Friday, 9 September 2016

Train to Busan


Train to Busan







Train to Busan.

Suatu cerita yang amat menarik. Pada sesiapa yang sudah tonton cerita ini, saya mengharapkan anda semua bukan sekadar berakhir dengan air mata, malah mampu melihat nilai murni yang cuba di terapkan di dalam cerita ini.

Seperti mana yang kita lihat, sifat mementingkan diri dan kasih sayang yang cuba di terapkan dalam kalangan penonton.




Pengajaran

Mementingkan diri sendiri.
Pengajaran yang mungkin dapat cakupi adalah, sifat mementingkan diri sendiri akhirnya menghasilkan kegagalan dalam segenap aspek.

Seperti mana yang kita dapat lihat di dalam cerita ini, seorang yang berpangkat besar menggunakan kuasanya mengorbankan nyawa orang lain demi kepentingan diri sendiri. Beliau menganggap dengan mengorban orang bawahan, mampu membawa dirinya mencapai cita-cita, iaitu berjaya menyelamatkan diri daripada ancaman musuh.


Hakikatnya, beliau senang menghancurkan manusia-manusia yang sedang menyokong diri nya untuk mencapai kejayaan. Secara tidak langsung, beliau juga sedang mencipta musuh-musuh baru yang bakal menghancurkan misinya.

 Pengakhirannya, beliau kecundang kegagalan sama seperti mana beliau lakukan pada orang bawahannya iaitu musuh-musuh baru yang beliau cipta sendiri.



Rumusan :

Jangan menjatuhkan orang lain bagi menyelamatkan diri kita dalam sesuatu keadaan, atau bagi mencapai matlamat kita.

Hakikatnya, kita sedang mencipta lebih ramai musuh untuk menghalang kejayaan kita.


Perkara ini pastinya akan berlaku dalam hubungan berkawan, berorganisasi, berkeluarga. Jadi, aplikasikan lah pengajaran yang cuba di sampaikan di dalam cerita ini.

InsyaAllah kita akan berjaya, dan Allah berkati jalan usaha kejayaan kita.



" Jika kita permudahkan urusan orang lain, nescaya Allah akan permudahkan urusan kita"







Wednesday, 15 June 2016

Belajar untuk menyatakan "Aku Tidak Tahu"


Belajar untuk menyatakan "Maaf, Aku Tidak Tahu"








Sedar atau tidak kadang kala kita berhadapan dengan manusia, yang sukar untuk menyatakan.

"maaf, aku tidak tahu"

"maaf aku tak pasti, cuba rujuk sumber ini"

Manusia lebih cenderung untuk menjawab apa sahaja soalan yang di utaran kepada mereka, tanpa mengendahkan jawapan yang di berikan itu betul atau salah.


kerana apa?

kerana ego.
kerana tidak mahu di lihat nampak kurang pintar
kerana ingin di lihat sebagai manusia yang berpengatahuan tinggi.



Kesan nya besar jika kita sambil lewa memberikan jawapan terhadap soalan yang di utarakan kepada kita. 

Contoh mudah:

1. Jika ia melibatakan diskusi pembelajaran, rakan kita akan menerima info yang salah, dan akhir kan mempengaruhi peperiksaan mereka, gagal dalam peperiksaan dll.

2. Jika melibatkan pengendalian pesakit. Jururawat meminta keputusan daripada seorang doktor terhadap pesakit. Doktor mempunyai sifat ego, tidak mahu di lihat sebagai doktor yang kurang bijak mengendalikan kes, akhirnya memberi sesuatu keputusan yang tidak tepat tanpa berbincang dengan doctor yang lebih berpengalaman. Pesakit mungkin akan mati


KESAN YANG PALING BESAR ADALAH

Apabila ianya melibatkan agama berkaitan dengan hukum syarak' & akidah terutamanya.



Sahabat, 

Apabila ditanya sesuatu soalan melibatkan agama, kita perlu lebih berhati hati


"Setiap kata kata itu, kita bertanggungjawab ke atasnya"

Jika manusia beramal agama dengan cara yang salah atas hukum/ idea logik yang kita lontarkan dengan yakin, kita akan di pertanggungjawabkan di akhirat kelak.



Kadang kala, aku juga menghadapi perkara ini.


