untuk berusaha, berserah nuta-buta itu adalah lebih baik. Ya, tidak ada bantahan bahawa jodoh ajal maut itu rahsia Tuhan, tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak berusaha. Tidak kurang juga manusia yang berpendirian bahawa:

"Takpelah, jodoh dan ajal maut kan rahsia Allah, dah di tetapkan pun kita kawin dengan siapa, mati kita bila dan pukul berapa, so chill jelah"

Subhanallah, kawan jangan macam tu. Sedar tak, ramai antara kita ini selalu terima ilmu bulat-bulat tanpa berfikir, tanpa memahami. Apa ustaz cakap semua terima, kalau rasa tidak kena, "takpelah, islam kan dah cakap macam tu, ikut jelah".

 No, jangan macam tu, di akhirat kelak kita akan di pertanggungjawabkan 
setiap ilmu yang kita terima dan kita amal. 

Nanti di akhirat apabila di soal tentang ilmu salah yang kita amal, apa yang mungkin mampu kita jawab? 

'Ustaz tu cakap macam tu... dia cakap mcm tu'. 

Kita akan di persalahkan mengapa tidak bertanggungjawab dengan ilmu. Mengapa tidak kaji ilmu yang di terima? Setiap kali timbul persoalan dalam fikiran, mengapa tidak tanya pada yang lebih arif? Contoh Ustaz atau Ulama.

Kawan, jodoh ini benar adalah rahsia Allah. Malah ulama' menyatakan jodoh ni adalah rezeki yang telah Allah tetapkan bagi setiap makhluk. Tapi ingat!!


Allah suruh kita buat apa? Doa (before start usaha), Usaha Doa Tawakal. 

Tapi kita buat apa?

 Kita lebih suka masuk campur tugas dan urusan Allah dengan berkata apa?
"Jodoh kan rahsia Allah, waktu yang sesuai ia akan tiba, tak perlulah nak mencari-cari, rileks je". 

Mengapa aku cakap kita masuk campur urusan Allah? 

Kerana seolah olah kau bersama Allah menetapkan takdir diri sendiri. Seakan kau lebih mengetahui bahawa dengan tidak usaha pun, rezeki itu akan datang. Kawan, tolong... tolong jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba yang dengan "berusaha baru dapat hasil". Allah dah arahkan kita untuk berusaha, doa, tawakal,peroleh hasil dalam Quran dalam ayat-ayat lain. Tapi apa yang kita buat? Kita hanya pegang pada satu ayat quran sahaja bahawa "rezeki itu telah di tetapkan oleh Allah".

Ingat kawan, kita takut kesan daripada ni, secara tidak langsung kita telah menimbulkan fitnah kepada Allah, fitnah terhadap agama, 
"tak perlu usaha pun takpe,  kalau Allah dah tulis itu rezeki/jodoh kita, kita akan dapat juga"

Sebab itu, aku sangat saran pada para sahabat untuk sentiasa tadabbur quran. Antara kita ramai yang rajin baca quran, tapi tidak rajin untuk memahaminya. Kita tidak akan dapat message yang Allah nak sampaikan jika kita sendiri tidak faham apa isi kandungannya.


Kadang-kadang orang yang agak tinggi ilmunya akan persoalkan, 

"Alahh Nabi tu Allah senang-senang bagi mukjizat (kuasa) kat Baginda slumber je, kalau Allah kata kun fayakun, benda tu akan jadi juga"

 Senang-senang kau cakap? Nabi dapat mukjizat setelah berusaha.

Tolonglah jangan banding kita dengan Nabi Allah sebagai alasan malas berusaha. Nabi Allah adalah manusia yang paling berat ujian hidup nya di dunia. Dan INGAT, Allah beri mukjizat setelah mereka letakkan usaha yang sehabis baik dan bermati-matian. Selesai usaha yang tidak berhasil pada ummat yang kufur, baru Allah berikan mukjizat pada Nabi agar mereka beriman. Haaaa.... sebab itu kita kene tadabbur quran, faham the whole sirah, semua tu ada dalam Quran.

