Assalamualaikum wbt kepada semua.
Rasanya lama sudah aku tak publish post di blog. Maaf atas kelemahan diri yang sudah lama menyepi dan sikit pun tidak memberi manfaat pada orang ummah. Terkadang duduk seorang diri, memikirkan nasib mengapa aku mampu berhenti menulis. Mungkinkah di sebabkan faktor dosa-dosa aku? Mungkin juga penjagaan hati tidak bagus, riak, takabbur dll. Aku sendiri tidak tahu.
Tidak perlulah untuk aku huraikan secara terperinci. Apa yang diharapkan adalah, pada sesiapa yang membaca entry ini, mampu mendoakan aku mampu istiqomah memberi manfaat. Aku tak minta duit untuk korang baca setiap entry aku, aku hanya dahaga kan doa, jujur.
Buat masa ni, itu sahaja yang mampu aku katakan. Doakan aku mampu hasilkan sekurang-kurangnya 1 entry setiap minggu dengan penuh kualiti ya.
Sebelum aku habis menulis untuk entry ni, aku mohon jasa baik pembaca untuk beri comment mengenai isi dan cara penulisan.
Bukan apa, aku ni insyaAllah memang pure orang Melayu, tapi Bahasa Melayu aku ni daripada sekolah memang lemah. Jadi aku buka pada semua untuk sebarang comment.
Boleh comment di bawah atau di sayat.me/amirulasyrafe.
Thank you for reading this entry.
Kte mmg xlari dr kelemahan2 dan rse2 yg xbaik tu n yes dosa2 kte lah yg mmbuat kte melemah tu, tp cemana utk kte keep istaqamah adlh dgn setkn mutabaah amal n cuba sehabis daya amalkn ma tu every single day w/o fail..cth; tilawah 15pages/day..awl2 mmg susah nk beramal dgn papepom kebaikn tp in sha allah dgn paksaan dan determination yg kuat, soon we will get used of it;)
ReplyDeleteBetul, setuju tu saidatul syazwani. Thanks atas peringatan 👍🏻👍🏻
DeleteUtk penulisan, just keep menulis n menulis:)
ReplyDeleteTeruskan menulis kerana kadang-kadang perkongsian pendapat ataupun ilmu melalui blog dapat memberi semangat dan inspirasi buat insan lain.Pembaca blog selalunya adalah orang yang mencari ilmu itu untuk dibaca berbeza dengan pembaca di media sosial,pada amatan saya.Seringkali kita rasa penat hendak menulis tetapi percayalah sedikit perkongsian kita mungkin adalah sangat bermakna buat insan lain.Teruskan menulis!
ReplyDelete