1. Jika aku mempunyai ilmu mengenai sesuatu hukum, dan di tanya oleh rakan rakan mengenai perkara tersebut:

Aku lebih suka mulakan dengan perkataan 

"kalau ikut pemahaman apa yang aku belajar, hukumnya macam ni ......, tapi cubakau dapatkan kepastian daripada ustaz dulu hukumnya"



2. Jika aku tidak mempunyai ilmu terhadap sesuatu:

Aku lebih menasihati diri untuk menyatakan

"maaf, aku tak tahu"
"maaf bro, aku tak pasti, cuba rujuk ustat" 


"Bukan apa, bab bab hukum ini urusan ulama', kita hanya mampu sampaikan berdasarkan pemahaman kita terhadap apa yang kita pelajari dan dapatkan kepastian ustaz. Untuk mengetahui lebih lanjut, perlulah rujuk pada ahlinya, iaitu mereka yang betul betul mendalami bidang hukum agama"


Pengalaman:

Ketika berada di suatu kelas agama, mengenai hukum, guru aku selalu mengingatkan kami "jaga bab hukum, jangan sampai kita mendustakan hukum Allah", jika kita mentafsir ayat Quran dengan cara yang salah, "kita termasuk dalam golongan manusia yang mendustakan ayat ayat Allah"

Jika kita baca ayat quran hukuman terhadap 
manusia yang mendustakan ayat Allah, sangatlah berat, dan ngeri.


"Maka siapakah yang lebih jahat dari orang orang yang mendustakan ayat ayat
 Allah dan berpaling daripadanya? Akan kami beri ganjaran mereka yang 
berpaling dari ayat ayat kami dengan seburuk buruk siksaan" 
[Al-An Am 6:157]





Konklusinya:

Belajarlah untuk menggunakan perkataan, 

"maaf, aku tak tahu"
"maaf aku tak pasti"

Apabila kita lafazkan kata kata pengakuan dengan "maaf" , automatik, kita bukan lagi orang yang di pandang hina dan hilanglah segala ego dalam diri.
Manusia juga akan terbuka hati untuk dapatkan sumber yang sahih.



Akhir kata, 

"Ego , tidak memuliakan manusia"

Monday, 11 April 2016

Bergaduh di Khalayak Ramai


Bergaduh di Khalayak Ramai



Bergaduh di Khalayak Ramai 
(di alam nyata, atau di alam maya)


Mengapa perlu bergaduh di hadapan masyarakat umum?

Sebenarnya kita ingin menegur, atau menunjukkan emosi?


Manusia fitrahnya mempunyai ego dan amarah yang tersendiri. Kita sebagai khalifah iaitu pemimpin di bumi Allah, mempunyai panduan untuk menyalurkan ego dan amarah. Antaranya adalah:

1)  Akal
2)  Nafsu
3) Agama



Tuhan menyediakan kita 3 komponen ini dalam menguruskan segala urusan dunia, tetapi, apabila ia tidak di gunakan dengan sebaiknya, semua akan berakhir dengan apa yang di larang oleh Tuhan.


Fokus post ini bukan sahaja ingin membincangkan mengenai “Bergaduh” tetapi lebih menfokuskan "Marah" atau “Bergaduh hadapan khalayak ramai”, tidak kira di alam nyata mahupun di alam maya.



Faktor manusia mampu marah atau bergaduh di khalayak ramai adalah

1) Ego 
2) Ingin menunjukkan kesalahan musuh pada masyarakat umum, di samping mempertahankan diri.
3) Melakukan sesuatu ketika akal masih belum rational. Sebagai contoh, berkata kata ketika sedang marah.


“Sedar atau tidak, ketika marah di khalayak ramai, hakikatnya kita sedang meletakkan 100% keburukan yang ada dalam diri untuk di pamerkan di hadapan orang lain”


1. Sama ada kita meninggikan (menengking) suara pada manusia yang kita kurang berpuas hati di hadapan masyarakat.
2. Mengeluarkan kata kata kesat.
3. Menyampaikan perasaan melalui perbuatan fizikal




Kesan.

Saya ulang,

“Sedar atau tidak, ketika marah di khalayak ramai, 
hakikatnya kita sedang meletakkan 100% keburukan yang ada 
dalam diri kita untuk di pamerkan di hadapan orang lain”

Saat kita marah atau bergaduh di khalayak ramai, hidup kita tidak sama seperti dulu.
Manusia semakin berhati hati dalam menuturkan kata kata pada kita. Kita akan mula di pandang serong oleh masyarakat.


Hal ini, semuanya adalah kerana “Ego”,
Ingin tunjuk tidak puas hati, “Aku lebih betul daripada Dia



"Ingatlah wahai rakan rakan sekalian, kita hanya perlukan kurang daripada 5minit untuk mengekpresskan semua rasa marah kita terhadap musuh di hadapan masyarakat sama ada di alam nyata atau di alam maya, tetapi kesan masyakat pada kita akan “berpanjangan”



Antara pandangan manusia terhadap kita:

“Ali tu panas baran juga kan, cara dia marah aritu, buat aku takut lah”

“Eh, lain kali kau jangan bergurau macam kat dia, sekali dia meletup, habis lah kau”

“Kau perasan tak, Ali ni jenis kuat gaduh dengan orangkan, ada je tak kena dengan orang lain”


“Mereka telah pun melebelkan personality diri kita dalam fikiran berdasarkan pemerhatian mereka terhadap diri kita"



1. Di label dengan personality yang buruk oleh masyarakat.
2. Maruah diri sendiri tercalar. 
3. Menimbulkan suasana tidak harmoni antara masyarakat, terutama jika kita dalam situasi bekerja suatu organisasi, campus dan etc. 
4. Masyakat sukar untuk mendekati kita.