 " Kalau boleh mulai hari ini, kita cuba elakkan bercakap sesuatu perkara yang kita tidak tahu atau kurang ilmu. Banyakkan bertanya, membaca dan mendengar daripada berbahas"


Akhir kata setelah doa(sebelum mula usaha), usaha, doa... apa yang kita perlu buat adalah? Tawakal, dan redha setiap rezeki yang Allah beri pada kita.
 Sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik


Setahu aku Allah tak pernah cakap (berfirman) "berusahalah sehingga capai rezeki". Allah hanya suruh kita USAHA. Allah dah cakap rezeki dan hidayah itu milik Dia, dan dia yang akan beri. So sudah jelas lagi bersuluh, tugas kita adalah USAHA! TIDAK PERCAYA? RUJUKLAH QURAN.



Bab Ajal Maut itu rahsia Allah konsep nya sama, tetapi perlukan penjelasan yang lebih santai. Jika di beri kekuatan, insyaAllah dengan cara apa pun, aku cuba buat entry khas untuk bab. Jika di beri peluang aku cuba kongsi penjelasan mengapa kita perlu fahami quran, cara ringan untuk tadabbur Quran, dan kesan fahami Quran dalam entry yang akan datang. 

Sebarang comment boleh buat di post ini atau di sayat.me/amirulasyrafe

Sekian untuk penulisan kali ini. Terima kasih sudi membaca.

Assalamualaikum.


Wednesday, 12 July 2017

Kehidupan Semula



Assalamualaikum wbt kepada semua.

Rasanya lama sudah aku tak publish post di blog. Maaf atas kelemahan diri yang sudah lama menyepi dan sikit pun tidak memberi manfaat pada orang ummah. Terkadang duduk seorang diri, memikirkan nasib mengapa aku mampu berhenti menulis. Mungkinkah di sebabkan faktor dosa-dosa aku? Mungkin juga penjagaan hati tidak bagus, riak, takabbur dll. Aku sendiri tidak tahu. 

Tidak perlulah untuk aku huraikan secara terperinci. Apa yang diharapkan adalah, pada sesiapa yang membaca entry ini, mampu mendoakan aku mampu istiqomah memberi manfaat. Aku tak minta duit untuk korang baca setiap entry aku, aku hanya dahaga kan doa, jujur.

Buat masa ni, itu sahaja yang mampu aku katakan. Doakan aku mampu hasilkan sekurang-kurangnya 1 entry setiap minggu dengan penuh kualiti ya. 

Sebelum aku habis menulis untuk entry ni, aku mohon jasa baik pembaca untuk beri comment mengenai isi dan cara penulisan. 

Bukan apa, aku ni insyaAllah memang pure orang Melayu, tapi Bahasa Melayu aku ni daripada sekolah memang lemah. Jadi aku buka pada semua untuk sebarang comment.

Boleh comment di bawah atau di sayat.me/amirulasyrafe.

Thank you for reading this entry.

Friday, 9 September 2016

Train to Busan


Train to Busan







Train to Busan.

Suatu cerita yang amat menarik. Pada sesiapa yang sudah tonton cerita ini, saya mengharapkan anda semua bukan sekadar berakhir dengan air mata, malah mampu melihat nilai murni yang cuba di terapkan di dalam cerita ini.

Seperti mana yang kita lihat, sifat mementingkan diri dan kasih sayang yang cuba di terapkan dalam kalangan penonton.




Pengajaran

Mementingkan diri sendiri.
Pengajaran yang mungkin dapat cakupi adalah, sifat mementingkan diri sendiri akhirnya menghasilkan kegagalan dalam segenap aspek.

Seperti mana yang kita dapat lihat di dalam cerita ini, seorang yang berpangkat besar menggunakan kuasanya mengorbankan nyawa orang lain demi kepentingan diri sendiri. Beliau menganggap dengan mengorban orang bawahan, mampu membawa dirinya mencapai cita-cita, iaitu berjaya menyelamatkan diri daripada ancaman musuh.


Hakikatnya, beliau senang menghancurkan manusia-manusia yang sedang menyokong diri nya untuk mencapai kejayaan. Secara tidak langsung, beliau juga sedang mencipta musuh-musuh baru yang bakal menghancurkan misinya.

 Pengakhirannya, beliau kecundang kegagalan sama seperti mana beliau lakukan pada orang bawahannya iaitu musuh-musuh baru yang beliau cipta sendiri.



Rumusan :

Jangan menjatuhkan orang lain bagi menyelamatkan diri kita dalam sesuatu keadaan, atau bagi mencapai matlamat kita.

Hakikatnya, kita sedang mencipta lebih ramai musuh untuk menghalang kejayaan kita.


Perkara ini pastinya akan berlaku dalam hubungan berkawan, berorganisasi, berkeluarga. Jadi, aplikasikan lah pengajaran yang cuba di sampaikan di dalam cerita ini.