Mengapa perlu elak bergaduh di khalayak ramai?

Banyak alasan mengapa kita semua perlu berhenti dan tidak perlu bergaduh di khalayak ramai.



1)  Kita bersaudara, bukan tujuan kita untuk memutuskan hubungan. Allah murka pada mereka yang memutuskan hubungan persaudaraan. Isu pertama adalah bergaduh, Isu yang kedua adalah mempamerkan aib diri dan aib musuh pada masyarakat umum. Harap kita semua faham hukum mengaibkan diri dan orang lain.

2) Keharmonian & kesejahteraan diri. Bayangkan, andai kata kita mempunyai musuh dalam hidup walaupun hanya seorang, rasanya hidup kita mampu tenang atau tidak? Sentiasa di selubungi perasaan marah dan dendam.





Cara penyelesaian apabila marah

1.       Serta merta menyebut
   
     Muslim - Auzubillah minashaitan nirajeem - "Aku berlindung kepada Allah dari Syaitan yang direjam"

     Non Muslim – Tuhan yang Satu, lindungilah aku daripada Syaitan.

Di fahamkan, terdapat non muslim yang turut membaca entry di ruangan ini.



2. Berhenti bercakap serta merta, dan beredar jauh daripada kawasan kejadian atau mereka (manusia) yang membuatkan kita marah. Kerana emosi & fikiran dalam keadaan tidak rational.


3. Muslim - Islam mengajar kita untuk mengambil wuduk ketika marah.
    Non Muslim - Basuhlah muka di hadapan cermin.


4. Tetapkan dalam diri bahawa:

"Wahai hati, bersabarlah, tidak semua orang sengaja melakukan kesalahan pada kita sehingga membuatkan marah atau tidak berpuas hati"


5. Sedikit tips untuk hidup harmoni, elak permusuhan:

 Pertama yang perlu kita lakukan adalah, memaafkan.

Ø  Islam arahkan kita berbuat sedemikian.
Ø  Memaafkan akan membuatkan, hati kita serta merta tenang.
    (Cuba method ini, 100% berkesan insyaAllah)
Ø  Manusia mudah mendekati kita, dan selesa dengan kita











Akhir kata,

Take home message,
Jadilah seorang pemaaf.


MAAF


      Percayalah, jika kita seorang yang pemaaf, manusia lebih selesa dengan kita. Hidup kita akan di hormati & harmoni dengan ramai manusia sekeliling, kerana dalam diri seorang pemaaf mempunyai perasaan:

"tidak mengapa, mungkin dia tidak sengaja"
"tidak mengapa, mungkin dia tidak tahu itu suatu kesalahan, jadi apa yang aku perlu adalah usul periksa & tegur"
     
      



 Pemutus Silaturrahim was posted on intragram -  June 14, 2014
 @amirulasyrafe


 Adakah kita dalam status Pemutus Silaturrahim?

Kondisi Pertama

Jangan kita menjadi seorang yang mudah untuk menghukum manusia sebagai pesalah sebenar hanya kerana mereka punca pergaduhan. Kerana diragui bahawa, kita adalah pemutus hubungan manusia yang utama, apabila mereka berusaha untuk ke arah pendamaian & memohon keampunan, dan kita tidak memaafkan atas alasan ego.


Kondisi Kedua

Sedar atau tidak, di sebabkan kita mempunyai pengaruh, kadang kala kita dengan tidak sengaja menceritakan keburukannya musuh (walaupun keburukan itu benar) pada manusia lain & menyebakan lebih ramai manusia memandang serong & memulaukannya (putus hubungan). Hanya di sebabkan mereka melakukan sesuatu yang luar daripada kehendak kita atau menyebabkan berasa marah.


Adakah kita berada di situasi pertama atau kedua sebagai pemutus silaturrahum. Mungkin juga kita luar daripada golongan seperti ini, Alhamdulillah.


Oleh itu,

"Perasaan marah itu fitrah, tetapi Islam 
mengajar cara untuk salur & kawal dengan cara yang terbaik"

"Jadilah seorang Pemaaf"



amirulasyrafe@gmail.com


Sunday, 6 March 2016

Ucapan 1tahun menulis.


Ucapan 1tahun menulis.





Alhamdulillah, sudah satu tahun aku menulis.


Sebab apa menulis?
Aku mempunyai alasan tersendiri insyaAllah. Mungkin satu sahaja yang mampu kata kan bahawa,

"Perjuangan dalam hidup belum berakhir"


Terima kasih
Terima kasih kepada semua. Seperti mana yang dinyatakan pada post pertama iaitu:


"......  Harapan, aku tidak minta followers, aku just minta korang baca sahaja, tolonglah baca"


"Jika ada faedah untuk kamu(si pembaca), maka itu juga faedah bagi-ku, dan jika terdapat kelemahan, minta sama-sama kita perbetulkan antara satu sama lain(comment)"


Tidak di lupakan juga kepada rakan rakan yang selalu berikan kata kata postive. Aku menganggapnya suatu pembakar semangat.

Antara comment yang benar benar memberi kesan pada diri adalah

"Terima kasih tulis perkara ni mirul"
"Amirul, aku pengikut setia blog kau"

Aku bersyukur andai penulisan aku dapat menyentuh sedikit kisah hidup manusia, dalam masa yang sama mendorong manusia semangat untuk tempuh ujian dunia.


Antara kata kata semangat yang agak melucukan adalah

"In the making of amirul asyraf to be aiman azlan's junior"


Tidak di lupa untuk menyatakan bahawa aku cinta akan motivasi hidup. Oleh itu, aku sudi untuk menawarkan "Motivational Talk" secara PERCUMA (FREE). InsyaAllah sekitar Lembah Klang.


email: amirulasyrafe@gmail.com



"Akhir kata, mengharap rakan rakan dapat doakan kita semua sentiasa menjadi insan yang memberi manfaat pada orang lainKerana kita sedar, kita pendosa tegar hamba Tuhan. Doakan aku mampu menjaga hati sepanjang menulis, tiada riak, takabbur, ujub, kerana ia semua akan menghapuskan usaha penulisan ini, nauzubillah"

"1year, 9posts, 4100pageviews"


Wednesday, 17 February 2016

Pesanan buat Bangladesh People dan Zahid Hamidi Part 2


Zahid Hamidi





Pakcik Zahid, tak mampu untuk aku timbulkan rasa hormat pada pemimpin seperti kamu.

Aku agak tidak setuju dengan keputusan yang di buat untuk membawa masuk 1.5juta warga Bangladesh ke Malaysia.






 Sibuk kata,

"Orang Malaysia tak nak buat kerja kerja kotor, dll" 

Menteri sekalian, kalau gaji setimpal dengan kerja dan maruah, rakyat Malaysia mungkin mampu fikir dua kali untuk bekerja seperti mereka.

"Kami tak mampu bayar gaji tinggi sikit pada warga Malaysia untuk kerja kerja seperti ini" - Kerajaan

Sebab apa tak mampu bayar? Sebab ekonomi negara teruk, mata wang negara turun. Macam mana boleh turun? Fikirkan lah, macam mana kerajaan menguruskan ekonomi. 

Ketirisan wang sana sini, melabur ke akaun hantu. Duit masuk salah akaun, menteri. Tiba tiba derma daripada Arab Saudi masuk akaun menteri, Arab Saudi pun tidak mengaku. Macam mana ekonomi nak maju.

Aku tak belajar ilmu ekonomi, tidak mampu cakap banyak tentang perkara ini. Tapi bayangkan lah, jika ekonomi kita stabil, kita mampu je bayar gaji warga Malaysia setimpal sikit dengan kerja dan maruah mereka.

Nak murah, masuk kan warga asing. Adakah mereka hanya fikir jangka masa pendek hanya untuk menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh, dengan import warga Bangladesh?

Kesan masa panjang nya banyak. Semakin meningkat kes jenayah. Lihatlah baru baru ini kes warga Nepal dan Bangladesh meraba perempuan rakyat Malaysia. Itu baru yang viral, yang dah buat report polis tapi tak viral di media macam mana pula? Adakah kerajaaan hanya melepaskan tekak sendiri sahaja tanpa memikirkan rakyat marhaen

                              "Sekali kes jenayah berlaku antara warga Bangladesh 
            nak trace susah jugak kadang kadang, sebab muka dieorang semua sama"
                                                                                             
                                                                                             Jenaka semata.



Tambahan lagi, bayangkan tahap kesihatan. Sedar atau tidak, tahap kesihatan warga Malaysia semakin tenat, dan salah satu faktornya adalah penyakit daripada warga asing, terutama TB. 

Lagi dan lagi, seperti mana yang aku lalui di hospital kerajaan, banyak warga asing di hospital. Maaf, bagi seorang doktor muslim dan manusia, tiada istilah "kau foreigner, aku tak rawat kau" tidak, tidak sama sekali.

Tapi, di lubuk kecil pekerja pekerja hospital kerajaan, mereka berasa penat, penat dengan lambakan warga asing masuk di hospital, terpaksa berhimpit himpi di Hospital Kajang bersama rakyat Malaysia. 

Kalau rasa ingin bawa masuk warga asing, ramai dan ramai lagi, kerajaan perlu equip kan keperluan dengan secukupnya. Tambah staff di hospital atau mungkin boleh buka hospital dengan lebih banyak.