InsyaAllah kita akan berjaya, dan Allah berkati jalan usaha kejayaan kita.



" Jika kita permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita"







Wednesday, 15 June 2016

Belajar untuk menyatakan "Aku Tidak Tahu"


Belajar untuk menyatakan "Maaf, Aku Tidak Tahu"








Sedar atau tidak kadang kala kita berhadapan dengan manusia, yang sukar untuk menyatakan.

"maaf, aku tidak tahu"

"maaf aku tak pasti, cuba rujuk sumber ini"

Manusia lebih cenderung untuk menjawab apa sahaja soalan yang di utaran kepada mereka, tanpa mengendahkan jawapan yang di berikan itu betul atau salah.


kerana apa?

kerana ego.
kerana tidak mahu di lihat nampak kurang pintar
kerana ingin di lihat sebagai manusia yang berpengatahuan tinggi.



Kesan nya besar jika kita sambil lewa memberikan jawapan terhadap soalan yang di utarakan kepada kita. 

Contoh mudah:

1. Jika ia melibatakan diskusi pembelajaran, rakan kita akan menerima info yang salah, dan akhir kan mempengaruhi peperiksaan mereka, gagal dalam peperiksaan dll.

2. Jika melibatkan pengendalian pesakit. Jururawat meminta keputusan daripada seorang doktor terhadap pesakit. Doktor mempunyai sifat ego, tidak mahu di lihat sebagai doktor yang kurang bijak mengendalikan kes, akhirnya memberi sesuatu keputusan yang tidak tepat tanpa berbincang dengan doctor yang lebih berpengalaman. Pesakit mungkin akan mati


KESAN YANG PALING BESAR ADALAH

Apabila ianya melibatkan agama berkaitan dengan hukum syarak' & akidah terutamanya.



Sahabat, 

Apabila ditanya sesuatu soalan melibatkan agama, kita perlu lebih berhati hati


"Setiap kata kata itu, kita bertanggungjawab ke atasnya"

Jika manusia beramal agama dengan cara yang salah atas hukum/ idea logik yang kita lontarkan dengan yakin, kita akan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak.



Kadang kala, aku juga menghadapi perkara ini.


1. Jika aku mempunyai ilmu mengenai sesuatu hukum, dan di tanya oleh rakan rakan mengenai perkara tersebut:

Aku lebih suka mulakan dengan perkataan 

"kalau ikut pemahaman apa yang aku belajar, hukumnya macam ni ......, tapi cubakau dapatkan kepastian daripada ustaz dulu hukumnya"



2. Jika aku tidak mempunyai ilmu terhadap sesuatu:

Aku lebih menasihati diri untuk menyatakan

"maaf, aku tak tahu"
"maaf bro, aku tak pasti, cuba rujuk ustat" 


"Bukan apa, bab bab hukum ini urusan ulama', kita hanya mampu sampaikan berdasarkan pemahaman kita terhadap apa yang kita pelajari dan dapatkan kepastian ustaz. Untuk mengetahui lebih lanjut, perlulah rujuk pada ahlinya, iaitu mereka yang betul betul mendalami bidang hukum agama"


Pengalaman:

Ketika berada di suatu kelas agama, mengenai hukum, guru aku selalu mengingatkan kami "jaga bab hukum, jangan sampai kita mendustakan hukum Allah", jika kita mentafsir ayat Quran dengan cara yang salah, "kita termasuk dalam golongan manusia yang mendustakan ayat ayat Allah"

Jika kita baca ayat quran hukuman terhadap 
manusia yang mendustakan ayat Allah, sangatlah berat, dan ngeri.


"Maka siapakah yang lebih jahat dari orang orang yang mendustakan ayat ayat
 Allah dan berpaling daripadanya? Akan kami beri ganjaran mereka yang 
berpaling dari ayat ayat kami dengan seburuk buruk siksaan" 
[Al-An Am 6:157]





Konklusinya:

Belajarlah untuk menggunakan perkataan, 

"maaf, aku tak tahu"
"maaf aku tak pasti"

Apabila kita lafazkan kata kata pengakuan dengan "maaf" , automatik, kita bukan lagi orang yang di pandang hina dan hilanglah segala ego dalam diri.
Manusia juga akan terbuka hati untuk dapatkan sumber yang sahih.



Akhir kata, 

"Ego , tidak memuliakan manusia"