Pernah satu ketika aku di Bandaraya Kuala Lumpur, sesak dengan orang ramai warga asing. Ketika di Monorel, warga asing berebut rebut, bertolak tolak dengan rakyat Malaysia untuk masuk ke Monorel

Dalam hati aku, geram pun ada. Bukan apa, kalau boleh, beri lah keutamaan pada rakyat Malaysia. Bukan apa, kita di tindas oleh kerajaan dengan GST, kenaikan harga barang & tambang kenderaan awam. Kita juga perlu membayar cukai, yang di gunakan untuk membuat public transport. Mereka tak bayar cukai, dan mereka bertolak tolak dengan rakyat Malaysia berebut untuk gunakan public transport. 

Sedihkan hidup di bawah pemimpin kita hari ni :)


Daripada bawa masuk warga Bangladesh, baik bawa masuk warga Palestine atau Syria. Sekurang kurangkan kita mampu letakkan toleransi yang maximum pada mereka ketika berada Malaysia. Kerana kita sedar, mereka sendiri di tindas oleh Israel Laknattullah, Syiah.

Sebelum terlupa, jangan terkejut, kalau di Malaysia ini wujud lagi satu bangsa baru iaitu bangsa Bangla. Siapa tahu, ianya adalah kesan masa panjang... 


Sebelum tutup penulisan ini, aku ingin timbulkan beberapa persoalan yang bermain di fikiran berdasarkan gambar di bawah:










Sekarang sahaja, aku sudah boleh nampak merata warga Bangladesh memakai baju Barisan Nasional. 

Adakah rakyat Malaysia, masih mampu di perkotak katik kan oleh kerajaan?







"Harapnya, mampu memberi kesedaran kepada kita semua perlu berusaha keras
 Negara Malaysia semakin tenat"



 Assalamualaikum




Pesanan buat Bangladesh People dan Zahid Hamidi Part 1



Pesanan buat Bangladeshi dan Zahid Hamidi



Tadi baru balik daripada Aeon, pi beli Chatime, semperna hadiah pada diri sendiri baru habis exam semalam.

 Perjalanan bayar ticket parking, terjumpa seorang warga Bangladesh, dengan bag besarnya, baru sampai ke Malaysia. 

Tidak mampu borak panjang, kerana beliau tidak tahu bahasa Malaysia sepatah, hanya mampu gunakan body language, dan beberapa perkataan yang common untuk tanya soalan padanya beliau.


 Contohnya, 

I'm Muhammad, and you? kerana apabila di tanya. "siapa nama awak atau what is ur name, may i know ur name please" dia tak faham.

Are Muslim? Muslim? dan dia reply "ya ya Muslim"

Bangladeshi?  "ya ya Bangladesh"


Nama beliau Zakkirun kalau tak silap. Pertama kali dengar dia sebut, dengar macam Muzakkir, batchmate di campus haha.





Pesanan buat Bangladesh People.

   Hakikatnya, pesanan ini sebenarnya khas untuk kita semua rakyat Malaysia

Bekerjalah dengan sopan dan baik, sesungguhnya, kami menerima baik kedatangan kamu atas dasar terpaksa oleh kerajaan Barisan Nasional, tidak kerajaan Malaysia.

Jaga sikap, kerana kami semua berlapang dada, jika kamu semua membantu kami daripada beberapa perkara dengan baik, insyaAllah semuanya akan baik sahaja.

Contohnya, kerja kerja yang di pandang hina oleh rakyat Malaysia, seperti tukang bersih tandas bangunan, cuci longkang, sapu sampah jalanan, cashier petrol pump, assist customer isi minyak di petrol pump dll.


Mengapa aku mengatakan mereka membantu dalam sektor ini? 

Kerana rakyat Malaysia memilih kerja. Tidak mahu kerja itu, kerja ini.

Kawan kawan, untuk berjaya jangan memilih kerja, mula daripada bawah, timba pengalaman.

Kenapa aku kata kan sebegitu? sebab, biar kita rasa peritnya hidup susah, kerja di tempat tempat manusia pandang hina pada kita, untuk beri kesedaran pada diri. 

Kerana apa? Kerana kesan daripada usaha yang tidak teratur pada zaman remaja kita, sama ada daripada segi pelajaran, atau kesedaran kita mengenai masa depan.

Tidak tidak. Ingat, kejayaan bukan sedakar hanya dapat di kecapi dengan cemerlang dalam pelajaran. Berjaya dalam hidup dapat kerja yang baik atas dasar cemerlang dalam pelajaran adalah bonus. (Manusia hormat dan sebagainya)


"Kejayaan sebenar 90% datangnya daripada kesedaran kita untuk berjaya dalam hidup"


Kalau kita betul betul ada kesedaran dengan masa depan, kita tahu kita tak minat dalam pelajaran, tapi ingin berjaya dalam hidup. Antara cadangan nya adalah, 

Kita kerja sekurang kurangnya 6bulan atau 1tahun di tempat tempat orang Bangla atau Indonesia. Kerana apa? Kerana semata mata untuk timbul kan rasa kesedaran. Contohnya:

"Oh, macam ni rupanya hidup orang yang tidak atur masa depan dengan betul, kerja tempat tempat yang di pandang hina, aku kena usaha lagi kuat"

(Jangka masa ini, semata mata untuk timbulkan kesedaran)



Next year,

Setelah timba kesedaran,

 Antara usaha lain yang mampu di buat adalah, contohnya:

Kerja di bengkel, atau di kedai jual alat elekrik, timba pengalaman, pergi ke kursus peniagaan, dan perlahan lahan mengorak langkah ke alam perniagaan. InsyaAllah di "mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Kejayaan itu, kita rancang, Allah/Tuhan rancang.


Jadi, nak salah kan kerajaan lagi? Jangan... kita perlu salahkan diri kita dahulu yang terlalu memilih kerja.

Selingan motivasi: Apa pun perkara yang berlaku dalam dunia ini yang kita tidak suka, biasakan mula dengan salahkan diri kita terlebih dahulu, walaupun sedikit.

*Jika ada rezeki, insyaAllah huraikan ayat, "salahkan diri kita terlebih dahulu walaupun sedikit" dalam post entry yang lain.*


Tiada Bangla, siapa nak buat kerja semua? Kerajaan juga memikirkan kepentingan negara.


Kadang kala kita dapat lihat remaja yang sentiasa ingin hidup senang. Selepas habis SPM, tidak mahu sambung belajar, duduk di rumah, terima duit daripada ibu ayah. 

Apabila tiba usia matang, ingin berkahwin, perlukan duit sara isteri & anak waktu itu lah mereka tersedar kesilapan yang mereka letah lakukan sewaktu usia muda.


Kenapa aku katakan phase menimbulkan kesedaran ini penting? Kerana dengan phase ini lah menyebabkan kita menghargai hidup, menghargai orang lain, mengenangkan kesan tidak bersungguh sungguh berusaha. Percayalah, dengan kesedaran ini, mengebabkan kita tidak mahu berada di zaman silam, dan memandu kita untuk terus usaha... dan usaha...


Tidaklah semestinya kita perlu berada di tempat kerja Bangla untuk timbulkan kesedaran, mungkin ada yang timba kesedaran dengan hanya kerja sebagai mat despatch atau kerani, merasakan kesempitan wang dan  akhirnya timbul kesedaran.

Jujur aku katakan, semakin kita meletakkan diri kita di bahagian bawah, kita akan semakin rasa rendah diri, semakin rasa timbang rasa, dan lain lain.

Satu kata kata aku adalah, 

"orang bawah mampu melihat kesenangan kemewahan orang atasan, 
tapi ingat, orang di atas belum tentu dapat lihat keperitan orang bawahan"

Sebab tu mereka boleh memperalatkan kita begitu sahaja. Celik celik mata mereka lahir di dunia, sudah cium bau BMW, rumah Bungalow dll. Takpe, itu urusan mereka dengan Tuhan. 

Urusan kita adalah:

"Usaha untuk menentukan masa depan kita, adalah kita sendiri, bukan Kerajaan. 
Usaha sebaik mungkin."






Sunday, 14 February 2016

Menuju Kesempurnaan.


Menuju Kesempurnaan



Part 1


Kalau ada orang sudi tegur kesalahan kita, kita perlu bersyukur.

Kerana Allah hantar orang perbaiki diri kita.

Dan sikap buruk kita itu adalah ujian untuk kita. Ujiannya apa? Ujiannya adalah untuk kita berubah daripada sikap buruk kepada baik.

Bayangkan setiap kali exam mathematics kita fail. Sebab apa? Sebab 2 + 2 kita jawab 3. Setiap kali exam mesti jawab 3 dan fail berulang kali. Tiba tiba datang seorang guru, tegur, 2 + 2 adalah 4, betul jawapannya.


Rasanya, penting atau tidak orang yang tegur kesalahan kita ni?

Jawapan nya adalah sangat sangat penting.

"Kerana dari hari ke hari kita akan buang satu persatu
 sikap buruk dalam diri kita dengan berubah."



Dan akhirnya kita menjadi seorang manusia yang menuju kesempurnaan diri. Tidak aku katakan kita akan menjadi seorang yang sempurna, kerana kita bukan Tuhan, bukan Nabi Muhammad.

Tetapi, semakin kita melatih diri atau sikap kita menuju ke arah kesempurnaan, hidup kita dan masyarakat di sekeliling kita akan rasa bahagia. Percayalah...


Part 2






Kata kata "berubah setelah di tegur" bunyi seakannya mudah, tetapi hakikatnya sukar bagi manusia yang "ego".


Kalau kita ego, kita memang tidak akan dapat pengajaran daripada teguran manusia, kita akan merasa diri kita sahaja yang betul, tanpa melakukan refleksi diri.


Jadi, untuk jadi orang yang hebat, dan mampu ubah/buang sikap buruk kita satu persatu, kita perlu turunkan ego dan dengar nasihat manusia terhadap diri kita. Dengar bukan dengan Emosi, tetapi dengar dengan Iman & Akal.

Macam mana ingin dengar atau terima nasihat dengan Iman & Akal?




Sebutlah ayat ini, ketika di tegur dan setelah menerima teguran:


1) Astaghfirullahaladzim  -  
    "Aku memohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung" (Muslim)
"Aku memohon ampun kepada Tuhan Yang Maha Agung" (Non-Muslim)

2) Auzubillahi minashaitan Nirajeem -
       "Aku berlindung kepada Alah daripada syaitan yang di rejam" (Muslim)
       "Aku berlindung kepada Tuhan daripada syaitan yang di rejam" (Non-Muslim)

*Di beritahu, terdapat non-muslim yang turut membaca. Jadi, aku sediakan ayat yang sama insyaAllah*




kerana apa?

Kerana waktu ini lah diri kita akan mudah di hasut syaitan dengan merasakan "Aku betul, orang lain salah", dan dengan itu, takut takut diri kita dalam keadaan takabbur kerana mengangkat diri kita dengan mengetepikan nasihat orang lain.


Bayangkan kita mempunyai 30 sikap buruk. Apabila orang nasihat kita, kita terima dengan hati terbuka, dan letakkan usaha untuk berubah. Semakin umur kita meningkat, kita menjadi seorang yang semakin hebat, penuh sikap yang baik dan positive.

Sewaktu itu, insyaAllah kita adalah salah seorang manusia yang kecapi kebahagiaan, dan ketenangan apabila meningkat usia.


Jadi, apabila orang tegur kita jangan memberontak, sebaliknya selalu keep in mind, bahawa 

"Syukur ada orang tegur, kalau tidak aku tak tahu kekurangan aku. 
Jadi aku nampak apa yang perlu di perbaiki ^_^"

Nak jadi manusia menuju ke arah kesempurnaan? Sama sama kita belajar untuk menerima "Nasihat".

Insan itu sifatnya lupa, harus selalu di ingatkan ^_^


#tepukdadaTanyaIman

Assalamualaikum.

Friday, 1 January 2016

Realiti Kehidupan: Usaha terus Istiqomah dalam Kebaikan Part 2


ISTIQOMAH


Hakikatnya, itu lah kehidupan, tidak terlepas daripada merasakan diri ini lemah, futur, dan berhenti melakukan perkara kebaikan.

Kerana apa? Kerana 20 tahun 25tahun 30tahun hidup kita berlumuran dengan perkara yang kita tidak biasa.


Istiqomah ini adalah satu perkataan yang menggambarkan kita melakukan "sesuatu secara berterusan atau konsisten"


Inginkan diri kita terus melakukan kebaikan dengan berterusan bukan lah suatu perkara yang mudah dan ianya perlukan latihan. Perkara yang paling penting adalah kesungguhan ingin istiqomah.


Kenapa perlu istiqomah sebenarnya?
Kerana dengan istiqomah lah membawa sesuatu amalan baik yang kita ingin itu, menjadi suatu keperluan asas dalam diri kita.

Jika sepinggan nasi mampu menjadi keperluan asas kita setiap hari, jika disuap dengan makanan lain, hidup kita masih rasa tidak kena, rasa ada yang belum lengkap dalam hidup seharian, tanpa kenyang dengan sepinggan nasi.

Dan itu lah konsep yang kita ingin jadikan setiap amalan baik dalam diri kita. Jika dengan bersedekah RM1 setiap hari menjadi pilihan amalan baik kita untuk di amalkan, kita ingin bawa amalan RM1 sehinggakan,

"Jika aku tidak bersedekah RM1 sehari, aku rasa ada benda lagi belum lengkap dalam diri aku hari ini"

Kita inginkan perasaan sebegitu, ya semestinya sebegitu. Apabila mampu timbulkan perasaan sebegitu dengan istiqomah, insyaAllah kita mampu bertahan bertahun tahun dengan amalan tersebut, percayalah. Perlu di susuli dengan doa kepada Allah, agar kita mampu jadikan perkara tersebut sebagai perkarasa asas dalam kehidupan seharian kita.


Methodology

Inginkan istiqomah, ada caranya.

Jika tidak kena cara dengan tahap iman kita sebagai insan yang lemah, mungkin kita tidak mampu istiqomah.


Pernah lalui tak pengalaman apabila dengar suatu ceramah agama yang hebat, kita terus rasa semangat untuk jadi baik, ingin terus amalkan bacaan 20 muka surat Al-Quran setiap hari.


Pernah dapat kawan yang sangat kita hormati dan segani baik akhlaknya dan kita terus jadi seperti mereka?

Rakan solehah pakai tudung labuh, terus ingin berubah juga ke tudung labuh?

Apabila tengok video lelaki baik atau lelaki hebat di utube atau di instragram, kita terus ingin berubah seperti mereka? selalu zikir, jadi seorang pendiam kerana ingin berubah seperti mereka, dan sebagainya.


                      "Perasaan ini adalah fitrah, apa yang kita lihat, itu yang kita akan jadi."


Pada pandangan aku, jangan.. jangan..  mcm tu, ingat satu pesanan,


"Mengubah hidup secara drastik, adalah suatu penyiksaan"

Kan lebih elok jika buat sikit sikit, dan amalan baik tersebut sentiasa berterusan, daripada kita mengubah hidup kita ke arah kebaikan secara drastik, tetapi bertahan selama satu minggu sahaja, kerana apa?

Kerana perkara yang kita lakukan selama 20tahun, 25tahun atau 30tahun selama ini adalah perkara berbeza. Tidak sama dengan apa amalan baik yang ingin kita lakukan sekarang.

Kita mahu mengubahnya secara drastik dalam masa 1minggu. Jadi pendiam serta merta kerana ingin berubah, pakai serban secara drastik dll. Perkara ini kurang di galakkan, kerana ianya diubah secara "tiba tiba". 


                                    "Ingatlah bahawa bersederhana, itu adalah lebih baik"

Sila beri masa yang optimum pada diri untuk berubah. Mungkin 25tahun kita hidup dalam keadaan tidak ada amalan suka bersedekah. Perlahan lahan kita ubah, dan bawakan "sifat suka bersedekah" sebagai amalan asas dalam diri kita.

Mungkin buat permulaan, bila boleh mula dengan sedekah apabila pengemis datang pada kita sahaja.
Apabila sudah boleh terima dengan amalan tersebut, upgrade, dengan izin, amalan kita dengan bersedekah secara mingguan pula. Bagi lelaki, setiap kali solat jumaat boleh sedekah pisang atau duit di masjid, bagi perempuan, mungkin boleh belanja rakan kita kuih atau sepinggan nasi dalam satu minggu.

Kalau istiqomah yang rasanya sudah hebat, mungkin boleh sedekah RM0.50 atau RM1 sahaja, setiap hari pada sesiapa sahaja. Ayat ini yang cuba aku tekankan bukan lah kecilnya nilai RM0.50 atau RM1 itu, tetapi nilai istiqomah kita bersedekah setiap hari. Cuba amalkan perlahan lahan, insyaAllah kalau setahun kita cuba amalkan perkara yang kecil ni, ianya mampu jadi amalan asas dalam diri kita





Pengalaman kisah benar seorang hamba berkaitan istiqomah,

"Bro, macam mana kau istiqomah gi masjid atau buat apa apa amalan baik, tolong bagi aku tips sikit"

"Aku beli amalan baik yang ingin aku lakukan esok hari dengan RM1"


Aku pun cuba brain apa yang dia cakap ni, rupa rupanya, setiap kali beliau solat di masjid, beliau akan sedekah RM1 dengan disusuli suatu niat, iaitu.


 "yaAllah, insyaAllah dengan amalan sedekah aku ini, kau beri lah aku dapat istiqomah dalam solat di masjid selamanya"

Beliau berpesan,

Beberapa saat sebelum kita masukkan RM1 dalam tabung masjid, kita niatkan secara specific apa yang kita inginkan, contoh, ingin istiqomah untuk ke masjid, solat subuh di masjid, tahajjud setiap hari, quran sekurang kurangnya sehelai satu hari di susuli dengan terjemahan.

Ikut pengalaman hamba ini, beliau juga mengamalkan sedekah RM1 untuk buang sikap buruk dalam diri beliau, contohnya kalau kita ni jenis XXX, YYY, ZZZ.

Kita niatkan pada Allah

"YaAllah, dengan aku sedekah RM1 ini, kau buangkan lah sikap buruk aku ini yaAllah, dan kau gantikan lah sikap buruk aku ini dengan AAA, BBB, CCC, aku ingin jadi hamba mu yang bertaqwa yang yaAllah"


Jadi, kita perlu cari ruangan untuk kita bersedekah sekurang kurangkan RM1 sehari, untuk kita beli amalan baik dan buang amalan buruk.


Dan di tekankan bahawa, cara ini sangat berkesan, aku pun sudah cuba.

Konsepnya,

"Buat baik dahulu sebelum ingin dapatkan kebaikan disusuli dengan doa"

Beliau sedekah dahulu, untuk dapat kebaikan, di susuli dengan niat dan doa untuk capai kebaikan.